HOLIDAY

Wednesday, March 12, 2008

Cuti Yang Tak Cuti

Orang kata seronoknya jadi cikgu kan? Cuti banyak....memang banyak cuti tapi banyak juga kerja.

JUMAAT ( 7 Mac 2008 )
• Buat apa ya? Entah…dah lupa. OOO…seharian update blog. Belajar buat jadual. Masukkan Visi dan Misi yang “mem besar” nak dan update takwim exam. Tengah nak cuba buat 3 column tak jadik2 lagi.

SABTU ( 8 Mac 2008 )
• Bangun la pepagi nak mengundi. Sampai kat sekolah agama tu, parking dah penuh. Pegi 2 kete pasal ayah nak terus pegi keje. Ayah pegi sepital dulu. Ibu? Patah balik umah mak anta budak2. Keluar mengundi dengan Mak Dod.
• Habiskan masa kat umah mak je hari ni. Tunggu ayah balik, baru balik rumah. Tak best dah balik rumah sekarang ni.
• Malam, tunggu keputusan pilihanraya. Huii….banyaknya perubahan kali ni. Apa dah jadi ?? Sampai tengah malam juga la mengadap TV. Kejap tukar siaran tu, kejap tukar siaran ni…he he.
• Sesambil tengok keputusan tu, surf i.net carik semua keratan akhbar berkaitan CBN1 untuk didokumentasikan. Apsal korang tak kutip dan simpan selama ni? Print daripada i.net tak ori la. Tapi jadik la...ada la jugak.


ISNIN ( 10 Mac 2008 )
• Pagi-pagi hantar mesej pada Ms Low. HAPPY BIRTHDAY MS LOW. Hoping that all your wish will come true and always in a very good health.
• Hantar adik ke taska, makan dan terus ke sekolah. Buat apa? Tanda buku la..apa lagi. Sebelum balik, naik ke pejabat...hmmm..kalau dah naik tu kan, ada je la surat-surat siaran yang nak kena tengok. Yang URGENT, walau bukan kerjaku, buat jugak la. Nanti lewat hantar payah juga.Tepon Lin, tepon Sall, tepon Anira, tepon kak Mah..nak selesaikan dua surat siaran.
• Balik, masak. Jahit seluar dan baju ayah serta sarung tangan Ayah yang koyak. Nak bawak pegi Shanghai la tu.Tunggu ayah balik kerja, makan dan anta ayah ke LRT. Selamat berangkat. Babai...1.30 pagi baru naik flight...tapi biasa la kan,..kena c.in awai.
• Malam ni, sebelum tido, senaraikan semua keje2 yang nak kena selesaikan ASAP. Amboi banyaknya keje yang tak selesai lagiii....Bila nak selesai ni ek?

SELASA ( 11 Mac 2008 )
• Hari ni ingat nak rehat. Bukan rehat apa pun...at least boleh la tido dengan aman bila dah penat buat keje. Alih2 mak tepon.
“ Ja, anta adik pegi buat IC ya“. Aduhhh....cecepat bangun, buat apa-apa yang patut, kejut anak2 dan turun. Anta bobok dulu.
• Sampai JPN, ada parking…alhamdulillah. Masukkan la duit kat tempat meter tu. Naik2, nak amik nombor, beratur panjang tak de orang layan. Orang punya la ramai tapi kaunter yang bukak sikit jer. Dah la perkhidmatan lemm…kaunter pulak bukak sikit. Dapat2 nombor, kena pulak datang lepas pukul 2. Hmm…jom la pegi klinik. Buat medical c.up Lela pulak.
• Sampai2 klinik, alaaa….murah memang la murah tapi tempat x-ray nak tempat lain la pulak. Haa tak pe la. Sebab murah, jom la pegi cari klinik tu. Keluar pegi pulak Pekan Ampang. Sementara menunggu lela siap di c.up, bukak laptop dan mula menaip laporan bola jaring yang masih belum dimulakan. Mujur juga ada yang tahun lepas punya. Apa lagi…tambah tolak je la apa yang patut.
• Habis c.up, balik umah mak. Masak apa yang patut, lepas solat terus ke JPN balik. Dah petang parking penuh la. Jenuh tawaf kawasan tu nak dapatkan parking. Menunggu lagi kat sana….Laporan dah siap, buat minit mesyuarat pulak. Tengah2 buat, alamak…bateri abis la pulak. Dah la tak tau nak buat apa. Tunggu je la proses buat kad pengenalan tu selesai. Ruginya masa...
• Malam balik ingat nak tido awal. Letih la...dah la bobok tu malam, tido bukannya lena sangat. Ibu tido macam tak tido jer bobok punya pasal. Tapi tak jugak tido awal...basuh kain, lipat kain sambil tengok TV. Air mata Maria last day hari ni. Tapi bukannya tunggu citer tu sebenarnya. Nak pastikan umah dalam keadaan terurus jer.
• Macam biasa, sebaik sahaja ibu nak telelap, bobok pun jaga. Kalau ada ayah, boleh share tension. Hu hu.

RABU ( 12 Mac 2008 )
• Pepagi jugak bangunnya pasal ari ni ada taklimat Edaftar kat jabatan. Tunggu disket Haslina, maka tuju kat sekolah la dulu after hantar anak2 ke taska dan umah mak. Haslina sampai lambat so tak leh tunggu. Kak Rose, tunggu ya. Pegi la Jabatan sendiri.
• Sampai jabatan, mujur ada parkir. Masuk dalam dewan, En. Azlin tengah bercakap. Eh...dah mula dah? Rupanya start pukul 8 laa...surat tukar waktu tak dapat pasal hari senin kak rose tak pegi tengok pigeon hole. Mujur la benda yang sama jer cam tahun2 lepas. Yang best nya…kak tuti kena handle lagi tahun ni. So ada la geng cikgu yang kena buat keje PT ni. Tidak la daku keseorangan. Perut dah berlagu minta diisi……laparnya!!
• Balik ingat nak carik makan dulu sebelum singgah sekolah…tak de la pulak tempat yang sesuai nak makann..lagi pun sorang…tak best. So..belapar la perut sampai balik rumah nanti. Singgah sekolah, jumpa GB...hmm...
1. Borang calon pentaksir kawasan tak anta lagi. Dah kompem dengan GB calon2 nya…maka Rosliza, siapkan la borang tu ya.
2. Tepon Time…ooiii bila nak hantar printer tu? Kita orang bagai nak gila tak de printer kat sekolah. Segala macam benda tak boleh buat. Korang simpan sampai dekat 2 bulan buat apa? Alamak..kena buat surat rasmi la pulak untuk benda2 PPSMI fasa 5 yang tak berfungsi tu…apahal leceh sangat nak kena surat2 pulak….malas tul la. Dah la printer tak de..Tolongggg!!
3. Layan ibu bapa yang datang nak daftar anak sekolah.
4. Fotostat kad kemajuan cikgu2 pada kertas kuning. Siap cop sekolah dah. Tinggal nak distribute.
5. Semak semua analisa exam…dah lengkap ke blom…Ada sikit jer lagi yang belom print. Leceh la banyak2 cam tu…tepikir pulak nak combine kan ikut tahun…bila pulak nak buat ya?
6. Sign up gmail untuk GB.

Hmm…banyak juga yang sempat ku buat kat sekolah tu. Si Alia dah banyak kali tepon..bosan la tu kat umah nenek.. Balik ingat nak amik budak2, pastu balik. On the way balik, tepon dira...dapat berapa A? Ok la tu Dira…ada gak beberapa A. Ramai lagi yang teruk tau. Dah..toksah nangis. Alia tepon lagi…katanya nenek masak nasi banyak. Suruh singgah makan. Ingatkan sampai boleh terus makan…mak baru nak masak la. Nasi memang dah masak. Hmm…dalam lapar dan ngantuk, masak juga la ikan 3 rasa. Baik jer nak siap masak, dira pulak tepon suh amik kat Cempaka. Aduhh…
• Lepas solat, amik bobok ngan abang, balik umah. Malam ni makan ho liaw je bebudak tu. Siapkan minit mesyuarat guru. Fail kemasukan tahun 1 dah bawak naik. Banyak tu nak kena masukkan data…mana satu nak buat ni? Soklan pekse tak buat lagi ni….Oh TIDAKKKK..
• 10.30 p.m : Mula buat soklan pekse Paper 1. Hish…laptop ni tak de publisher laa…nyampah tol. Tak leh la..so kita install edaftar versi 8 la. Masukkan la maklumat mana yang larat. Argh tensionnya...CD tak leh load la pulakkkk.

3 comments:

Anonymous said...

pn lieza.. busynye awak!!! harus award awak guru cemerlang 2007/2008 :D

~sYiMa

CBN1excellent said...

puan syima...saya ni kena tunggu giliran la...gomen ni ikut senioriti....buat la keje bagai nak rak...tak kisah laa...yang penting saya suka ngan keje saya.

Tq syima...data nasya sednag dimasukkan ke dalam sistem.

Anonymous said...

fuyoooo...sibuk nyer cikgu yang sorang nih.....memang patutlah diberi award cikgu paling rajin kat Sk CBN1....

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...