HOLIDAY

Wednesday, February 21, 2018

SURAT RASMI PELEPASAN MENGIKUTI LDP

CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN
bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe

ROSLIZA BT. YACOB
SK Convent (1) Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 Kuala Lumpur


Pn. Indrani A/P Letchumanan
Guru Besar
SK Convent (1) Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 KUALA LUMPUR                                                                                                        22 FEBRUARI 2018

Puan,

MEMOHON PENGECUALIAN DARI MENGIKUTI LATIHAN DALAM PERKIDMATAN

Merujuk perkara di atas, saya Rosliza Bt. Yacob no K/P 740730-02-5558,  ingin memohon pengecualian dari pihak puan untuk dikecualikan dari mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan PAK21, yang akan dijalankan pada 24 Februari 2018 ini.

2. Tujuan saya memohon pengecualian adalah kerana pada tarikh tersebut saya akan menghantar anak pulang ke Kolej Matrikulasi Kedah. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga telah mengikuti Bengkel PAK21 untuk Ketua-ketua Panitia Matematik Zon Keramat, anjuran PPW Keramat pada 15 dan 16 Januari 2018.

3. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak puan. Pertimbangan dan budi bicara dari pihak puan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

____________________
(  ROSLIZA BT. YACOB    )


Tuesday, February 20, 2018

Nasik Lemak Saleha Sri Rampai

Setelah berjanji kami menuju ke sini.

No. 8, Jalan Seri Rejang 5, Pusat Perindustrian Sri Rampai 
Kuala Lumpur, Malaysia 53300

  Selalunya kami ke Kg. Pandan jer sebab dalam kawasan. tak yah merempuh jem bagai. ni sebab saleha Kg. Pandan dan tutup, n kami nak makan cucuq dia yg mabeles tu, maka kami cekalkan hati ke sana.


Kedainya nampak besar dari luar tp tak la besar mana. We prefer yg di kg. pandan n katanya akan dibuka kembali di kg.pandan tp lokasi yang berlainan. As long as  kat Kg. Pandan, ok la.

Menu ? hmm..hampa. ingatkan ada cucuq tu. x der la pulak. Roti jala ada tp x order la pulak td. Ada western n sate tapi tak siap lg td. malam kot baru ready,
 Adik2 yang keje di Kg. Pandan tu pun x de. Kalau tak Srihani dah senang. air order sebut macam biasa dik. dia tau la nak buat air apa.

Rasa masih sama tp harga agak up la tang ni. Kena bayar harga bangunan kan. sure la hg kena up. itu kami faham. Sini ada ketupat yang tak ada di Kg. Pandan. Makan dengan rendang ayam or daging dia...best. Tp pulut kuning agak kering. Dah lama dok kat dalam dulang tu kot. Customer tak ramai hr ni. Rasa macam tak strategik la situ dengan parking yang terhad.


tu ketupat pulut dengan rendang ayam

selfie sblm yang lain2 sampai. 

with kak leha. 

we decided this is the first n last sini. kami tunggu cawangan kg. pandan bukak n kami akan serbu.

ni keluar saleha n masuk sini pulak makan durian. haha. besarnya perut kami. 

3 biji RM50. Tq Pn Sri. Laju je mambayau.
selsai kami kerjakan. Tak berapa la sangat. nak berapa kena amek yg mahai la kan.


gembira jer kan dapat jumpa, kenyang perut n dapat begambar.

dah kenyang, balik. ngantuk la pulak. esok dah kerja. huhu

Monday, February 19, 2018

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017

Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer. Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Mencari2 duit untuk membeli bahan. Biasanya hanya akan dapat pruntukan sebanyak RM250 untuk hiasan pentas. Tak cukup la. kena la mintak sana sini.Tahun 2017 dapat ehsan Panitia Seni.


Ini hasilnya. menggunakan kertas manila untuk menghasilkan bunga2 dengan kerahan tenaga cikgu2 ajk dan juga anak2 murid yang malas nak masuk kelas sbb dah tak belajar dah kan masa tu. Sebenarnya nak buat lain tapi dengan bahan2 yang ada, dia jadi lain, kena la pandai tukar2 berdasarkan bahan. Palet hasil perkhemahan bersepadu. Dari bahan berlari dan memanjat anak2 kita jadikan hiasan pulak. Nanti  la kita terobek perkhemahan.

Saja2  share dalam group TC. Alhamdulillah ramai yang suka. 2.1k like tu memang tidak dijangkakan menjadikan  takut la pulak menghadapi cabaran tahun 2018. Mesti lah nak kena lagi kebaboom. apa2 pun...lambat lagi. nanti lah dulu.


ini jer yang sempat bergambar. kalut2 dah masa tu tak sempat la nak roger semua orang suruh turun bergambar. kalau ada baju seragam lagi cun ni gambo ni. 
THE AJKs
CIK CLARISSA LEE, CIK HALIMAH n 
tq guys. u r the best !!
Ada je yang tak suka jd ajk ticer, sbb ticer suka buat benda renyah dan yang bukan2. Banyak la kerjanya bg mereka yang malas bekerja. its ok. whatever it is, i need to complete the task given. its for my own satisfaction and for my reputation.



THATS CONCLUDE MY STORY OF HAC 2018

I'm writing again !!

After so many years, n after trying to log in and in, again and again to the blogger site (actually i already forgot which email add i used for blogspot n hehe...also cannot remember the password), finally today i am here to start my writing for this year.

Until i found the template that i want ( of course green colour  :)), and after i figure out how to change the slider thing, i will stick to this template. Blue..hmmm...😜😝😝😝

this pic is nothing to do with the entry. 
Jalan2 habiskan masa dan duit di EMPIRE shoping mall today with CNY holiday mood and also explore new apps : PHOTO LAB. Quite interesting but yeah, u need to spend time on it.

bye for now. will update soon.
chow.


HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...