HOLIDAY

Wednesday, October 26, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan dari kami sekeluara ditujukan buat semua yang membaca terutama kepada :
Kak G & Family kat JB;
Dik Dah & Family kat Damansara;
Kak Long & Family kat Bangi;
Ngah & Family kat Penang;
Rakan-rakan KPLI-MPT especially MTGR2;
( Kak Monie, Aini, Kak Zura, Wan Hazlina, Zuraida, Yusniza, Fathil, Amir, Faiz, Pocet, Joe, Lutfi, Rezal, Yusazli, Zul, Khairi )
Semua Pensyarah MPT especially mentor-mentor yang dedikasi;
( Pn. Haliza Hamzah & Pn. Norehan Shaharoun, tak lupa pada pensyarah pembimbing Pn. Fauziah Hashim dan Mr. Fakir )
Guru-guru pelatih MPIK-KDPM yang menjalani praktikal di SKPP1;
( Yana, Sya, Sheila, Nor, Zuhalizam, Burn, Razimi, Bib )
Guru-guru SKPP1;
Semua pelajar SKPP1 terutamanya pelajar 3 Jasmine & 3 Ixora ( SKPP1 );
Sahabat-sabahat pensyarah di ITTAR sama ada yang masih di ITTAR atau di mana sahaja;
Bekas-bekas pelajar saya yang telah keluar mahupun yang still di ITTAR( DTM & DSK );
Sahabat-sahabat X225 Matrik UUM ( 92 - 93 );
Sahabat-sahabat BIT UUM ( 94 - 98 );
Sahabat-sahabat IIU-UUM;
Sahabat-sahabat Kolej Mas UUM ( 94 - 98 );
Semua X-Roomate semasa di UUM;
( Kak Need, Anizah Othman, Erleizaonie(celcom), Kak Zarini, Yati Kamal )
Semua peserta Delegasi Pemimpin Pelajar ke Vietnam ( 1996 ) - UUM;
Semua peserta projek anak angkat BAKTIMAS Kolej MAS UUM;
( Jenguk-jenguk la ayahanda bonda kat Telok Nibong tu )
Bekas-bekas pelajar Ampang Road Girls' School especially x-classmate 5 Sains 2;
Bekas-bekas pelajar SK Ampang especially x-classmate 6 Raya;
ada lagi tak ya? .... akan bersambung lagi jika teringat.
Maaf ya kalau ada salah silap. Berhati-hati di jalan raya.

Monday, October 24, 2005

Majlis berbuka puasa dgn X-Students
Diploma Sains Komputer (ITTAR-USM)
Tempat : Restoran Haslam, Jln Pahang ( 18 October 2005 )
Ini susana dalam dewan makan.

Ramai juga yang datang. Riuh Haslam dibuatnya. Tak pe la. Sekali-sekala je. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil. Sorry la ya tak berapa terang. Janji ada kenangan untuk saya.

Terima kasih daun keladi...insyaAllah lain kali kita jumpa lagi.

MINI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS AMPANG HILIR
( 2 October 2005 )

Abang dah sudah, kini sampai pulak giliran kakak ( Alia ). Alhamdulillah....tamat sudah satu peringkat. Ingat kakak....cabaran lebih besar menunggu kakak di tahun-tahun mendatang. Suspen ibu nak tengok prestasi kakak kat sekolah kebangsaan. Harap kakak lebih mengekalkan kecemerlangan kakak di Tabika. Aminnnn.

Acara dimulakan dengan sukaneka. Kakak lari tak kuat sangat. Dapat la hadiah saguhati. Tak pe la. Lepas tu ( selepas dah bosan dan berpeluh-peluh menunggu), barulah acara sebenar dimulakan. Mula dengan tarian.

Ha..kakak ni aktif orangnya. Kebanyakan aktiviti Tabika dia masuk. Tarian kakak ikut...nasyid pun kakak join( solo lagi dia ).

Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat Kg. Pandan pun dia join. Nasyid tu dah menang naib johan peringkat Tabika Kemas Negeri Selangor. Pertandingannya sehari sebelum acara konvo ni. Tak sesia ibu hantar kakak latihan tiap-tiap malam tu. Tak hairan lah kakak dapat anugerah pelajar cemerlang macam abang.

Ibu bangga dengan anak-anak ibu ni. Ya Allah...kau berkatilah perjalanan hidup anak-anakku dunia dan akhirat.

Tuesday, October 11, 2005


17 September 2005

Air mata tidak mampu ku tahan. Budak-budak ni la punya pasal. Sape suruh nangis? Satu kelas pulak tu nangis. Mana tak sedih….

“ Tinggal ya semua. I will be here on the 30th” , that’s what I said to them and I really mean it when I said I will come back.

“ Cikgu, nanti cikgu datang balik tak ? ”
“ Cikgu, nanti cikgu mengajar kat sekolah ni ya! “
“ Cikgu, jangan la pegi ….”

“ No dear, I have to go. I have to continue my study. ”. Sedih.

These are a few cards which I got on that day.

I also got raya cards in advance. This is one of it. From Shafiqah Shaharuddin.
These are presents from them.

Rindu la kat you all.

Wednesday, October 05, 2005

~ RamaDhan Datang Lagi ~

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
MOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
seorang anak murid mengirimkan ku artikel ini.
BENARKAH PETANDA BESAR KIAMAT AKAN BERLAKU?
Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari.
Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)
KALENDAR 2005

TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram Khamis
21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban Isnin
5. 10. 2005 = 1 Ramadhan Rabu Puasa Ramadhan
(kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan Isnin
(kejadian gerhana bulan)?
(Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal Khamis Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah Sabtu
2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006
11.1.2006 Hari Raya haji
(Pertumpahan darah di Jamrah)?


PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN

1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah
apakah ia akan benar-benar terjadi?
TAHNIAH

Aku tiba agak lewat. Dah tiba masa perarakan keluar dah. Tak sempat nak tengok sorang-sorang mentee terima diploma. Tak pe la..dapat juga dengar lagu tradisi konvokesyen....gamelan. Bangganya tengok anak-anak didik beratur dengan jubah kejayaan dia orang. Rasa nak menangis pun ada...terharu. Dapat juga korang habiskan study ya. Alhamdulillah.....dalam diam aku berdoa moga kalian terus berjaya. Sesungguhnya ini lah saat yang aku tunggu saban tahun. Melihat anak-anak didik dalam jubah konvo menerima watikah kejayaan. Tapi tahun ni lain sikit sebab aku dah tak bergelar pensyarah ITTAR lagi. Dulu,....ngan aku aku pakai jubah tu...tapi jubah lawa lagi la daripada dia orang punya. he he

Panjang tengkok mencari-cari anak-anak didik dalam barisan. Mana Haleeda? Mana Iqbal? Mana Hasirul? Shakina?Mana yang lain-lain ni? Silap aku tak "top up" awal. Kalau tak, boleh la aku mesej dia orang. Nak harapkan dia orang mesej tak de la kot. Dah gembira masing-masing mana nak ingat kat aku. Dalam aku tercari-cari tu sempat juga aku membelek buku cenderahati konvo. Terus mencari nama pelajar-pelajar terbaik. Manalah tau ada mentee-menteeku yang terima anugerah. Alhamdulillah.....ada gak sorang. Fadhlan...TAHNIAH ya. Pelajar cemerlang program pengkhususan. Bagus! Bagus! Puas hati la juga.

Tunggu kat luar la. Dalam kepanasan mencari lagi. Haa...tu dia Helmee ngan shikin. Seronoknya dapat jumpa korang. Tunggu shima...dan akhirnya shima keluar. TAHNIAH shima ya. Puas la bergambar dengan Shima and family.

Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya.

Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.

Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.



Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.

Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...