Saturday, July 28, 2012

FELT DONUT

~I AM A TEACHER menulis ~

1. Gunting 3 keping kain felt berbentuk bulat. 2 warna yang sama dan satu lagi warna yang berlainan. Warna yang berlainan tu untuk topping donut la tu kununnya.
2. Kepingan yang nak  menjadi tooping tu digunting berlekuk2-ikut suka la nak lekuk macam mana dan letakkan di atas salah satu kepingan bulatan yang tinggal. macam kat bawah ni.
3. Pastu jahitkan keliling lekuk2 tu untuk make sure ianya bercantum dengan kepingan yang bulat. kalau malas, gam pun boleh. guna gam UHU la ya.
ini la hasilnya pas abis menjahit.

 4. Seterusnya, kita jahit pulak bahagian dalam bulatan. alaaa..yg bulatan kecik tu macam dalam gambar. gambar yang sebelahnya tu yang dah siap jahit. 
5. langkah lima, jahit pula bahagian luar bulatan cenggini......
sambil2 jahit tu, berenti la kejap2 untuk sumbat fiber ke dalam donut tu. jangan tunggu dah nak habis jahit baru nak isi fiber...nanti kita jugak yang susah. udah la bulat bentuknya tu. Sampai ke hujungnya tu, jangan lupa letakkan tempat nak bubuh keychain kalau tujuannya nak buat keychain la. kalau tak nak, teruskan menjahit sampai selesai.
 6. Dah selesai cantum bulatan n isi fiber, now is menghias time. haa...ikut suka la nak hias macam mana. nak bubuh apa pun tak per, asalkan awak2 semua bahagia.
 Ini lah hasilnya setelah dihias. Ni tempahan customer sebenarnya. he he

~ SELAMAT MENCUBA ~

0 comments: