HOLIDAY

Wednesday, October 05, 2005

~ RamaDhan Datang Lagi ~

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
MOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
seorang anak murid mengirimkan ku artikel ini.
BENARKAH PETANDA BESAR KIAMAT AKAN BERLAKU?
Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari.
Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)
KALENDAR 2005

TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram Khamis
21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban Isnin
5. 10. 2005 = 1 Ramadhan Rabu Puasa Ramadhan
(kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan Isnin
(kejadian gerhana bulan)?
(Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal Khamis Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah Sabtu
2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006
11.1.2006 Hari Raya haji
(Pertumpahan darah di Jamrah)?


PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN

1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah
apakah ia akan benar-benar terjadi?
TAHNIAH

Aku tiba agak lewat. Dah tiba masa perarakan keluar dah. Tak sempat nak tengok sorang-sorang mentee terima diploma. Tak pe la..dapat juga dengar lagu tradisi konvokesyen....gamelan. Bangganya tengok anak-anak didik beratur dengan jubah kejayaan dia orang. Rasa nak menangis pun ada...terharu. Dapat juga korang habiskan study ya. Alhamdulillah.....dalam diam aku berdoa moga kalian terus berjaya. Sesungguhnya ini lah saat yang aku tunggu saban tahun. Melihat anak-anak didik dalam jubah konvo menerima watikah kejayaan. Tapi tahun ni lain sikit sebab aku dah tak bergelar pensyarah ITTAR lagi. Dulu,....ngan aku aku pakai jubah tu...tapi jubah lawa lagi la daripada dia orang punya. he he

Panjang tengkok mencari-cari anak-anak didik dalam barisan. Mana Haleeda? Mana Iqbal? Mana Hasirul? Shakina?Mana yang lain-lain ni? Silap aku tak "top up" awal. Kalau tak, boleh la aku mesej dia orang. Nak harapkan dia orang mesej tak de la kot. Dah gembira masing-masing mana nak ingat kat aku. Dalam aku tercari-cari tu sempat juga aku membelek buku cenderahati konvo. Terus mencari nama pelajar-pelajar terbaik. Manalah tau ada mentee-menteeku yang terima anugerah. Alhamdulillah.....ada gak sorang. Fadhlan...TAHNIAH ya. Pelajar cemerlang program pengkhususan. Bagus! Bagus! Puas hati la juga.

Tunggu kat luar la. Dalam kepanasan mencari lagi. Haa...tu dia Helmee ngan shikin. Seronoknya dapat jumpa korang. Tunggu shima...dan akhirnya shima keluar. TAHNIAH shima ya. Puas la bergambar dengan Shima and family.

Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya.

Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.

Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.



Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.

Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...