HOLIDAY

Thursday, August 10, 2006

Kursus di Pangkor - hari 2

9 Ogos 2006

6.45 am
Tepon umah jap. Tanya khabar le. Semalam tak sempat sebab asyik berborak. He he. Budak-budak kat umah tu exam la.

7.05 am
Turun makan sarapan. Antara orang yang paling awal turun. Makan pagi hari ni nasi lemak. Cepat lak selesai makannya. Jom la kita gi tengok ombak dan laut Zu. Air tengah pasang. Takut lak tengok ombak tu. Dari jauh nampak pulau yang dikelilingi masa berkayak dulu. Terbayang-bayang peristiwa berkayak dalam ombak bergelora tu.

8.00 am
Patutnya dah mula dah aktiviti abakus. Entah apa la yang JU semua buat. Tak mula-mula lagi. Dalam dewan dah bising dah. Biasa la cikgu-cikgu ni. Sekali dapat lepas, bisingnya ngalahkan anak murid. Slot 1 ngan 2 belajar abakus hari ni. Ok la. Best juga tapi tak dapat nak belajar banyak. Dia orang masukkan slot abacus pun sebab nak promote cd yang dia orang hasilkan. Abakus ada kursus dia sendiri sebenarnya. Minggu depan kursusnya tu. Kat mana tak tau.

2.30 pm
Slot ketiga. Taklimat HSP. Entah apa-apa la. Dah la tukang terang tu Englishnya tak berapa bagus tapi nak cakap BI. Habis semua orang geleng kepala tak paham. Tak kisah la. Tak de yang penting sangat pun. Saja je dia orang ni buat kursus jauh-jauh nak mengabihkan duit kerajaan. Ni umpama nak bawak kita orang gi bercuti je ni. Kalau time banyak duit best gak gi bercuti.

5.00 pm
Berjalan-jalan kat tepi laut. Bukannya ada apa pun. Nak mandi laut pun takut sebab air tengah pasang sampai ke tepi. Hilang dah pasir pantai tu ditelan ombak. Sesambil bejalan tengok la baju-baju yang bergantungan menunggu pelancong. Terpikat tapi terikat. Nak beli tapi tak boleh. Dalam tak boleh tu amik jugak T-shirt untuk cik abang. He he. On the way balik ke resort, tepon la cik abang guna public phone kat tepi jalan. Ditelannya duit tapi suara tak dengar pun. Nasib la. Balik bilik call lagi. Kali ni dapat. Kakak cakap paper Mathematics dia dapat 93 %. Kakak memang ibu tak risau. Tu abang tu senyap je.

8.30 pm
Kursus ni bebetul tak well organized. Depa main bantai je isi slot. Nak bahagi kumpulan pun kelam-kabut. Nak buat group work la kononnya. Buat presentation guna Power Point. Biasa la tu. Kerja senang je. Kat dewan tu kami borak je. Balik bilik baru buat power point tu. Ye la. Tadi mana boleh buat. Laptop tak de la. Ada kat bilik. Yang tak bestnya, dua orang je melayu. 6 yang lain India. 2 lagi cina. Elok la tu. Bila dia orang berborak sesame dia orang, kami geleng kepala. Pas tu gelak.

12.00 pm
Selesai buat power point tu, bersihkan diri, semayang lepas tu tido. Hari ni sempat la taip sikit soklan pekse kertas 1.

Kursus di Pangkor - hari 1

4.00 am
Jam berbunyi, celik tapi tidur balik.

4.30 am
Terjaga dari tidur. Ahh…..dah kena bangun dah ni. Baju Zharif nak kena gosok. Bag nak pegi pun belum disiapkan. Dengan malasnya melangkah ke bilik air. Cuci muka, gosok gigi. Terus ke bilik kakak cari bag. Haa…tu dia atas almari. Dah siap kemas bag, kejutkan abang ngan kakak. Sedih juga nak tinggalkan dia orang ni. Jangan fikir! Jangan fikir!

6.30 am
Ayah hantar abang dan kakak pegi sekolah. Tinggal ibu temankan adik tidur. Ibu pun tumpang tidur juga. Tidur pun tak berapa lena. Pukul 7.00 ayah tak balik lagi.

7.15 am
Ayah balik bawak kuih. Kebetulan adik pun bangun, so kami pun sama-sama sarapan kuih tu. Lepas makan dua biji kuih, terus bangun gosok baju abang ngan baju sendiri. Lepas tu mandi, terus bersiap.

8.10 am
Hantar adik dulu ke taska. Dia turun dengan selambanya. Tinggal dik ya. Ibu tak nak peluk adik sangat, nanti ibu nangis so, ibu biar je adik masuk macma tu je. Lepas hantar adik, ke Maybank keluarkan duit. Kemudian terus ke JPWP. Jem juga dalam perjalanan. Biasa la KL. Sampai sana bas dah siap berderet. Alaa...tak bestnya. Tak kenal sesapa pun. Singgah makan kat Hentian Putra. Ayah je yang makan. Ibu takut sakit perut. Maklumla perjalanannya jauh.

10.00 am
Tak bertolak lagi. Entah apa yang ditunggu. Masa berbaris tadi(register), sempat berkenalan dengan satu cikgu ni. Yang tau nama sekolahnya…La Salle. Nama tak tau lagi. He he biasa la. Cikgu ni dah ngajar 7 tahun dah. 10 lebih baru bas bertolak. Dua kali salam ayah. Tak nak pandang matanya. Dengan rasa yang berat, terpaksa jua dikau kutinggalkan.

Dalam bas, duduk dengan cikgu yang baru kenal tadi. Dia bahasakan dirinya kakak. Mungkin rasa dia tua sebab dia dah lama mengajar. Ku tanyakan umurnya. Katanya. “30”. Jawapannya membuatkanku tergelak. “Saya lagi tua. Umur saya 32 tahun ni”. Cikgu tu pun tergelak sama. Masih tak tahu nama dia. Hmmm.

Bas kami jalan dulu. Kami pun dalam hairan sebenarnya suka kalau bas tu jalan dulu. Mana tak hairan, bas kami bas nombor 5. Patutnya bas nombor 1 la jalan dulu ( semua sekali ada 6 buah bas ). Rupa-rupanya baru je jalan dah berhenti di stesyen minyak. Patut la. Lama juga berhenti.

11.00 am
Tengah syok tengok cerita toyol Indonesia, bas berhenti lagi. Berhenti lagi di kawasan rehat Rawang. Alaa…berhenti lagi! Driver bas kata ½ jam. Jom la turun carik apa-apa.

11.30 am
Bas bergerak. Sambung balik cerita toyol. Dasyat cerita toyol Indonesia tu. Tak tau nak cerita macam mana. Dah habis cerita toyol yang tamat dengan tuan toyol mati kena cekik dek mak toyol kerana melanggar sumpah, sambung lak karaoke Ramlah Ram. He he. Layan je la. Abis karaoke, layan lak bollywood. Apa-apa je la. Nama cikgu kat sebelah masih tak tau. Dah penat berborak, dia tido. Aku nak gak tido tapi ntah……tak lena la.

1.30 pm
Kali ni berhenti kat Teluk Intan. Beberapa minit sebelum berhenti sempat hantar sms pada ayah. Sebenarnya tepon tu dimatikan sebab charger tak bawak la. Nak jimatkan bateri la tu. Berhenti makan kat satu restoran kat mana ntah. Dulu masa pegi Pangkor tak de lak singgah kat situ. Makan nasik RM3. Cecepat kami pegi makan sebab lepas tu nak rebut tandas lak. OK lak kat tandas tu. Masih tak ramai orang pasal memasing masih makan masa kami dah abis makan. OK la tu. Masih tak tau nama member tu. Alahaii! Bas meneruskan perjalanan pada jam 1400.

4.10 pm
Baru sampai jeti. Lambat gak nak sampai. Dah biasa berdiri lama kat kelas, kena pulak duduk lama. Sakit badan dibuatnya. Bas kami sampai dulu so, kami turun dulu la. Dapat la naik feri yang awal. Dalam feri layan karaoke lagi. Memula lagu-lagu 60-an. Tapi cd jem tetengah jalan, tukar lagu-lagu Siti. Sempat la dua lagu Siti nyanyi. Teringat kat Sang Suria. Apa khabar gamaknya Suria? Suria and the gang ni la yang suka benar ikut lagu-lagu karaoke tu. Lagi-lagi lagu dangdut. He he. Sampai je kat seberang terus dapat teksi van. Kat jeti teringat nostalgia PPL. Bezanya dulu bergelar pelajar sekarang dah jadi guru. Dulu badan kecik sikit sekarang dah naik balik. Kat jeti ni la dulu sakan kami amik gambar. Sampai je kat resort terus daftar bilik. Cam biasa la. Dok ngan cikgu tu. Masuk bilik (no 119), baru sibuk nak berkenalan-tanya nama la. He he. Nama dia Zuraida. Punyalah lama berborak baru nak tau nama. Dalam bilik tu ada Astro la. Lepas letak barang terus pegi minum petang. Kami la orang pertama yang minum petang. He he. Bukannya apa. Nak cepat. Boleh rehat lama sikit. Kenyang nyer!! Balik bilik, semayang, tido. Cikgu tu dah tido tapi aku biasa la. Tak leh tido sangat. Last-last bangun menaip. Taip apa lagi.....blog ni la.

7.30 pm
Turun makan malam. Kami lambat rupanya. Ramai yang dah habis makan. Lauk hari ni sambal udang, sayur, ikan masam manis kot, dengan tom yam pahit. Tak lupa juga ulam-ulaman dan buah-buahan. Ok la. Dah banyak kali makan dah. Kembang lagi la badanku. Lepas makan, amik fail terus pegi dewan. Tak ramai lagi kat dewan. Dalam jadual kata pukul 8. Tak pe la. Datang awal boleh pilih tempat. Suka hati la nak duduk kat mana.

8.15 pm
Baru nak mula taklimat. Rupa-rupanya mula 8.15. Ada perubahan jadual la. Ishh...macam mana kami tak tau ni? Oo...rupa-rupanya orang yang turun makan awal je yang dapat berita. Banyak perubahan lagi pada jadual. Malam ni Cuma taklimat untuk perubahan jadual dan pemilihan penghulu dan penghuluwati je. Yang lain tak de. BEST! Patutnya ada ice-breaking. Ha ha ha. Ingatkan boleh la balik bilik awal, tapi ada lak member Zuraida yang datang ajak borak. OK la. Macam-macam cerita baru dunia perguruan yang dapat aku dengar. Seronok! Dapat dengar cerita, bertukar cerita dan kenal kawan baru. Kami berborak kat dewan makan ( of course sambil makan-supper) sampai pukul 10.30 pm. Sejam lebih gak berborak sampai mata makin layu. Balik bilik sambung blog. OK. Habis dah cerita. Esok Sambung lagi.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...