HOLIDAY

Tuesday, July 07, 2009

eppi besday zharif

ari ni, 11 tahun yang lalu ibu selamat melahirkan baby sulung ibu..seorang baby boy seberat 3.25 kg, di Klinik Penawar Permatang Pauh. Jauh sungguh ibu pi beranak sulung.

Setelah puas pilih nama, maka baby boy tu diberi nama Muhammad Zharif. Hmm...dah besar dah ya anak ibu.
masa ni abang belum setahun...dah duduk umah nenek dah masa ni.

Abang sorang je pantang ibu kat Kulim. Abang cucu sulung belah tok wan. Abang sorang je yang kena kuning n masuk sepital. Seksanya la ibu masa tu...tak boleh tidur walau sekejap pasal abang asyik dok menangis. Panas kot bawah lampu tu. Yang lain kuning juga tapi ibu n ayah carik ubat mandi cina je. Tak sanggup dah masuk sepital. hu hu
gambar2 ni pernah disiarkan dalam majalah keluarga. pernah gak ibu anta gambar kakak, tapi satu pun tak keluar. ha ha...abang ada ong la. kui kui kui

rezeki abang, 3 bulan lepas abang lahir, ibu dapat kerja kat KL. Tinggal la ayah kat Hutan Kampung. Tu yang balik tumpang umah nenek tuh dan abang pun membesar dengan nenek, di bawa ke hulu ke hilir oleh nenek dengan vannya hantar dan amek budak2 sekolah. sayang tol nenek kat abang tu.

pagi tadi ibu dah wish abang dah. ari ni abang, ibu n ayah poser. lawaknya balik sekolah tadi, abang kata esok abang dah tak nak poser...penat katanya. ha ha

Harapan ibu pada abang, banyak sebab abang kan anak sulung. Tapi tak tertulis la kat sini. Just nak kata, Ibu sayaaaaaaaaannnnnnnnngggggggggg abang.

Abang n Ibu sebulan yang lalu

weekendku

Ahad 5 Julai 2009

Bangun pagi ayah ajak gi sarapan...lauk2 yang ibu dah keluarkan dari peti ais tu ibu masukkan semula...ha ha...senang ati tak yah masak. Jauhnya sarapan kami ari ni. Dari Kg. Pandan ke Shah Alam. Ayah kata :
"Ahad ialah hari untuk family"

Ye ke yah? padahal kita sarapan sampai ke Shah Alam tu pun pasal ayah ada niat lain kan? tak lain tak bukan...keje.... Sambil2 cek outlet ASU la tu. Tak pe la...asal ayah yang bayau. Ni la outlet ASU kat seksyen 2
Kami laaa

Balik, pegi Ampang Point kununnya nak carik bateri O2. Tak dek la tang tu. Memandangkan mama call kata ada kat umah nenek, so ayah n ibu tambunkan anak2 kat umah nenek n off to Plaza Low Yat. Ada la baterinya tapi ayah tak jadik beli....format laptop dia la pulak. Sementara menunggu, dapat panggilam kecemasan mengatakan abah mentuaku masuk sepital. So selsesainya kami kat Low Yat, balik umah kemas baju, pegi umah mak jemput budak2 n zaass to Kulim. Dalam perjalanan, mesej En Shah, Ann n Ida kata terpaksa ponteng. he he..

Sampai kat Kulim, balik umah n pegi sepital. Bukan masa melawat la...payah la nak masuk...tu la kalo masuk sepital gomen. tapi kalo nak anto swasta, sape plak nak membayarnya.

Dapat la jugak masukk...alhamdulillah abah OK. cuma still nak kena diawasi kat CCU tu pasal tekanan darah tu kejap naik kejap turun.

Esoknya tu ( semalam la) sempat lagi kami bejalan2 carik makan. Bukan nak makan pun tapi cik abang tu nak intai peluang. Memacam la kan kalo dah otak business tuh. Tapi bila sampai sana, terus kata,

"Jom jom yah. Kita makan kat sini"

he he....Ni la tempatnya..Nasi Ayam Periuk Besar

Sedappp nasik ayam dia. Menu dia ialah Nasi Ayam Dot.com, Nasi ayam dengan ayam madu atau ayam panggang. Murah pun murah...dalam RM4 sepinggan...ayam pun boleh tahan besar, Puas ati la..

Tuu tengok tu...beratur pelanggan dia...kebanyakannya cina.

Yang kita orang makan ni kat sungai kok. Tang tu banyak kilang2...dekat ngan Kulim Hightech pasal tu ramai cina mai makann... kat pekan KUlim pun ada...dekat ngan Pizza Hut kalo tak salah. Haa...kalo sampai Kulim, singgah la noo..Tak cukup ngan makan, kami tapau lagik. tapi bukan untuk kami la...untuk mereka yg ditinggalkan dirumah especially untuk mak mentuaku yang memperkenalkannya kepada hubbyku.

kami bertolak balik dari KUlim kul 4.30 petang n sampai kat umah kol 9.30 malam. hu hu...ari ni sekolahhh..

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...