Friday, November 05, 2010

lama ku biarkan bersawang

bz!
tu jer nak kata.

year end ni, sangatlah banyak kerja2 sekolah yg perlu diselesaikan dan dilangsaikan.

lepas exam of course la sibuk tanda paper. then preparekan kakak untuk pertandingan sajak anti dadah. pecah kepala hotak ibu mengarang sajak untuk kakak. mujur jugak dapat tempat. tempat ke-4 daripada 38 orang peserta.
then lepas tu, weekend kami 3 beranak join perkhemahan. tapi sebab ujan, maka perkhemahan namanya jadi per"dorm"an sebab bebudak tido kat dorm. he he. khemah kat perhilitan lanchang. iuuu...geli ngan pacat tapi mujur la sepanjang meredah hutan itew, pacat tak sempat hinggap padaku. mak geli uuu...tapi kena la belagak macho kat sana. wa ha ha ha ha. alia banyak kali juga kena ngap ngan pacat tapi dia tak menjerit pasal takut kena ngap ngan mak dia pulak kot. kebetulan mak dia ikut group dia beraktiviti-tak rancang pun ya!

gambar dalam bas
aktiviti malam hari pertama lepas tgk binatang2 yg diawet.
malam hari kedua.
pagi hari terakhir...sempat kita orang buat tugu..ha ha
dearland
alia berkesempatan naik gajah

kalu nak citer pasal kem, masak u olls nak baca..he he

balik kem, handle hari anugerah koko n hari kanak2 pulak. alhamdulillah berjalan lancar walaupun ader tekehel sana sini. biaser la. bukan nak formal sangat pun. seronok-seronok jer. best hari kanak2 tahun ni sebab drama lawak cikgu2 menjadi. seperti biasa, daku akan menjadi badut utamanya. its ok. release tension jap wei.

videonya dah post kat blog ni semalam. leh juga tgk kat youtube. 3hb, majlis khatam quran tapi tak dapat nak bantu sangat sebab orang MIMOS datang nak buat shooting montaj derang. wahh..mak masuk montaj la. ntah hape2 la mak jawab maser derang interview tuh. petang sempat juga singgah ke majlis ba bai ba bai bebudak tahun 6 kat equatorial.

tak abis penat lg, sambung pulak ngan drama. nak bertandingnya 13hb nih. bghu jer nak berlatih. waaa....biol kapla makcik. ni tengah kumpul bahan2 nak buat props. drama ni, yg letihnya props pasal libatkan perbelanjaan. baju lagiii...sewa...sewa....haa...duittttt. insyalllah kami ke melaka 13hb nih untuk pertandingan drama musikal. ewahhh...makanya, tak dapat lah kami anak-beranak join lawatan n bermalam 13 n 14hb tuh. tak de rezeki kamiii...

10 hb nak kena bawak bebudak buat persembahan kat menara KL. sah dari senin dah bz. minggu depan kakak exam intervensi...dia cenggitu ler. buat tak tau jer.

12 hb pertandingan choral speaking- kita org jd tuan rumah. tu aper pun tak setel lagi tuh. dalam sibuk2 dengan itu itu tu, sibuk juga dengan persiapan hari anugerah cemerlang 16hb. senarai nama penerima sudah kusetelkan untuk tempahan hadiahnya. actually tak setel sepenuhnya sebab ada kemushkilan dengan markah penulisan. senin baru nak setelkan.

peh ni kena set tap buku program untuk hari anugerah. waahh...itu kena berteleku depan lappy ni carik2 gambar n design gambar2 yg sesuai. hu hu...masa dah suntuk nih.

tempahan, kena juga disiapkan. ni yg dah setel dalam celah-celah ruang masa yang amat terhad.
ni baru disiapkan tadi

ni yg diserahkan pada tuannya hari rabu lepas.

esok nak siapkan si ALfa punya satu lagi tempahan. sorry dik-lambat.
n mulakan tempahan Syima MZ. saya siapkan sebelum cuti sekolah ni wak. jangan risau walau sebenarnya saya yang risau. hu hu

mataku udah tak serupa mata orang dah ni. bebayang itam menampakkan rupanya di mukaku.
sungguh tak semenggah rupaku sekarang.
tak sabar nak cutiiiiiii panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg.

2 comments:

alfa juliet said...

busynya awak....busy sgt

Wan Z Syima said...

takpe wak.. saya tunggu...hehehe