HOLIDAY

Wednesday, September 28, 2011

berita

ibu dok tecongok tunggu berita rtm tv1 nak tengok kakak muncul kat tv. derang kata kuar berita malam ni. tak pasal2 buang tebiat tengok tv1 malam ni. ha ha ha....tak penah2 tengok berita tv1. sampai kesudah tak muncul2 kakak yang baru je menang pertandingan choral speaking peringkat kebangsaan anjuran petronas. kakak dapat best conductor jugak. tu yang kena interview tuh. bukan salah sesiapa pun. tak dek pun orang yg interview tu kata masuk tv malam ni. ha ha ha...semua buat andaian. Tahniah la kakak ya. kat Penang nanti harap dapat lagi award yang sama. yang kat penang ni peringkat kebangsaan anjuran KPM pulak. bravo.

Terima kasih kat Cikgu Lehan yang tolong mengubat anakanda saya yang kelelahan malam semalam. Terima kasih daun keladi, kat Penang nanti, tolong tengok-tengokkan lagi. kak za kompem orang tak mo bawak. sah nyusahkan orang jer nanti. he he

Sunday, September 18, 2011

campur-campur

banyak cerita dalam satu n3 la tu. he he

kakak alia dah setel upsrnya. menunggu resultnya sahaja. arghh...geramnya bila dengar banyak jer sekolah lain yang dapat soalan bocor. mana kualiti budak2 ni kalau disuap dengan soklan bocor cenggitu? iiii...takutnya la menunggu resultnya tu pasal Sains dia tak berapa nak boleh buat-katanya. 

becakap pasal kualiti, ni hah satu lagi benda yang makin tak berkualiti.
gam dia asyik la tak lekat. banyak yang tak lekat. nak ngelakkan membazir, terpaksalah kita orang guna salotape pulak. udah la gitu, mudah pulak bocor. dulu tahan jer. si Zhaim pulak, semalam dah sambut birthday yang ke-4 tahun yet still tak leh lekang ngan pampersnya. dah try train tapi udah melepas baru cakap dia berak. akibatnya melonggok sana sini. waaa...dalam keadaan skrg, tak berapa larat nak melayannya. nanti la cuti sekolah panjang nanti. hu hu ibu yang malas memberi alasannya.  Anak2 yang dulu, taska tolong train, so kita sambung kat umah jer. yang ni tak pulak di trainnya. ha ha...ibu memberi alasannya lagi.

apa-apa pun, Happy Birthday to my dear darling MUHAMMAD ZHAIM SYAHMI.

pagi ni, bangun tak tau nak masak apa. search la tenet sambil layan game. Cari punya cari, tak jumpa yang sama bahan ngan kat umah. last-last, bangun la cipta resepi sendiri. Cik abang kata sedap. budak2 pun suka....he he, so td, they all request lagi. tak mo makan nasik malam ni.

ni dia roti ntah hape nama nak bagi ntah. alaa...dia ala2 roti john jer tapi bila resepi sendiri, suka ati kita la kan nak letak apa pun.

Bahan-bahan yang saya gunakan :
1. daging cincang
2. bawang besar dicincang
2. isi udang yang dicincang
3. telur berapa banyak yang rasa cukup la..he he
4. lada sulah secukup rasa
5. garam secukup rasa
6. cheese

gambar yang kiri tu la bahan2 yang telah dicampur-campur dan digaul-gaulkan. yang kanan tu gambar roti yang dah dalam pembakar. 

Gambar kiri ialah roti yang telah siap dibakar dengan cheesenya sekali manakala gambar kanan ialah cheese yang diletakkan setelah roti siap dibakar. suka ati la nak praktik yang mana satu. 

Si Alia suka yang letak cheese kemudian. apa2 la kan...yang penting sedap dimakan. tu saya tak de mayo. kalau ada mayo boleh la diletakkan sekali ya.

cuba lah kalau nak cuba. bukannya susah pun. dah kenyang pun kita orang makan.

sekian. arghh...esok sekolahhhhhhhhh.

Sunday, September 11, 2011

kakak n upsr

kakak alia tengah sibuk buat persiapan. sesekali dia tergugat juga bila tengok adik2 pun sibuk struggle dapatkan markah yang tinggi-main game. he he

bukti kakak tengah study...kertas kat tepi...lebihnya main game. hu hu

tahun ni ibu rest jaga pekse n jadi KP. best! he he...good luck kakak. moga dapat 5A tu ya. ibu n ayah sentiasa doakan kakak. buat yang terbaik. KAKAK BOLEH!

Saturday, September 10, 2011

unexpected

pak mentuaku suka buat kejutan......Khamis malam yg lepas, pak mentuaku tepon. ader ler tu. dengar bunyi dalam kete...haaa....dah sampai KL la tuh. depa request nak makan nasik ayam tang ni hari ni. he he. nasik ayam? haa...boleh..boleh. nasik ayam senang jer.

n ari ni masak la saya nasik ayam tuh n kami makan la sampai kenyang tak hengat. lepas maghrib td...derang dah balik Kulim balik.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...