HOLIDAY

Tuesday, December 13, 2011

Tak larat

apa yang tak larat?

angkat si baby naufal tu la.

Masa lahir : 3.7 kg
Hari ke 15 : 4.1 kg
Hari ke 33 : 4.8 kg

mujur ada cik abang yang masih larat nak angkat lama-lama...he he

Monday, December 12, 2011

cukur juga akhirnya

Hari ni dah hari ke-35. cepat rasanya masa berlalu. Luka kat tempat belah ada sket lagi masalah. masalah kecik jer rasanya. still lagi langgah air ikan tu. akan diminum selama yang larat sebab luka dalaman tak nampak.  me here pulak tak rehat dengan sebaiknya pulak tuh. baby tido ingat nak tido sama tapi tak leh. abangnya tu banyak mulut pulak sekarang. bisingggg manjang. hu hu. tak per la. kena la korban apa yang patut dah ada anak ghamai nih.

break jap-menjawab tepon dari GPK Kurikulum. Keje ya keje!

Si Naufal a.k.a baby, akhirnya dicukur ayahnya pada hari ke-27 ari tu. tak duk diam dia, makanya terpaksa la bercukur sambil mulutnya disumbat cik B. Ha ha. asalkan dia diam udah la.
 ni lah pisau yg ayah carik lama sgt sampai hr ke-27 baru nak cukur
 
akhirnya saya botakkk

Sunday, December 04, 2011

Day 27

Dah hari ke-27.

ini gambar hari ke-23 sebenarnya. hari ni tak dapat nak amek pose yang cun sebab dia sibuk nak tido jer.

Yang bestnya hari ni, try pakai baju masa kurus dulu. waaa.....boleh pakai la. best! best! ini la yang menguatkan semangatku untuk meneruskan tempoh berpantang yang boring ini. tempoh yang lebih lama dari tempoh pantang biasa sebab tak tau luka kat dalam ni dah elok ke blom. yang tak bestnya, perut yg menggeleber ni kompem payah nak surut. kena la pakai korset sentiasa. kalau tak pakai, terasa sungguh menggelebernya itew.

yang tak best lagi, tetiap ari kena telan ni. Memula nak minum, lama dok pospone. Dari hari ke hari. Akhirnya hari ke-7 saya memulakannya. sian kat cik abang yang dah bersusah payah pegi beli. try la telan....alhamdulillah boleh telan. tawar jer rasanya. ada bau sikit jer. tak la loya sangat. tu yang polleney la.

Dah habis 2 kotak, cik abang try beli yg lagi satu tu pulak. a bit cheaper than polleney n dia terpengaruh ngan tokei kedai dengan pujuk rayunya. may be la benda sama jer..... cuma jenama yang membezakan harganya. tapi yg baru ni, bau dia kuat lagi dari polleney sebab dia ada tambahan rasa caramel dalam tu. Saya tak suka sangat caramel so, yg ni saya telan memang nak temuntah. mujur juga ada air oren sebagai penyelamat. ada juga rasa di hati nak buang satu hari satu botol dalam tong sampah...kui kui kui.... tapi sebab takut tak baik luka n sayangkan duit n sayangkan cik abang yang sayangkan saya juga, maka saya telan juga. he he..tu pun kan, dah 2 hari sengaja skip. ada lagi satu botol untuk minum ari ni, n dah siap2 pesan,....jangan beli yang tu dah. back to polleney ya darling.

n walaupun berpantang, game tetap dilayan n felt juga terap di  hati. cuti lama ni, nak siapkan tempahan puan Syima MZ untuk tuan puterinya yang jelita, comel, kiut miut. sampelnya cenggini :
nak siapkan 100 bijik . thanks syima kerana tempah awal. leh la saya rongggeng2 n siapkan. kalau tak, jenuh juga. he he. thanks juga sebab boleh campur warna. maklum laa...kainnya terhad. wa ha ha ha ha. Harga tu untuk awak jer. syyy....jangan bagi tau orang lain tau. keh keh keh.

okeh. nak layan game jap n peh tu nak menjahit sket sementara baby tengah lena.


HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...