HOLIDAY

Wednesday, November 17, 2010

rentetan aktiviti

09.11.10

hari ni bz sampai ke petang. siangnya sibuk siapkan senarai nama pemenang untuk HAC. Jenuh nak bagi siap sebabnya sistem ada error sket so kena betulkan dulu. some more ada lagi cikgu2 yang belum masukkan markah. janjinya ngan cina hadiah nak bagi senarai by tengah hari. tapi dengan keadaan yang sebegitu, terpaksa la mesej n tepon delay hantar senarai. janji baru: email malam nanti. sebelum boleh mula dengan senarai, sibuk melayan orang ASTRO yang nak buat montaj derang. Hari ni makcik kena interview n akan appear kat dalam montaj sebelum setiap presentation masa malam pertandingan drama nanti. hu hu...ntah hape2 la jawapanku hantam. bantai la. janji selesai.

Mood nak join farewell party pun merudum. tapi bila pk pk, dok kat sekolah lelama pun tatak siap punya senarai tu, makanya gi juga la join farewell party yang tak berapa happening. bebudak tu seronok la sebab party derang kan.
gambar di Hotel Equitorial(betul ke eja tuh?) during the farewell party

maaf la kengkawan jawatankuasa Hari Katam Quran sebab saya tak berapa join kerna sibuk ngan senarai n ngan shooting montaj tu. apa-apa pun, terima kasih kerana bekalkan saya dengan pulut kuning yang melambaks tuh.gambar semasa majlis khatam quran

10.11.10

hmm...pagi siapkan props untuk drama. kredit to all my friends yang datang menghulurkan tangan ->aini, ann, mimi, noraini n juga to my students ->jasmine n zahra alhadad. tq darlings!

tengah hari gi jemput anak2 murid yang balik kem English kat jabatan n straight away go to Menara KL untuk performance sempena meeting ahli-ahli farmasi seantero dunia. waa...sangat letih oo namun kami gagahkan jua naik ke menara untuk siapkan bebudak yg akan performe. mujur juga bebudak ni semua dah reti make up sendiri sebab dah terlalu kerap buat performance, bagusss..bagusss...senang keje cikgu. he he

masa menunggu giliran membuat persembahan

sangat teruja minah2 dan mat2 saleh tu tgk bebudak kecik buat performance. he he

11.11.10

seharian mencari barang untuk buat props drama n end up sampai petang pukul 5, siap la pokokku nan sebatang (tu pun sementara menunggu alia berlatih choral speaking). tq pn seri aini meneman mencari bahan2 props dan bahan2 sendri. sambil nyelam minum air...he he he he

12.11.10

patutnya kena gi melaka-ada rehersel. apsal la derang ni buat rehersel hari yang berlainan. udah la kos semuanya tanggung sendiri... hmm..tapi tak pegi. alasannya, buku aturcara tak siap lagi. memang pun buku tu tak siap lagi. so dari pagi, membawak ke tengah hari, sambung ke petang, meyiapkan buku aturcara n sijil2 n kad2 jemputan ( kad jemputan tu memulakan jer, siapkan ialah keje si Aini). he he.
buku aturcaraku. beberapa tahun ni aku yang reka n siapkan. tahun depan nak bagi kat orang lain pulak. apakah akan tercapai hajatku? tunggu n lihat..

nak masuk ke senja, kami berdua menyiapkan pula lampu ajaib yang dah hilang badannya. betungkus lomos menyiapkan dalam masa sejam lebeh tuh. n akhirnya siap juga lampu ajaib menggantikan lampu yang ilang. siapa la yang dengki mengambik badan lampu tuh? ku sumpah kau menjadi lampu...plik!-jadi la dia lampu. ha ha ha

alia n kumpulannya sampai dari melaka dalam pukul 8 gitew( ye ke ann?). so kami balik, singgah makan n naik umah n ingat nak menjahit, tapi...arghhh...penatttt. hasilnya, tido. barang nak gi melaka pun tak kemas lagi- esok la kan kemas!. hmm

13.11.10

Melaka menggamit kami. waaa ha ha....terpaksa la drive ke melaka setelah mengemas kain baju mana yang patut, juga barang2 menjahitku turut kubawa-harapannya biar la sempat menjahit. hu hu

sampai kat MITC, derang dah setat rehersel daa...elok jer la we all sampai, we all kena stand by letak props atas stage. wa ha ha...cuak sang penganjur takut kami tak sampai lagi. kalu tak, rosak la progam derang kan. udah la Pak Ali Rustam nak mai. he he

usai rehersal, kami masuk hotel. hotel Youth tu baru rasmi hari kami datang tuh. so kami la yang rasmi guna peralatan derang tang tuh. he he. tak de la sempat nak rehat mana...tapi sempat la juga menjahit sket. dah siap2, turun makan malam n tuju MITC. bersedia lah kami untuk bertanding. alhamdulillah, lawan ngan orang2 dewasa, kami dapat tempat kedua dan ketiga. dapat la bawak balik RM3000 cash.
props
saat atas pentas lepas amek hadiah

malam tu kami balik dengan keletihan tapi ada ati lagi nak meronda. lepas anta bebudak balik hotel, kami gi la bandar hilir. kedai semua dah tutup tapi ada pulak downtown tang tu( uptown ke, downtown ke..lantak la kan). sempat la kami bersoping baju anak2 dan ada juga la yang beli tudung baru. balik hotel dah pukul 1 pagi. bebudak yg pesan makanan pun dah tido. mujur la bila gerak, derang bangun n makan. he he heee...

balik bilik, membersihkan diri n sambung menjahit sikit. dalam pukul dua, melelapkan mata. terpaksa la juga lelapkan mata sebab memikirkan esok nak bawak kete balik KL.

14.11.10

subuh entah kemana, kami bangun pukul 8.00++. bersiap2 n dalam pukul 9.00 juga la turun breakfast. sempat lagi kami plan meronda sebelum balik. ini la masanya....sudah berkali2 ke Melaka tapi belum berkesempatan nak meronda2. jadi, kami bepakat, JOM RONDAAA.. bebudak semua balik dengan parents n ada yang Miss Low anta balik. jadi tak de tang tumpang kami, kecuali anakku si Alia. yang tu kompom la balik ngan ibu diaaa...
banyak juga tempat kami singgah
sempat juga kami naik keris kat menara taming sari nih. idok la best mana tapi nak amek pengalaman naik.

kami sampai KL dalam pukul 5 sebab ujan lebat n ada beberapa kejadian eksiden sepanjang jalan. balik, pulun siapkan tempahan shima MZ. takut tak sempat bagi sebelum cuti sekolah. tq to Ann yang menjadi pilot sepanjang perjalanan balik bagi memberi laluan kak Za menjahit. sepanjang jalan daku menjahit dan sambung menjahit malam itew sehingga ke pukul 3 pagi. dah akhirnya, pukul 4 pagi, daku melelapkan mata.
ni yang dah siap untuk deliver

15.11.10

malas tol nak bangun pagi tapi terpaksa la jua bangun pagi. hari ni kejenya print n edit buku aturcara n print lagi n rezo untuk tetamu. malamnya dok satukan kertas2 rezo untuk jadi buku. tak stapler pun. he he.

16.11.10

hari anugerah berjalan lancar walaupun hatiku sakit mendengar suara2 sumbang yang jeles denganku. weii...ko tak buat keje tapi sibuk nak komplen itu ini. ko susun jer ar..takat susun pun nak bising. bengongggg betul la ko. ko memang sengaja nak carik pasal ya. tahun ni aku dah tak tahan sabar ngan perangai ko yang asyik nak komplen peh tu nak melaga-lagakan orang. jangan sampai aku sumpah ko..nanti tak aman hidup ko selamanya. nyampahhhhhhh.

akhirnya selesai. tak de mood nak amek gambar. satu gambar pun tak snap ari tu. hanya gambar2 yang orang amek jer yg jadi bukti nanti.
gambar cikgu2 di bawah khemah jamuan yang diambil oleh Rebecca Ong. Tq becky!

balik sekolah, shoping barang2 seniku. waa...puas ati dapat masuk beberapa kedai menjual barangan seni kat Melawati tuh. :)
17.11.10

Selamat hari raya aidil adha. lepas makan kat umah mak, pegi umah datuk. makan2 lagi makanan yag lazat tuh, tour rumah dia n posing2 ngan raihan, n balik. balik, singgah UO bagi budak2 main kete tang tu n balik umah n main game n blogging n facebooking. he he...acara biasa.

malam ni nak selesaikan keje2 sekolah yang mana tak abis lagi sebelum meeting minggu depan. semoga selesai kejeku....hmm...selesai ker? wa ha ha ha ha ha

gambar2 posing di rumah datuk..he he...

nak rehatt...nak rehatt...nak rehatt...

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...