HOLIDAY

Wednesday, October 29, 2008

Hari ini, Rabu 29 Oktober 2008

Hari ini, mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk mencuci mata + membuang masa + menghabiskan duit. he he

tempat pertama : JJ Maluri
Sebenarnya nak pegi bayo utang kat ambank tapi bila cek bag duit, duit tak cukup daa...so masuk la JJ tu untuk keluarkan duit. Tapi sebelum keluarkan duit. meronda JJ sampai penat. Beli apa kat JJ ? beli hiasan rambut alia je ngan beli roti buat budak2 yang kelaparan.

Pastu baru la pegi baya utang kat ambank yang ada kat sebelah JJ tu je.

tempat kedua : AVON maluri
Beli semua pesanan orang + mak + lela + sendiri. No akaun lupa nak bawak. mujur ada no akaun ateh. Alamak, barang banyak dah habis laa...alhamdulillah, barang yang dah abis tu semua barang yang aku saja2 nak beli. Save dah kat situ.

tempat ketiga : Jalan Peel
Cari barang2 Kak Zura pesan. Mahal la kat sini. Ingat barang borong murah la harganya. Rupanya mahal jugak. Tak beli apa-apa cuma beli air untuk budak2 ngan mak budak yang kehausan.

tempat keempat : UO Ampang
Meneruskan pencarian barang-barang kak Zura. Mahal jugak. Kat sini tak beli apa-apa.

tempat kelima : Ampang Point
kat sini saja jalan2 tapi kat sini la tempat paling banyak kuhabiskan duit. Beli apa?
1. handbag murah
2. brooch
3. buku cerita/novel yang dijual dengan separuh harga juga yang berharga dua ringgit setiap satu. 7 buah buku kusebat. bila nak baca ek? itu lain kira.
4. buat karikatur untuk kakak alia ngan aiesya. puas pujuk aiesya yang pemalu.
5. air - haus la
6. cream entah hape ntah yang orang tu promote. beli jugak..saja nak cuba. memang suka cuba-cuba sambil abiskan duit nih. he he
7. video yang dicari2 - I'm not stupid. Ni sure cikgu2 lain nak pinjam nih. Kena mintak sewa ni.


kakak n aiesya posing sambil AZA(orang majalah GILA-GILA melukis).

inilah hasilnya. ada rupa dia orang tak?


novel-novel yang dibeli
vcd-I'm Not Stupid

tempat kelima : Zhulian Ampang

amik barang Aniza ngan Mak Dod yang telah dihantar cuci masa poser lagi. lambat dapat pasal clash ngan raya. ramai ler tu anto sebab nak raya.

tempat keenam : Umah mak
saja rehat2 sambil hantar barang, sambil kutip duit utang. Alih-alih mak dah siapkan baju batik hadiah hari jadi yang Ann bagi. Hmm...esok Khamis, hari batik orang kerajaan makanya...esok pakai la. alamak tudung tak de.
ye ye...esok pakai baju baru...ni la baju baru yang paling baru sebab baju raya memang tak buat.

tempat ketujuh : Pasar malam Taman Dagang
cari tudung ler sesambil cari makanan untuk anak-anak. ibu ngan ayah makan je la nasi kat umah tu. nasi tu tak cukup untuk semua...lauknya la tak cukup. tu yang kena beli tambah.

lepas tu amik adik n abang dan terus balik rumah. ayah dah tunggu kat rumah.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...