Sunday, December 18, 2005

Cerita BTN

4 comments
Memula dengar kata nak kena pegi BTN....sakit kepala dibuatnya. Mana taknya..dulu dah pernah rasa. Bosannya Ya-Rabbi. Tapi nak tak nak kena gak pegi untuk memenuhi syarat sebagai pegawai kerajaan. Cewah!
Hari yang ditunggu pun tiba. Pagi exam KISSM. Sempat lagi balik tukar baju, sembahyang dan ambil bag kat rumah. En. Shaari kata bas akan bertolak pukul 2.00. So, sebelum pukul 2 sampai la semula ke maktab. Laa...tak ramai pun lagi. Tak pe. Babai abang, kakak, adik. 4 hari lagi ibu balik.
Kata pukul 2.00....ni dah nak dekat pukul 3.00 tak naik bas lagi. Ni la gambar kami semasa menunggu bas. Sempat lagi tu. He he
Dalam pukul 4.30 pm sampai ke kem KIWA. Ni lah dia Kompleks Integrasi Warisan Arca ( KIWA ) di sepang. Bebetul tepi highway dan berdekatan dengan KLIA. Boleh kira kapal terbang yang berlepas. Kalau ada budak-budak baru best kira kapal terbang ni ( teringat la pulak kat anak-anak masa tu).
Sampai je kena bebaris...nak kira orang la tu. Masuk dewan kena timbang berat dan tinggi. Pelik la pulak. sebelum ni tak de pulak kena buat semua ni. Yang tak bestnya,...timbang-timbang berat naik. Ni mesti penimbang tu tak betul. he he. Lepas tu cari geng sebilik. Kecoh juga mencari teman sebilik ni. Kejap macam tu, kejap macam ni. Akhirnya....inilah ahli-ahli sebilikku. Dari belakang, Hani, Zuraida ( yg tengah telepon tu ), Ehem...ehem, Aini dan yang bertudung putih yang tengah menari tu....Yusniza. Actually 4 orang je sebilik. Hani dijemput atas rasa belas kasihan kerana terbuang. Sian Aini la pulak kejap di atas, kejap di bawah tidurnya. Sorry ya dik. Inilah bilik yang paling bising memelam hari. He he. Yang bestnya, semua bilik dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
As expected, LDK aktiviti yang membosankan. 2 hari penuh LDK. Tak semua bosan tapi hampir semua. Biasa la. Mata yang memberat tak dapat ditahan-tahan. Dengan menahan rasa malu, tersengguk-sengguk jua kami. Nak buat macam mana. Dah ngantuk. Tido lambat bangun kena cepat. Dah la tak lena tido kan. Alasan biasa la tu.
Sesi terakhir LDK akhirnya tiba jua. Nak keluar tu barulah segar mata. Ni gambar kumpulan 8. Masa bergambar lagi la segar mata. Kui kui kui.
Satu lagi masa tak ngantuk ialah masa makan. Kat sini makan 6 kali sehari. Walaupun kata tak nak makan, tapi bila dah makanan ada depan mata ( wajib ke dewan makan dalam kumpulan ), maka makanlah jua. Pembaziran jangan cerita la. Semua yang tak habis perlu dibuang. Pinggan mangkuk macam biasa basuh sendiri ikut kumpulan. Gambar kat dewan makan ni (kumpulan 8) diambil pada pagi hari akhir sebelum ke dewan untuk exam terakhir buat tahun ini. Tu yang ramai pegang buku tu. Semua sibuk menghafal fakta-fakta sejarah.
Ni pulak gambar terakhir sebelum melangkah ke dewan exam selepas sarapan. Dah tak larat nak bukak buku dah. Otak dah tepu dengan exam yang berturut-turut bulan november ni. Elok je kan duduk tu...macam taik cicak. Berselang-selang warnanya. Inilah warna pakaian kami sepanjang di kem kecuali masa riadah ngan solat.
Gambar kembara tak de la pasal ingatkan teruk kembaranya. Tak de la bawak kamera. Rupa-rupanya tak adventure langsung!! Lepas kembara, balik mandi, siapkan bag, ke dewan untuk acara penutup. Dah tak sabar nak balik sebab bas dah sampai. He he. Tapi tak de la boleh balik terus. Lepas upacara penutup kena pegi makan lagi kat dewan makan. Lepas tu barulah boleh berangkat.
Berakhir juga cabaran untuk menjadi seorang guru. Gambar terakhir dalam bas sebelum bertolak balik. To Yusniza, selamat bertugas di Tawau. Harap-harap dapat la Yus mengikut suami ke sana. Buat yang lain-lain tu, sabar la menunggu abang posmen hantar surat. Tak pun, rajin-rajin la melayari internet. ADIOS !!