HOLIDAY

Saturday, February 04, 2012

time ghajin

tengok orang masak, kita pun  nak masak.

tengok adikku lela masak nasik briyani resepi mak, kita pun nak masak. orang pakai resepi lain, kita bantai resepi lain. alamatnya,...idok la menjadi sangat. tapi abang zharif...."sedap bu". tu je la mulutnya. tapi kalau tak berapa nak abis tu, tandanya tak berapa nak jadik la kan..ha ha

ari ni, try pulak resepi yg ditiru kat blog ibuayu. yang ni senang, so jadik la. abis ditelan keluargaku,...maknanya....sedap  ler tu. kakak alia pun kata sedap.

bahan2 untuk tauhu sumbat ikan :
1. ikan
2. tauhu
3. garam
4. telur
5. daun sup
6. lada sulah

korang nak tau berapa banyak nak guna? ikut suka la. agak-agakla kan. ai memang cenggitu. masak tu ikut gerak ati jer. nak details, gi la baca kat blog ibuayu tu ya.

Tauhu digoreng n kemudian dibelah n dikeluarkan isinya

ikan direbus dan diambil isinya saja untuk mengelakkan tercekik ya cikgu Lehan..he he

peh tu campur semua bahan kecuali itu telur n sumbat masuk dalam kelongsong tauhu tadik

last sekali, celup celup dalam telur yg telah dipukul, goreng dan hidang.
makan ler gitu jer atau nak cicah sos pun boleh. bantai la sos apa pun. ai bantai sos thai yg sedia ada kat umah jer. nak buat sos dia tak boleh pasal blender ai udah jahanam. patutnya ari ni buat nasik ayam pun terbantut gara2 blender itew.

masakan ni pulak, anak2 ai memang suka. ai pun suka, adik beradik ai pun suka. resepi mak tak tau la mak copy dr mana. masa ai bertunang dolu-dolu, ini merupakan salah satu hidangannya.

senang jer.


ayam tu perapkan ngan bawang putih, halia, sos tiram n kicap. perap la ikut suka nak berapa lama. peh tu goreng n makannnnnn.

kalau ada tenet ekses kat pd, maka ada la update. ai tak de berukband jadi ....tengok la keadaan  macam mana nanti.

3 comments:

ibuayu said...

terima kasih kerana sudi cuba resepi akak...sedap dan senangkan...

Chekgu Azrine said...

nampak sedap la.. blhla cuba nati..

By Ticer Liza Yacob said...

Ya kak ibuayu. Senang n senang. Apa lagi chekgu azrine, Cuba la.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...