HOLIDAY

Saturday, June 20, 2009

jemputan

Ni kad yang di download dari internet..tu yang tertulis kepada sesiapa yang mengenali kami tuh.
ari ni, lepas balik dari sekolah kerana menghantar kakak alia yang ada latihan choral speaking(sempat la jugak tanda buku2 yang tak sempat ditanda), terus balik n bersiap untuk kenduri Iqbal(bekas anak muridku masa lecture kat ittar). Sebelum tu gi umah mak nak jemput abang n zhaim, tapi zhaim tido n abang tak mo ikut. so kami pegi la berempat jer.
masa sampai, pengantin baru abis makan. kita orang terus jumpa pengantin, salam2, bagi hadiah n amek gambar. pastu baru makan. masa makan, mata asyik dok tengok orang ramai tu...kot kot la ada yang kenal..hampa...tak de.
selesai makan, kami pun angkat kaki.
sedang berjalan ke arah kete, ada yang memanggil...haa..jumpa gak bekas2 studentku...nurharni shamsila n pasangannya izzudi. waa...x sangka la budak2 bedua ni ada affair. tahun depan insyaallah makan nasik kenduri derang pulak.
balik, amek anak2 n gi shah alam. cik abang nak jenguk bakal majikannya yang sedang sakit.
lama gak kat umah tu...ingatkan nak singgah kejap jer...lepas tu terus bekejar ke masjid negeri yang cantik tu untuk solat asar. kat sana, dengan tak sangka-sangka, jumpa sahabat lama masa blajar kat uum dulu....NOR. Norwati Samingan namanya yang berjualan di sana.
waa...tak sangkanya..setelah 8 atau 9 tahun juga tak jumpa. lama juga berborak2 dengannya tu sampai la azan maghrib. usai solat,, baru la berangkat ke giant yang dekat ngan stadium shah alam. haa..la ni destinasi soping kami kat giant je la....maklum la voucer banyakk... ha ha
kol 10 jugak la baru tiba kat umah. sampai umah, grey's anatomy dah main. dok pulak melongo depan TV. he he..ni la baru bangun update blog yang dah lama tak usik. sebenarnya banyak nak citer tapii...masalah teknikal...tak leh upload gambar yg kat dalam hp..waa...shimah...tak leh tunjuk gambar mi ari jemaat dating kita tuuu..

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...