HOLIDAY

Wednesday, January 04, 2012

tahun baru

dah nak masuk hari ke-5 di tahun baru.

kalau tahun baru, sure ada yg akan bercakap pasal azam. azam saya? biar lah sendiri yg tau.  ha ha

ibu minta maaf bebanyak pada anak-anak ibu kerana disebabkan ibu dan baby Naufal, u olls tak dapat bercuti tahun ni. tak per...ayah kata nak bawak jalan naik kapal yang boleh terbang tahun depan kan? destinasinya akan ditetapkan kemudian. Thanks to kakak2 yg banyak membantu ibu menguruskan rumah dan baby dan diri ibu dan abang zhaim sepanjang tempoh ibu kena perap dalam rumah. Cik abang tuu...of course la kan. tq tq tq tq...muahhh muahhh...loves semuanya.

anakanda ke-2 dah masuk tingkatan 1, bermakna sudah 2 orang bersekolah menengah.
29/12- Hari orientasi di CBN Menengah

24/12 sempat join reunion sek rendah. walaupun baru beberapa hari lepas pantang, ai ajak juga encik abang ngan anak2 semua gi Restoran Cerana kat Cheras tuh untuk jumpa geng2 lama. kalau tak pegi, tak tau bila lagi nak jumpa kan. seronok jumpa jer...makan2 tu tolak tepi. mujur la ada encik abang yg sabar melayan baby n menunggu ai yg hilang ingatan bila jumpa kengkawan lama. dia la dok memujuk baby, menidurkan baby n sebagainya, sepanjang perjumpaan itew- ada la dalam 3 jam juga di sana tuh. TQ Darling. Tak ghamai orang lelaki yg boleh buat gitu. apatah lagi bekalan susu hanya ada di dadaku saja. he he

 kalau ramai lg boleh join, especially my x-classmate la kan, lagi best. tahun depan buat la lagi ya organizer semua. he he. Harap Dr. Rahmat tak merajuk lagi kali ni.

Hari ni, menguruskan anak2 ke sekolah. pagi hantar Aiesya, tengah hari hantar kakak n amek aiesya, petang amek kakak pulak lagi. esok, kakak start naik bas, aiesya tumpang cikgu Nisa balik umah. pagi jer ayah anta ya. 

ai nak memulakan proses mengumpul bekalan susu untuk Naufal di taska. harap2 dapat banyak la. fuh fuhhhh jampi. 

dah tengah malam. baik la tido sebelum baby bangun mengiau ngiau nak nenen. chow!

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...