Tuesday, February 16, 2010

Plan yang tak menjadi

plan punya plan, semua tak menjadi.

sabtu baru lepasni, cik abang nak balik kg dia,...tapi dia keje ari tu. balik keje, terus nak balik kulim. dengan penat, dengan jem (dia tu mmg la tak leh jem jem nih)...sah la menyusahkan. ditambah dengan berat atiku nak balik. hehe..maklum laaa..umah mentua. kalo umah mak kiter, laju jer. he he.

plannya lagi, tido sehari, lepas tu balik n terus ke skudai. tgk baby iman yg baru lahir. cucu mak yang ke 13. gilo..dah penat balik kejap kejap, nak gi skudai pulak tu.

dah puas2 betekak laki bini, end up ngan tak jadik semuanya.

then dia suggest nak ke pd. bawak mak n adik2ku semua. sure la semua nak hikut kan? time2 gini nak carik hotel? ader la tapi yg mahal2 punya bilik la. last2, tak jadik jugak.

akhirnya kami ke sini.
kat mana ni?

kolam pancing sg. tekala. memula nak gi mandi manda. tapi punya la ghamai org. si adik jantan tu ader agenda tersembunyi rupanya. di bawak kali ke situ. hampeh. bohsan sunggoh. dok la kami kat sana dengan menyewa rumah kecik tepi kolam tuh dgn bayaran RM40.

setelah beberapa jam, kami pun baliks la. dok la jugaks pasal nak jaga ati omak tu hah. balik tu, kami singgah kat sini kejap.

dah lama wujud tapi baru ni la kami terhingin nak naik. kat atas tu ada restoren yg dok ngadap pemandangan tepi bandar ampang tu hah. santek gak pemandangannya. kami tak berani nak gi dekat pasal bukannya nak singgah makan. ingatkan ada la tempat kami leh skodeng2 apa yang patut. hehe
sempat la jugak snap
dengan muka poyonya kami bergambar
Ada helang besar kat atas tuh
Pemandangan dari salah dua buah cafe kat situ. sebelah kiri cafe haven kalo tak salah, yg kanannn..aaa...tak tau la. tak amek pot sangat pasal nak tengok view jer.

itu ler kisah cuti raya cina kami yg hampeh. sekian.

3 comments:

Chah.. said...

sepesen je anak dan mak bergambo.. (gamba no 4 dari atas ) heehe

alfa juliet said...

walaupun duk kat ampang, tapi tak pernah lagi gi menara tinjau..lalu jeh

Anonymous said...

chah...anak? rasanya yang sepesen tu ngan adik. adik bongsu yang pakai baju T lengan merah tu. anak yang sebelah lagi tuh. hmm...nampak cam org dah ada anak besau ek?

akak pun baru ni laa sampai tang tu alfaa..sebelum2 ni lalu jer. tapi ari tu masa lalu tu nampak kete dah boleh naik, tuu yang naik tuh. he he

~Ibuzaaz