HOLIDAY

Saturday, July 04, 2009

Zhaim Solat

saksikan..

ntah apa yang dibaca sampai macam tu sekali...siap tutup-tutup mata lagiitetonggeng-tonggeng dia sujud masa solat asar tadi

he he...sekian

TAG DARI CIK PUAN MUDA

jalan punya jalann....kena tag la pulak dengan CIK PUAN MUDA. ni hah tag nya. anak ramai kena la cerita banyak..

Anda sudah mempunyai berapa orang anak dan nyatakan boy or girl?
Dah beranak 4..satu tak jadik..he he
1st Boy, 2nd Girl, 3rd Girl jugak n last (4 the time being la) Boy

Bila perancangan anda untuk menambah anak?
oh tidakkkk.....ada rasa ari tu tp hubby kata..."yg 4 ni pun tak tebela". wa ka ka...ingatkan nk buat anak kembar lepas nih sebab ade je keturunan kembar....wa ka ka ka ka ka...tak jadik la nmpknya.

Nama anak anda dan mankenye dalam Islam.
Muhammad Zharif = Hamba Allah Yang Bijak

'aliah Syahirah = Ketinggian dan kemasyuran ( bukan la nak suruh dia tinggi pasal mak n ayah dia tak tinggi mana. sah lah tak tinggi. just nak derjatnya di sisi tuhan tu tinggiii. tingginya harapan mak dia)

Aiesya Nabilla = Aiesya tu nak ikut nama wife nabi nabilla tu- kegembiraaan, kemurahan hati.

Muhammad Zhaim Syahmi = Pemimpin yang berani

Siapakah yang memberikan nama anak2 anda?
diri sendiri, mak, kawan dan diri sendiri(siap rujuk buku n internet)

Dari mana tercetusnya idea memberi nama anak?
Yang abang tu...dapat dari senarai yang Srihani-member baikku bagi. Ingat nak panjangkan nama dia tapi pak mentua tak bagi panjang2. siap cek lagi nama yang aku tulis kat borang(pantang kat umah mentua)..hu hu. tapi memang nak carik nama yang bunyi za...nak sama ngan ibu la kunun..tu yang adik pun dapat zhaim tu.

Yang kedua, masa baru sakit tu..pegi la melengung pasal ingat nak te*****. he he..tetiba teringat kat budak seuni ari tu...si Mohd Ali Saip ( la ni lect UUM-kalau masih lagi di sana pasal lama tak contact). Tu yang dapat alia tu. Syahirah tu bondaku yang tambah...he he

Aiesya tu ibu amek nama samaran penulis buku alaf 21-Aisya Sofea...masa tu tengah gila baca novel2 nih. Nabilla tu bondaku lagi yang sambung. he he

Zhaim-ibu carik sendiri. Tambah Syahmi kat belakang nak ikut nama ayah yang ada shah. ha ha ha ha. 3 yang last ni boleh la bubuh panjang pasal tidak diawasi oleh pak mentuaku...ahaks..semua bersalin kat Kohilal Taman Melawati.

Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi anak, apakah nama yang akan anda beri?
tak tepikr la pulak..tapi tengah carikkan nama untuk anak2 sedara kembar yang bakal lahir bulan nih. suka nama zara la..

Bagi yang mempunyai anak lebih dari seorang, nyatakan jarak umur anak2 anda.
abang n kakak beza setahun 3 bulan
kakak n aiesya beza 3 tahun 7 bulan
aiesya n adik beza 4 tahun 4 bulan

Untuk kelahiran anak anda yang akan datang, anda nak boy or girl? sebabnya?
nak girl..pasal? anak pompuan kat lekat ngan mak sampai dah beranak pinakkk..he he

Apa ciri persamaan anak anda dengan anda.
aaaa...yang banyak sama si alia la..tapi dia lebih berani a.k.a tak berapa nak malu macam ayah dia. ha ha

semua pemalas buat keje umah macam ibu..wa ka ka ka ka

pasal kecergasan-especially nak bangkit tidur...semua ikut ayah. ha ha ha ha

upload gambar anak2 anda untuk tatapan blogger.
korang tengok la kat tepi belah kanan blog ni ek. semua ada kat situ. tq

dengan ini...daku mengetaq semua ibu2 yang membaca blog ku ini...mana yang belum jawab tag ni..sila jawab!

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...