HOLIDAY

Sunday, September 18, 2011

campur-campur

banyak cerita dalam satu n3 la tu. he he

kakak alia dah setel upsrnya. menunggu resultnya sahaja. arghh...geramnya bila dengar banyak jer sekolah lain yang dapat soalan bocor. mana kualiti budak2 ni kalau disuap dengan soklan bocor cenggitu? iiii...takutnya la menunggu resultnya tu pasal Sains dia tak berapa nak boleh buat-katanya. 

becakap pasal kualiti, ni hah satu lagi benda yang makin tak berkualiti.
gam dia asyik la tak lekat. banyak yang tak lekat. nak ngelakkan membazir, terpaksalah kita orang guna salotape pulak. udah la gitu, mudah pulak bocor. dulu tahan jer. si Zhaim pulak, semalam dah sambut birthday yang ke-4 tahun yet still tak leh lekang ngan pampersnya. dah try train tapi udah melepas baru cakap dia berak. akibatnya melonggok sana sini. waaa...dalam keadaan skrg, tak berapa larat nak melayannya. nanti la cuti sekolah panjang nanti. hu hu ibu yang malas memberi alasannya.  Anak2 yang dulu, taska tolong train, so kita sambung kat umah jer. yang ni tak pulak di trainnya. ha ha...ibu memberi alasannya lagi.

apa-apa pun, Happy Birthday to my dear darling MUHAMMAD ZHAIM SYAHMI.

pagi ni, bangun tak tau nak masak apa. search la tenet sambil layan game. Cari punya cari, tak jumpa yang sama bahan ngan kat umah. last-last, bangun la cipta resepi sendiri. Cik abang kata sedap. budak2 pun suka....he he, so td, they all request lagi. tak mo makan nasik malam ni.

ni dia roti ntah hape nama nak bagi ntah. alaa...dia ala2 roti john jer tapi bila resepi sendiri, suka ati kita la kan nak letak apa pun.

Bahan-bahan yang saya gunakan :
1. daging cincang
2. bawang besar dicincang
2. isi udang yang dicincang
3. telur berapa banyak yang rasa cukup la..he he
4. lada sulah secukup rasa
5. garam secukup rasa
6. cheese

gambar yang kiri tu la bahan2 yang telah dicampur-campur dan digaul-gaulkan. yang kanan tu gambar roti yang dah dalam pembakar. 

Gambar kiri ialah roti yang telah siap dibakar dengan cheesenya sekali manakala gambar kanan ialah cheese yang diletakkan setelah roti siap dibakar. suka ati la nak praktik yang mana satu. 

Si Alia suka yang letak cheese kemudian. apa2 la kan...yang penting sedap dimakan. tu saya tak de mayo. kalau ada mayo boleh la diletakkan sekali ya.

cuba lah kalau nak cuba. bukannya susah pun. dah kenyang pun kita orang makan.

sekian. arghh...esok sekolahhhhhhhhh.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...