HOLIDAY

Thursday, December 22, 2005

Yang ditunggu...

21 Disember 2005

Kebetulan ayah cuti...dapat la pegi bejalan-jalan. Nak kemana ? Pusing-pusing la jawabnya. Kami masak cepat hari ni. Ye la kan..nak keluar punya pasal. Nak cepat pun...tengah hari juga keluarnya walaupun masak memang dah siap awal.

Memula ke AWAN BESAR. Ayah ada urusan. Ibu ngan anak-anak tunggu dalam kereta. Puas menunggu, aiesya buat projek pulak. Kenalah pegi basuh Aiesya dulu. Ayah datang dengan senyuman dengan tanggannya penuh plastik Mc Donald. Ada habuan untuk kami yang menunggu.

Lepas tu bertolak ke Shah Alam. Berjumpa X student... Siti Aisyah Absah. Masih macam dulu. Cuma yang tak bestnya terpaksa mendengar cerita sedih Aisyah yang terpaksa membuat penangguhan pengajian akibat masalah kewangan. Apakan daya. Saya dah tak berkuasa membantu. Dulu masa kat ITTAR..insyaAllah la. Tak pe Aisyah..Sabar ya. da la hikmahnya tu.

Kembali semula ke KL. Ingatkan nak singgah ke Masjid Pandan Indah yang Indah untuk solat Zohor,...patah balik. cari masjid lain. Panas la kawasan tu...Aiesya tidur. Itu la sebabnya nak cari kasawan yang redup. Terus menuju ke masjid As-Sobirin Taman Melawati. Dah selesai solat...kereta pulak tak boleh dihidupkan. Memacam hal la pulak kereta ni. Tak pe. Kejap lagi hidup la tu. Ada hikmahnya juga tak dapat dihidupkan tu...sempat juga abang, kakak dan adik melepaskan hajatnya. Alhamdulillah lepas tu boleh pulak dihidupkan.

Selepas itu kami ke Carrepour Wangsa Maju. Pegi beli setem je. Ronda-ronda kejap. Pastu terus ke Ampang Point. Teringat pulak sim card dah kena potong perkhidmatannya. Alhamdulillah tak ramai. Elok je sebelum keluar kereta Aini call kata negeri dah tahu. Sukanya. Selesai bagi no. kad pengenalan pada Aini, kami pun uruskan pasal sim card. Dah kena tukar no baru la pulak. This is my new number : 017-2973932. Nak buat cam mana. Kenalah tukar. Masa maxis bagi reminder dulu, tak de la pulak nak pegi tukar awal-awal. kalau tak, dapatla diselamatkan nombor lama tu. nasib la.

Sebelah petang dapat mesej Aini. "kak dapat KL" katanya. Ini buktinya yang selama ini ditunggu.( gambar kemudian) Alhamdulillah, semua classmate dapat pilihan masing-masing termasuk Yusniza yang akan bertolak ke SABAH. Selamat bertugas buat semua. TQ Aini ya tolong buat semakan. Budi baik mu akan ku kenang sentiasa. Tak sabar tunggu mr. posmen bawak surat. Satu lagi penantian yang menyiksakan.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...