HOLIDAY

Saturday, July 28, 2012

FELT DONUT

~I AM A TEACHER menulis ~

1. Gunting 3 keping kain felt berbentuk bulat. 2 warna yang sama dan satu lagi warna yang berlainan. Warna yang berlainan tu untuk topping donut la tu kununnya.
2. Kepingan yang nak  menjadi tooping tu digunting berlekuk2-ikut suka la nak lekuk macam mana dan letakkan di atas salah satu kepingan bulatan yang tinggal. macam kat bawah ni.
3. Pastu jahitkan keliling lekuk2 tu untuk make sure ianya bercantum dengan kepingan yang bulat. kalau malas, gam pun boleh. guna gam UHU la ya.
ini la hasilnya pas abis menjahit.

 4. Seterusnya, kita jahit pulak bahagian dalam bulatan. alaaa..yg bulatan kecik tu macam dalam gambar. gambar yang sebelahnya tu yang dah siap jahit. 
5. langkah lima, jahit pula bahagian luar bulatan cenggini......
sambil2 jahit tu, berenti la kejap2 untuk sumbat fiber ke dalam donut tu. jangan tunggu dah nak habis jahit baru nak isi fiber...nanti kita jugak yang susah. udah la bulat bentuknya tu. Sampai ke hujungnya tu, jangan lupa letakkan tempat nak bubuh keychain kalau tujuannya nak buat keychain la. kalau tak nak, teruskan menjahit sampai selesai.
 6. Dah selesai cantum bulatan n isi fiber, now is menghias time. haa...ikut suka la nak hias macam mana. nak bubuh apa pun tak per, asalkan awak2 semua bahagia.
 Ini lah hasilnya setelah dihias. Ni tempahan customer sebenarnya. he he

~ SELAMAT MENCUBA ~

Thursday, July 26, 2012

FELT CUPCAKE

1. Potong kain felt betbentuk bulat dengan saiz yang sama besar.
2. Lapiskan keduanya dan jahit sempat kasar di sekeliling bulatan seperti ini.
 inilah hasilnya....
 3. Seterusnya tarikkan benang yang lebih untuk mendapatkan kedutan seperti ini :

LANGKAH SETERUSNYA-menyediakan cakenya.

4. potong sekeping lagi kain felt berbentuk bulat tapi kali ni besar sikit dari yang mula2 tu. Jahit sembat juga kelilingnya tuh. dah sampai hujung, tarik untuk membuat kedutan dan isikan fiber.
 5. Lepas sumbat fiber, tarik lagibenang lebih tu untuk ketatkannya dan matikan benang jahitan. Seterusnya, sumbat masuk dalam bekas cupcake yang dah kita sediakan awal2 tu. sumbat bebetul ek. dah puas ati, jahitkan sket tepi2 tu untuk make sure melekat mereka berdua itew.
 dah siap tu hiaskan la. sker atilanak hias macam mana. ikut kreativiti memasing la. gambar berikutnya ialah cupcake yang saya dah siapkan. he he...ijau juga menjadi pilihan hatiku.

 ~ SELAMAT MENCUBA. :) ~

Tuesday, July 24, 2012

cerita-ceriti

*orang bukan pandai sangat masak sedang mencari2 cara2 memasak sesambil hapdet blog. kui kui

*hari ni start exam kali ke-3 kat sekolah. rasa lega sikit. esok start tanda paper.

* aktiviti hari ahad lepas:
   1. siapkan tempahan
   2. lipat kotak. kotak apa? sila refer gambar berikut :
nolong encik abang melipat kotak2 untuk bubuh kurma. kotak2 kurma akan diedarkan kepada customer buraq yang bertuah. ada 10 ribu kotak semuanya. kami sekeluarga buat 1000 jer. ha ha..kecoh.

sesi melayan adik dan diri sementara ibu, ayah n yg tak layan adik melayan kotak.

 he he..sian naufal.

* Eksiden. kecil saja. berlaku pada 11 Julai di Kompleks Muhibbah Kg Pandan. Al kisahnya, sorang pakcik gatal ni dengan lajunya blok jalan saya. masa tu saya n anak2 baru je masuk kete lepas membuang mana2 air yg patut kat toilet di situh. saya stand by la blakang kete dia dan dengan sabarnya tunggu dia habis ngorat. pakcik ni dah tua dah tapi tak sedar diri. pakaian raget bagai orang muda. dok sibuk ngorat dari dalam keter sorang makcik kat tepi tu. dengan senyum, dengan gelaknya mengorat tak hengat kubur. yang bestnya, lepas abis ngorat, terus je dia gostan kete dia dengan lajunya tak tengok2 dah. apa lagii...kena la kita orang kat blakang tu. hin pun dah tak guna sebabnya bukannya dia dengar. karaoke pakcik2 dan makcik2 dok berkumandang. Yang bestnya lagi tak mo ngaku salah. tak mo bayar pon walau sesen. tak mo gaduh ngan pakcik tak sedar diri tuh, kita orang mengalah jer la. report polis pun tak guna.
 kete pakcik gatai tuh. tgk keter tu...berjiwa muda macam tuannya juga.
hasil pelanggaran....bukan boleh tampal pecahan tu. kena ganti satu benda depan tu. tak per la. asal boleh jalan lagi, jalan la. tak kan nak tukar keter pulak kannn. Kete ijau ai tu dah kemek lama dah orang langgar. encik abang buat tak tau jer pasal bukan tak leh guna pun. ni pun kes orang langgar payah nak bayau. banyak kali dah kena langgar tapi orang lari. dulu kena langgar ngan lori, india tu boleh menghilangkan diri pulak. sampai sekarang mata sebelah kete tu dok berair jer...arghh...memacam la. time tukar kete sebenarnya tapi bukan pasal eksiden2 nih...pasal dah sendat dalam kete. tapi hmm...tgk kewangan jugak la. 

* Kerjamu kerjaku jua

- ni kakak alia punya hal la. sejak dia masuk sek menengah ni, apa2 dia masuk maknanya ibu la yang masuk. 
memula dulu hantar lakaran. kalau terpilih dapat la patung kosong n we have to color macam yang kita lakar sebelum ni. haaa...ibu memang tau kalau takat nak terpilih tu memang ada harapan. dah terpilih, hu huu...ibu gak la yang susah nak  memikir cam mana nak kaler.  bantai la labuu. menang tu idok la diharapkan sangat. he he

* hasil kraf a.k.a tempahan yang telah disudahkan.


Tu jer la. banyak cerita tertangguh. tentang jalan2, tentang hati...tapi tak de mood. mood nak tanak pulut untuk berbuka. jap lagi baby sampai pulak. bubai.

Thursday, July 05, 2012

terkini

 mu hubby dah selamat kembali ke tanah air pada Rabu minggu lepas n dia bawak balik dies ni semua untuk sang isteri. sangat sronok. tapi kalu dapat pg n pilih sendiriii...lagi SRONOKKKKKKKKK! sigh!

 dalam sibuk2 sure kena siapkan ini selagi ada tempahan. Tempahan kengkawan kakak Alia 
n kakak Aiesya.
 

ini pula pokok sifir idea cecikgu matematik CBN1 untuk menggalakkan memurid menghafap sifir. sesiapa yg tamat hafalan sifirnya, namanya akan tumbuh sebagai dedaunan pohon itew. setakat ni sambutan positif dpd bebudak, merekammg sronok menghafal sifir. kalau masuk kelas tak blajar pun tak per, asalkan dapat hafal sifir n letak nama kat pokok. huhu...gitu la pulak hasilnya ya. tapi bila menghafal lancar, tanya soklan2 rambang, tehegeh2 jugak menjawab. adoiii.

ni pulak kerja2 last minute yg diberikan kepadaku. menghasilkan baju2 robot. tapi sebab minat punya pasal, kugagahkan diri merekacipta n ini lah hasilnya. puas ati den. saya suka..saya sukaaa. 
 ni robot yang dah ready nak performe. 
pertandingan next monday. hope u all berjaya. ada menang kategori mana2 pun jadi la. nak lawan sekolah cina tu rasanya tak mampu la kot tapi kalo menang tuu, alhamdulillah. rezeki la tu.

next: siapkan donut 3 bijik tempahan aini, frame hari jadi kawan mak su.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...