HOLIDAY

Saturday, December 25, 2021

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan ke rumah pengantin. Sepanjang jalan ke Meru (bukan Klang je ada Meru) kami menikmati bentuk-bentuk rumah yang ada di kiri kanan jalan. Macam biasa la leh nampak yang kaya...mmg  kaya la. beza ngan rumah depan jalannya, masih bentuk asal yang dah usang.

Siapa yang kawen ni? Cikgu CBN1 yang tak berapa nak lama masuk tapi penghuni Bilik Guru Bawah kami tu. Tak lama lagi dah nak kena pindah ke bahagian atas pulak sbb ramai2 cikgu2 baru akan masuk. kununnya nak simbangkan la bilangan cikgu lama n baru. apa-apa la.

Tahniah Cikgu Atiqah Hani 21.12.21









Next : Kellie's Castle




Friday, December 24, 2021

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 1

Lama tak menulis. Due to banjir yang melanda, i decided not to post anything di IG or FB. Bukan bermakna tak prihatin (still ambik tau n ambik kisah). Tapi ini jer masa yang TCeR ada untuk berhungga-hungga with friends. Kebetulan dah habis kelas2 untuk sem 2 and tarikh kenduri si Hani ngam2 a day after kelas habis (walaupun assignmnet lom habis. haha) n encik hubby bg kebenaran..yeay. Tinggai sat lappy kat umah rehat2. kalau tak hari2 TCeR lenjan dia.

Al kisah bila tarikh dah ngam tu, i decided to war2kan kat gang bilik guru bawah. Siapa nak ikut, jom. Kalau tak i is dengan adik kecik tu jer la. Alhamdulillah Aloya n Kak Rozi boleh  join. Ngam2 la kete kecilku untuk digunakan meronda2.

21.12 lebih kuranf 7:45 pagi sampai rumah Kak Rozi untuk bergerak ke Ipoh. Haa..dia bawak kete walaupun tido sejam jer. dok pot pet pot pet tak sedar dah sampai. hehe


ala kak rozi tido pulak. Ni gambar nak bg Haslina Hassim jeles jer. hehe

Plan Asal, bertemu dengan Vee n Aloya di Kellie's Castle tapi tak jadi sebab kena tgk masa perjalanan bas si Vee dari Kulim. So plan berubah ke Gunung Lang sebab dekat dengan rumah pengantin. Al kisah, kami sampai awal dr masa yang dijangkakan. Laju kak Rozi bawa kete oi. Ngam2 sampai pesan tank dah 0. bekelip2 dah lampu tandanya tank dah kehausan. Ok2 tak jadi masuk..cari stesyen minyak dulu. Mujur dekat jer. Haha teringat kereta stop tepi jalan sbb minyak abis masa balik dr konvo abang Zharif dulu. Jangan la jadi lagi sekali.

Nak isi minyak pun tehegeh2 tak tau tank belah  mana. Ni 1st time nak isi minyak MYVI. i is tak pernah buat sebelum ni. Isi penuh pun tak tau berapa ringgit sebab? masa dapat tank dah mmg penuh. hehe. So isi tu, penuh dlm RM70. Dari hari smapai, jalan2 pusing2 ipoh ke seri iskandar bagai n balik KL, tak abis lagi. ada 2 takok lg minyak. Jimat giler. Tu antara reason why i is mintak kete kecik jer.

so  back to the story. Sampai Gunung Lang, we selfie2 dulu tak tau nak pegi  mana. 

while waiting, wefie lagi.
acara wajib, gambar berdua n post ke dlm group yang ada Haslina. hehe


Tak tau nak pegi mana while waiting. Di sana ada 2 aktiviti sahaja.
1. Petting Zoo
2. Naik bot ke kawasan sebelah sana enjoy2 (ni nanti tunggu part yang seterusnya)

Aloya suggest pegi Petting Zoo since lambat lagi bas Vee nak sampai. So ok. we walked to the other side towards the petting zoo.
Tiket dewasa : RM6

apa ada kat dalam? hehe. 
kebanyakan haiwan yang kita dah tau. Not so big...baru kot. Kalau nak bawak anak-anak nak perkenalkan haiwan2 elok la. Tapi macam tak terjaga sangat. mungkin sebab PKP kan. Pekerja pun tak ada. Pelan-pelan la ya. Tgk gambar2 n video2 yang diambil di dalam ya. Biar gambar berbicara.






Kawasan tak besar. Ada tikus, ular, ayam, kucing pun ada. Arnab, kambing, itik. Yang besher2 jer. InshaAllah sy akan usahakan untuk menjadikannya daya tarikan yang lebih menarik bila sy jd menteri nanti. Undilah Saya. hehe

Part 2 ialah cerita kenduri. Tunggu ya.



Sunday, June 02, 2019

HIASAN PENTAS

HIASAN PENTAS HASIL MY TEAM UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN.
(akan dikemaskini dari masa ke masa. tak  jumpa gambau sebenarnya. haha)


ENGLISH CARNIVAL 2018

SAMBUTAN HARI RAYA 2018

HAC 2016
 HAC 2017
HAC 2018

Sunday, May 26, 2019

REKABENTUK SETEM

AKTIVITI KESEF

Percubaan kali kedua pertandingan rekacipta setem sempena ReBest 2019. Percubaan sekolah kat Sarawak mencipta Rekod. last minit kita buat. no idea. Ticer liza memang more to flowers. Jiwa saya berbunga2. 

mudah-mudahan berjaya. haha berangan. Berjaya dapat sijil peringkat kebangsaan tu memang confirm.

POSTCROSSING

Aktiviti bertukar2 poskad dengan penduduk dunia. Just started in March 2019 n only received 2 postcards form Switzerland and  Netherlands.



this is the 1st one i received from Netherlands. Oii teringat la masa visit kat sana, tak puas lg tour sana. nanti lah. dah pencen nanti kot leh pusing2 dunia. kononnya la,

this one from Switzerland

Kita terima tu maknanya we also need to send them the postcards. Postcrossing will set the address to us. sekali hantar hanya boleh hantar to 5 addresses only. so kita kena tunggu orang terima poskad kita then only kita boleh minta address baru. kena bersabar la sikit. 

yang last ni akan dihantar ke RUSIA

Ni semua antara kad-kad yang dihantar ke luar negara. kita  beli2 masa jalan2. dekat Central Market sekeping RM1. leh la beli banyak2. nak cari2 lagi kalau ada yang lebih murah. Sapa tau? Roger na. haha


sapa nak join? meh la

Hi!

I want to share with you a website that I am member of and that I think you will like. It is an online project that allows you to send and receive postcards from all over the world!  

The project is called Postcrossing and can be found at: https://www.postcrossing.com/

My profile is at: https://www.postcrossing.com/user/RoslizaYacob

Hope you like it. See you soon!

Rosliza


moh3.

Friday, March 29, 2019

KL TOWER MINI ZOO

Story to remember. Kita buat part by part la. kang panjang sangat. So we start with

KL TOWER MINI ZOO

kl tower mini zoo tickets
AlamatGround Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Ticer dibesarkan di KL tapi jarang sangat ke Menara KL. Biasa la kalau kat tempat sendiri kan. Padahal mengajar dah 13 tahun kat bawah menara tu jer...pun payah nak sampai. Kalau sampai pun sebab ada jamuan makan2 yang orang sponsor ke..or dak2 CBN1 buat performance ke.... sampai la jugak kan. But Mini Zoo ni memang 1st time sampai.

sepanjang yg diingat, sampai kat sini :
1. Dak2 CBN buat performance something berkaitan kesihatan. when? cannot remember. need to selongkar khazanah.
2. Farewell party batch Lubna (walaupun sampai bawah jer)
3. After SPM jumpa balik kengkawan n dtg utk posink. tak ingat la masuk ke tak. Masuk tak ticer CT Zalina?, Puteri Nur Zarina? Pah? ( macam la u olls baca blog ni. hahahaha)
4. Before abis sekolah ada masuk rasanya dengan family. guna teropong tu skodeng2.
hmm...ada lagi ke? ontah la.

Plan asal nak panjat Bukit Nanas yang gagal dilaksanakan hari sebelumnya kerana ibu lebih mementingkan kerja ibu dr anak-anak. ajak naik bukit nanas sebab ibu nak singgah tempat ibu la kan..nak buat kilijer. hehu. By the time nak naik dah petang sangat. so kita ganti la balik. Alang2 dah panjat bukit ( park kat sekolah n naik ikut pintu tepi pagau sekolah tu jer ) kita explore la semua sekali. bila lagi kan. tiga2 budak tu tak pernah naik. Rezeki korang la kan..ibu br gaji n ibu pon suka tour2 ni,

sebelum pegi..kita makan dolu
kedai makan depan masjid dekat2 ngan IPB tu. Tak sedap sangat. saja cuba sebab bila balik memang lalu hari2 utk fetch the boys.
 Mamat bangla yang jaga kaunter n ambik order. hmmm...bangla kat mesia jual  makanan indon. sebab makanan indon lebih fofular? or senang nak sediakan? or rakyat mesia suka makanan indon? or indo lebei ghamai di situ? or mesia sudah tukar jd indo? 
Kg. pandan kann...mmg port.

Sampai2..moh memanjat.
ingatkan nak panjat2 jembatan dolu, skali aiesya menonong naik atas. ok la. jom kita bg makan hewan2 dolu. 

Berapa kena bayar? kita amik family package yg ngam2 la ngam kami 2 dewasa 2 kanak2. RM99 plus SST jd la RM104.94
 

boktinya..dah kerepot kerana penyek dalam henbekku. hehe


byk gambar dah ilang sebab upload masuk telegram. ingatkan dah beres upload skali tak berjaya. kita dah delete dr memori..sebab dok asyik dpt warning..full..full...eiii mencikk

ini antara gambar pertama yang diambil after entering the mini zoo. gambar berjaya diselamatkan sebab dah hantar kat group family sebelum tu.

ini gambar2 yang dapat selamat sama ada berjaya upload di telegram atau dr kamera zhaim n aiesya atau diambil selepas proses delete berlaku. Ayahhhhh...i need new phone. haha




ni memang selamat la kan..sbb bayau. eh si aiesya ni is getting taller n taller la. ke ibu yg makin mengetot?

n this is my fav part. shopink yg related with my hobby.
poskad. beli utk simpanan n utk tukau2 ngan kengawan oberC

apa lagi...FM la. benda2 lain I is x minat. Teringat kat adik badikku...kalau pegi mana2 must blikan..but this time tak payah. since dokek...nanti kita pegi ghamai2. kita kompol suit dolu ya.


Sunday, February 03, 2019

year 6 MATHEMATICS DLP Topic 1


Exercises i did using QUIZIZZ.
i am trying a new apps. dah bosan dengan Kahoot.

Kahoot ni budak2 suka tengok jawapan kawan n klik.
tak mau kira sendiri untuk yang malas2 tu.

Quizizz ni dia appear pd skrin sendiri n randomly kluar soalan2. so dia nak tiru
kawan sebelah pun x boleh kecuali dia main tekan-tekan jer pilihan jawapan,

kalau nak pandai, usahalah sendiri ya anak-anak.
tak ada siapa yang alan ubah nasib awak kalau awak sendiri tak mau mengubahnya.

🌿Exercise 1 :  

Round Off up to the nearest hundred thousand.

GAME CODE : 478331

join game with this code at QUIZIZZ
___________________________________________________________________

🌿Exercise 2 :

Prime Numbers.

GAME CODE : 123271

join game with this code at QUIZIZZ
____________________________________________________________________

🌿Exercise 3 : 

Numbers up to 7 digits.

GAME CODE : 845998

join game with this code at QUIZIZZ
______________________________________________________________________



Tuesday, January 29, 2019

BUZZ GAME

Budak-budak suka sangat main ni. I always let them play before the real lesson starts. This is one of the strategies to make sure pupils will memorize the time table. For starting, it will surely take a lot of your teaching time, but once they love it, each time you enter the class, they will ask for BUZZ game. haha.
  • Pupils need to stand up.


    ni gambar masa relief kelas Madam (6 Zamrud) tahun lepas(2018). Aktiviti yang berguna bila tak de idea nak buat apa time tetiba kena masuk relief kelas orang. Memula semua berdiri.


    • The teacher will give instruction on the flow of the game. Kena la kan, sat gi lepas orang ni, orang tu tunggu pulak orang lain jawab padahal dia punya turn. So the instruction needs to be clear.
    • The teacher will have to state the time table involved clearly. 
    • Then you may start the game with anyone you choose.


     5 Violet.
     Masa ni first time introduce game ni. Terkial2 la sket depa ni.
     Nampak tak dah ada yang kena duduk.

    actually kita kena masuk bertanding PAK21 punya aktiviti la. hehe. dah memang kita buat so ok la.


    ok dah setel edit




    Sunday, August 05, 2018

    LANGGAQ BIHUN SUP UTARA


    mai kita pekena bihun sup utara tang ni, kat mana ni? 

    27, Jalan AU2/17, Taman Seri Keramat, Ulu KlangUlu Klang 54200

    waktu buka : 2.30 petang - 12.00 tengah malam

    ni kali ke berapa ntah singgah. hehe
    pandangan dari depan
    pendangan belakang


     cuq udang dia kuah kacang. RM6 yang biasa. yang special RM10 ada sotong celup tepung. lain kali la beli yang special pulak. banyak sepinggan tu. kena makan share2. x abis.
    ni nasik dia dah siap bungkuih. RM1.50 sebunkuih.
    tu bila bukak n gaul. sedap kakak alia kata. sedap belaka kalau kakak tu.
    dalam tong tu derang letak nasi bungkuih tu. sebelah lauk ayam sebelah lauk daging.

     Aiesya order bihun sup daging macam biasa.
    sambal merah tu makan ngan sup macam kat utara la kan.
    rupa sblm boh sambal

    selain bihun sup, kakak order in juga. char kuew tiau. sedap. ibu share ngan kakak. hehe. tu yang buat tak cukup kakak makan tu. nasi bungkuih tu pun kakak bedal. coq udang pun dia bantai. kakak laa kakak.
    air tadi ada air anggur free. minum la banyak mana nak minum. air kosong leh amek sendiri kat balang coway kat dalam kedai. hehe
    ni gerai sate kat situ. leh try sate dia.
    dipidahkan oleh kedai dobi..ada laggaq western. Nasi campoq langgaq ada tang tu.

    parkir terhad. tempat duduk pun leh tahan terhad. dah siap makan boleh mangkit cecepat kasi orang lain duduk pula tau.

    sekian. 

    HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

    Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...