SMS from mdm Mei yang kuterima:
"Thks 4 everything..No matter what, we enjoyed ourselves & each others company..I had a gd time..
TQ 2 u & all our teachers. It was a job well done!! Bravo!!"
"Thks 4 everything..No matter what, we enjoyed ourselves & each others company..I had a gd time..
TQ 2 u & all our teachers. It was a job well done!! Bravo!!"
Sukarnya menjadi Ketua kepada kumpulan yang selalunya di tempat terakhir. Usaha keras diperlukan dan rasanya kami sudah berusaha dengan sehabis kudrat, namun 4 itu masih menjadi milik kami. Dan kerana itu, matlamatku tidak tercapai dan rasa sedih yang begitu menguasai diikuti dengan deraian air mata.
Tanya Athirah, "Kenapa cikgu menangis? Tahun lepas kita orang dapat no 3 cikgu tak menangis pun".
Kakak juga hairan kenapa ibu menangis. Katanya,"kenapa ibu menangis? Kan gymnaestrada menang nombor 2".
Kenapa menangis? sebenarnya geram, marah, kecewa..Tahun lepas, semuanya dalam jangkaan. Tahun ini, harapan begitu cerah namun keputusan hakim mengecewakan ditambah lagi dengan ketidakadilan yang kami rasakan.
Hendaknya begitu begini, kami turutkan namun tidak juga yang menentukan begitu begini itu mengotakan katanya. Itu yang paling mengecewakan. Yang tidak perlu berpenat lelah dan berpanas juga yang untung.
Apa pun, segalanya sudah berakhir. Parents rumah Hijau dah merajuk. Tahun depan mungkin mereka sudah tidak akan mahu bersungguh. Kata mereka, " biarlah dapat no 4 pun. kita orang sudah tidak kisah lagi". Tidak menyalahkan mereka. Kasihan mereka...setiap Sabtu berkumpul, malah Ahad juga ke sekolah. Baju anak2 perlu dijahit sendiri. Pengorbanan yang besar. Aku merasakannya kerana aku juga perlu menjahit. Penat yang tak terkata.
Macam mana pun, TQ to all. Ann( sorry ann, dek kerana memikirkan rumah hijau, Kak Za tak buat yang bagus untuk sukaneka 3N), Aini (tq atas sumbangan kewangan n masa anda), Lin, Anira, Bariah, Kak Ita yang sponsor skirt, Mr Rooney dengan T.shirt, Ms Rose yang sabar dengan budak2 gymnaestrada, Maam Mei yang begitu supportive. Tq Maam. tq so much. Tak lupa pada En. Din dan Kak Reen yang pecah kepala memikirkan pasal khemah. Tq pada semua parents yang membantu. U all memang fantastic.
Tahniah kepada kumpulan gymnaestrada yang memperbaiki kedudukan dengan memperoleh tempat kedua.
Tahun ini kita tidak dapat mengekalkan kejuaraan namun tempat kedua juga membanggakan. Tahniah.
Khemah juga memperbaiki kedudukan dari tempat keempat ke tempat ketiga, tanpa markah effort.