HOLIDAY

Thursday, June 25, 2009

alfatihah

sms dari kak AVE

"Salam. Ibu tercinta saya telah selamat kembali ke rahmatullah hari ini 23 Jun 2009 pada pukul 4.30 am. Semoga rohnya tenang dan aman serta dicucuri rahmat oleh ALLAH swt. AL-FATIHAH"

Sebelum terima sms tu, aku dah dapat berita dah pun..terus hantar sms kat dia.
Maaf kak ya..tak dapat ziarah walaupun nak sangat pegi sana. Keadaan tidak mengizinkan.

Merisik khabar dari kenalan, katanya,
"
AVE bagus sangat. Dia boleh senyum dan tenang jer. Dia redha katanya"

Alhamdulillah..akak dah all out jaga mak akan sepanjang hayatnya..mesti akak rasa puas hati sangat2...dah boleh stand by mental dan fizikal menghadapi saat-saat itu.
Respect sangat2 ngan akak. Akak memang anak yang baik. Betuah sungguh mak akak tu n betuah juga Sara dapat ummi yang cam akak tuh.

Teringat kat arwah abah..bila lagi ek nak pegi sana?.
Moga merekasemua tenang di SANA
AL-FATIHAH

4 comments:

BaiDuRi said...

Al-Fatihah untuk arwah..Liza, bagi Shimah yg dah lalui saat mcm ni, walau selama mana or sebanyak mana kita jaga diorang, tetap ada rasa tak puas lagi. Rasanya apa yg kita sempat buat utk diaorang tu terlalu sikit berbanding dengan pengorbanan diaorang selama ni..

By Ticer Liza Yacob said...

memang la shimah...tapi kakak tu, mak dia ngan mak dia tak penah berpisah...dok sekali. memang dia yang jaga mak dia. maklum la anak pompuan sorang tu jek....bukan macam kita...konon jaga tapi tinggal jauh2...asing2...hehe

BaiDuRi said...

huhu..shimah bgtau ni berdasarkan pengalaman dok skali la ni..msa dok kat Cheras dulu..kunun jaga la tu..tp siang mak kene tinggal sensorang sbb kita keje..kalo boleh rasanya nak dok cuti jaga dia jer..hmm..kalo dah guna perkataa KALAU..mmg byk!

Ave Hashim said...

Salam Cikgu...terima kasih atas posting ini, saya sangat terharu.

Walaupun jasad kami terpisah, ikatan kasih, sayang dan kerinduan tetap membara dan akan terus tersemat kukuh dilubuk hati. Alhamdullilah, semuanya dipermudahkan oleh-NYA seperti yang saya pinta. Kenangan yang sangat indah untuk dikenang apabila saya dapat melakukan perkhidmatan terakhir buat ibu tercinta adalah memandikan jenazah beliau...sayu, sebak, rindu dan 1001 perasaan tersarang di kalbu. Walaupun jasadnya kaku namun begitu saya percaya beliau dapat merasai belaian terakhir saya buatnya. Moga rohnya akan terus dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama mereka yang Solehah. Amin. Al-Fatihah

Baiduri - saya berasa sangat puas kerana dapat menjaga ibu saya walaupun, ya tidak dinafikan ada juga terselit rasa seperti tidak cukup lagi menjaga beliau. Namun begitu saya redha kerana sepanjang 2 bulan terakhir saya dapat memberi sepenuh perhatian kepada ibu saya selama 24 jam sehari :)

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...