HOLIDAY

Monday, August 29, 2005

Terima kasih adikku

Assalamualaikum dik,

Terima kasih adikku kerana dengan mengenalimu maka diriku mengenali laman ini. Membaca tulisan-tulisanmu membuatkanku kagum dengan ketabahanmu meneruskan perjuangan di medan pendidikan yang penuh dengan cabaran ini. Dapatku membayangkan keadaanmu menangani karenah anak-anak didik yang semakin tidak terduga kehendaknya. Teringat sewaktu kita bersama di Jalan Peel. Sekarang ini mesti lebih mencabar kan dik. Dulu kita hanya memerhati tapi sekarang diperhati. Dulu mungkin sekali seminggu hilang suaramu tapi sekarang setiap hari. Dah cuti seminggu ni bagaimana pula ya? Dah kembali suara yang hilang?? Ah...rindu sungguh rasanya untuk berbicara dengan mu, mendengar kata-katamu yang penuh kelembutan, melihat gerak gerimu yang penuh sopan. Teruskan perjuanganmu dik. Semoga niat kita yang suci murni ini mampu membekalkan kita dengan sesuatu yang tidak ternilai daripadaNYA, buat bekalan kita di sana. Doaku sentiasa untukmu DIK. Terima kasih adikku.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...