HOLIDAY

Tuesday, December 21, 2010

Bandung day 4

Sekadar menyelusuri Jalan Cihampelas dan Ci Walk, kononnya tempat soping la tang tu. bandung day 4

Ni la rupanya jalan Cihampelas tu. sepanjang jalan penuh dengan kedai. Factory outlet memang banyak tapi satu pun kita orang tak masuk. Kenapa? entah. mungkin sebab kebanyakannya jual pakaian yang kita orang tak pakai pun.

kedai 24 jam pun ada, gerai2 kecik jual makanan pun ada, kedai jual kerepek2 ole2 bandung pun ada,…macam2 la ada. tapi kedai yang kita orang masuk cuma kedai jual ole2 bandung ngan kedai 24-jam. setelah dibanding2 harga, tu la kedai yang kita orang masuk tapi yg paling  kerap masuk n beli – Giant. murahhh..hehe.

Hari ni kita orang merayap2 kat jalan tu n singgah KFC. Harga KFC sini agak murah berbanding Mesia punya. Tapi kat sini ayamnya dimakan bersama nasi. nasik tu makanan ruji derang sebab tu mana-mana pegi pun ada nasi. hatta kat McD pun ada disertakan nasi. gerai nasi padang memang tak hinggat la banyaknya kat sini kannn..

bandung day 4-1 sebelum singgah KFC, kita orang singgah amek gambar lagi tang ni. siang ari jelas la sikit kann…si zhaim tu memang teruja sangat-sangat la. baju yang dia pakai tu, baru beli terus pakai n pakai sampai tidur malam. lepas mandi pagi, nak pakai lagi. bagi je la pakai. bukannya busuk pun pasal dia tu bukannya jalan sendiri. dukungggg jer kejenya. tak ayah dukung, ibu la dukung. kengkadang, abangnya layan. tu pun kejap jer la. hu hu

bandung day 4-2

lupa la nak snap gambar ayam ngan nasik tu. dah sudah makan baru teringat nak snap gambar. ibu laparr..he he pasal dah tak lalu nak bekpes kat hotel. sampai ke sudah nasik goreng. warna je tukar selang sehari. sehari putih, esoknya tambah warna kicap sket. tu je la.

bandung day 4-3 ini Ci Walknya. sekarang tengah ada sale hari natal. sale dalam gedung gini, tidak lah mau dipandang oleh suamiku, sekadar jalan2 mengenal tempat orang. ok sebenarnya harganya tapi bukan tempat pilihan encik suamiku bersoping, maka kami jalan2 jer la. cuci-cuci mata dan mata dan mata. he he

ni lagi gambar2 sekitar Ci Walk.

bandung day 4-4

hari ni kita orang mintak pindah bilik lain. lebeh selesa namum wifinya tidak dapat diakses. hu hu huuuuuuuu huwaaaa.

note: masa menaip ni, sebenarnya pukul 3.56 pagi waktu indon, hari ke-7, menunggu masa untuk ke airport. mak tak leh tido sepagi ni hah. tak sabar nak balik mesia..

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...