HOLIDAY

Monday, September 14, 2009

citer lawak "menate cis"

kejadian berlaku di negeri Cik CT Wan Kembang

supaya korang lebih menghayati, kuberikan makna perkataan itew dulu

menate cis dalam loghat kelantan ialah satu bahasa memaki hamun orang yang bermaksud 'binatang cis'.

seorang budak bernama Husin suke sangat gunakan perkataan nate cis ni. setiap ayat dia mesti ada perkataan menate cis tu. contohnya...

eh menate cis! mu make ko dok lagi?
(maknanya dia tegur kawan dia tanya dah makan ke belum?)

suatu hari, nak dijadikan citer, kat sekolah dia cikgu tak datang. maka kelas dia tu bising la. si Husin ni la bapak segala bisingnya. di kelas sebelah, ada cikgu India yang datang dari KL sedang mengajar. bila dengar riuh2 gitu, dia pun datang la marah-marah.

cikgu tu kata,
pelajar semua, jangan bising. saya mengajar di kelas sebelah.
jangan bising! jangan bising!

budak2 tu pun diam la kejap. kejap jer..biasa la kan. lepas 2 minit, bising balik.
Husin ni, dok la melaung-laung panggil kawan-kawan dia..
"woi...menate cis"

kebetulan cikgu India tu masuk balik ke kelas.

"Apa you cakap tadi? Apa menate cis tu?"
, soal cikgu India tu

"menate cis tu maknanya jangan bising cikgu",
kata si Husin.

kengkawan si Husin dah mula menahan gelak.

Cikgu India tu pulak jegilkan mata pada budak2 tu dan berkata..

"Pelajar-pelajar semua,..menate cis. Saya cakap menate cis, menate cis laaa..", laungnya.

apa lagi? terbahak2 la budak2 tu ketawa dan cikgu India tu terpinga2.
mujur guru besar lalu dan bila diketahui cerita sebenar, Husin pun kena denda laa.

he he...moral of the story : kalau nak guna bahasa orang, biar tau dulu bebetul maknanya. ye tak? one more moralnya: tak leh caye sangat cakap bebudak zaman sekarang nih. ehehhh..

hakak tegelak besau baca citer nih pasal hakak paham maknanya tuh...maklum ler...ade keturunan sana jugak.

kat mana baca ? kalau nak baca versi penuh, sila dapatkan mastika keluaran oktober 2009. Tuan editor, tolong promote ni tak de komisen ke? hu hu

2 comments:

azhariahzuber said...

kih kih sian kat cikgu india tu

Anonymous said...

he he...tu la alfa juliet..sian kan?

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...