HOLIDAY

Friday, June 22, 2012

last week

dah seminggu berlalu selepas sek dibuka.

hari pertama sek dibuka, aiesya dah babai kami untuk ke Perlis meneruskan misi kebangsaan. Pulang dengan tangan kosong tapi tetap terrer sebab dapat no 5. dengan tak ada asas, dengan berlatih menghafal, dapat gak no 5. ok la tu kan kakak aiesya. first time tahun ni. tahun depan will be better la tu.

malam tu sempat buatkan tag nama untuk dia letak kat bag dia sebab bag yang dia dapat tu semuanya sama jer. he he

n sekolah dimulakan dengan minggu yg bz dengan sukan sehinggalah sukan selesai hari ahad yang baru ni. first time buat sukan hari Ahad sebab murid2 wakil kebangsaan keluar minggu tu. Tahniah kepada pasukan action song yang menang tempat kedua peringkat kebangsaan. Anti V memang dasyat la bab2 ni. Solute la kat dia. 

menyiapkan ini sebelum sukan berlangsung : buku aturcara sukan


tahniah kepada pasukan umah ijau...rumah sukanku yang telah berjaya merebut tempat pertama tahun ni. punya la lama nak rebut tak dapat2. tahun ni baru dapat. misi untuk naikkan fakhira jadi olahragawati juga tercapai. sangat seronok! tahun depan entah la. ade ke runner yang boleh diharap ek? ishhh. terima kasih kepada Pn Raihan juga kerana dengan takdir nya, tanganmu menempatkan dia di rumah ijau. he he... jasamu dikenang.

even bz ngan sukan, tetap juga kena menjahit sebab ada tempahan. walaupun tak dapat nak siapkan weekend seperti selalu, tapi siap la juga hari selasa lepas. so hasil2 menjahit adalah seperti berikut:

 
 
 
 buat benda2 gini laju la sikit. ingat  nak buat kasut baby.... tak dan lagi. patern dah print out dah. blom ada masa. tgk la weekend ni. tapi rasanya tak dan juga. masih ada tempahan yg baru lagi. yg sendiri punya kompem la last2 baru nak jadik atau terus tak jadik. he he. keje sekolah pun banyakkk blom beres. yg buat2 tak nampak nak kena siapkan tu. kui kui.  kena siapkan jugak...kena siapkan jugak!!!!

Senin rabu ke KLIA menghantar cik abang yang kena bertugas di New York n LA. jauhnyaaa...ari tu tak jadik ingat tak jadik terus, tapi kena gi jugak walaupun sorang diri. huwaaaaa...sedihnya. mujur la senin tu coti pasal sokan hari ahad tu. letih wei tapi gagahkan juga ngantar dengan anak2 yg lain kecuali baby. sebelum pegi pesan suh beli itu, suh beli ini. semuanya barangan craft mengeraf saya. tidak lebih dari itew. kui kui. kat sana morah la sket sebab yg ada kat sini memang datangnya dari sana juga. alang2 dia nak sampai sana, apa lagiii...pesan la apa yang patut kannn. he he

alhamdulillah kekalutan pepagi buter menghandle anak2 tak la sekalut yang difikirkan. baby n zhaim macam tau jer derang kena bangun pagi. so derang bangun dengan senangnya setiap pagi. hari kakak alia competition pun dapat datang awal. hanya wassap n skype penghubung kami dengan cik abang.

hari rabu malam dok menggentel ini pulak. buat penutup lencana dan name taq untuk pasukan choral speaking SMK CBN. pagi khamis tu bertanding peringkat zon. pepagi tu suh alia menggayakannya sebabnya dia takut nak bawak hp pegi bertanding. kompem la tak dek gambarnya nanti. tu yg paksa di pakai tu pepagi buter tu. sian ek derang kena sediakan sendiri. dulu  masa handle sek rendah, tuan rumah sediakan semuanya. 

Tahniah to them sebab menang peringkat zon n alia jadi conductor terbaik. next week may be peringkat negeri pulak n soon peringkat kebangsaan. he he...so confident.

hari ni dapat result pemeriksaan darah utk 60 jenis penyakit yg dibuat minggu lepas. alhamdulillah semuanya ok cuma ada 2 bacaan hati yang terlebih tinggi. minah tu kata kena minum air kosong banyak2. haaa..memang kurang pun minum air kosong. dia kata normal la tu. cikgu2 kadang stress ngan budak2 n kerja2 jadi bacaan kadang2 tinggi tapi boleh normal balik. bukan maknanya sakit hati. nak bergurau pasal penyakit hati yang cenggini tak boleh. ader jer yg salah paham n salah sampaikan. apa daaa..ni bacaan hati saya tu naik la agaknya sebab saya tengah sakit ati. mujur jugak ada kipas penyejuk. DIA sentiasa menyejukkan saya bila saya memerlukannya untuk menyejukkan.. i love u la kipasssss.

projek gold coast seliaan saya sedang berjalan. kalau tak ada aral, saya pula akan babai cik abang saya. terima kasih miss low kerana tinggalkan saya untuk handle koko beberapa bulan yang lepas. hasilnya saya dapat projek ini. 

mlm ni meneruskan sesi keraf mengeraf. misi yang pertama, tidokan baby. chow. esok pepagi nak kena hantar kakak aiesya ikut lawatan sekolah ke sekitar putrajaya. 

Saturday, June 09, 2012

hari-hari terakhir cuti

hari ni ada menolong Cik tengku noor jadi statistik punya orang kat sekolah. Grading dia punya gymnast. gamai la pulak calonnya. lambat betul habis.

hari ni juga gi amek Aiesya balik. itu budak suka kasi darah ibu naik. pepagi dah kol suh datang segera. ingatkan pasal apa. tapi tak segera pegi...cecepat kol cikgu dia tanya. kalau ikut dia, aii...jadi cam ari tu. pegi pagi tapi bendanya petang.

hari ni juga siapkan ini.
 ni saja gatal. buat untuk aliah sebagai sampel. kengkawan dia boleh tengok lebih dekat lagi. he he
 ni siapkan hari Khamis kalau tak salah. last order dari kengkawan kakak alia untuk disiapkan dalam cuti sekolah ni. alhamdulillah dah selesai dah.
ni progress untuk cik puan Syima. sangat teruja nak buat ni sebab tak penah lagi buat sebelum ni. kalau benda yang dok buat berulang2 kali tu, saya jemu.  he he. design dia lain sket ya syim. lg lawa. he he

keje menipu minit mesyuarat blom selesai. kita cuti bersalin pun kena kat kita jugak. nasib la kan. aik...jangan mengeluh rosliza. tak baik. he he. dah mengeluh punnnn.

hokeh. perut lapar. mau carik makan. adioss.

p/s: tak suka nak melalui minggu depan yang bz.owh tidakkkk!!!


Wednesday, June 06, 2012

Cuti sekolah ini...

Cuti sekolah ni, abang Zharif awal2 lagi dah ikut tok wan ke sana ke sini n end up dengan balik KULIM. sampai skrg blom balik. Jumaat ni ayah n Zhaim naik bas gi jemput abang ya.

Minggu pertama cuti,
Isnin sampai Rabu ngantar Aiesya ke SMK Wangsa Maju Seksyen 2 untuk latihan pusat silat dia. Pas anta Aiesya, bergegas ke CBN pulak anta kakak untuk latihan choral. jenuh jugak menempuh jem.
ini gambar mereka di SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Khamis n jumaat with alia, anta aiesya n balik focus kat menjahit. petang gi amek aiesya semula n amek baby n balik.

Sabtu ahad ingatkan boleh ke kangar-ada kenduri. tapi terpaksa dibatalkan sebab baby demam. zhaim pun tak berapa sihat. so prepare kakak aiesya punya bag je la untuk duduk di asrama selama seminggu minggu kedua ni.

 Kakak Aiesya dengan bagnya dah ready untuk stay di asrama n berlatih silat pagi petang siang dan malamm Di MSN AU2 Keramat. Alaaaa...berdepan ngan AEON Jusco AU2 tu laa.

Semalam kami sekeluarga gi la menjenguk minah tu. Haiyaa...dia buat tarak kenal sama kami. malu ke hape ke tak tau la. ke takut langgar peraturan? nyampah. dah la adik tak berapa sihat n kami semua keletihan, dia boleh ignore kami kami yg datang jenguk dia. Ceh...pas ketuk2 pala dia sket, kami pun balik. hmm...dia ok la tu kalau gi kangar minggu depan. tak de la kami ghisau nanti. hu hu
ni suasana smlm lepas latihan. ada  motivasi sket n bagi nombor giliran untuk masa pertandingan minggu depan.

Semalam gi collect benda ni kat Cheras. benda yg kuidam idamkan selama ni. Melabur sket untuk meniaga kraf tanganku.
dengan adanya big shot ni, tak yah dah trace2 n gunting2. senget2 benget tak de lagi. tapi kena beli dies dia la pulak. tunggu sang ayah pg US nanti mintak tolong dia belikan banyak2 dies nya tu. sini orang jual mahal2 regenya. 90 hingga ratusan ringgit satu. bukan boleh beli satu. kalau beli satu, baik tak yah pakai mesin ni. haaa...gitu la pulak kan.

n selama cuti ni, ni la benda ku hadap untuk siapkan sebelum tamatnya cuti.
\
  Ni semua tempahan kengkawan kakak Aliah la nii.
yang ni pulak sample untuk anak dara pn Syima MZ. nak tukar2 hadiah katanya masa pesta gym.  Fridge Magnet. derang dah approve dan so akan terus di buat sedikit demi sedikit. tu guntung sendiri. tu yang senget benget. al maklum la...sampel jer. yg real punya saya guna mesin tu ya Syima. lagi cun. dah try dah tadi guna mesin tu. best!

Ada 3 bijik cupcakes lagi blom disiapkan. insyallah sehari dua ni siap la tu.

Hari ni n hari2 seterusnya tak hantar baby ke taska coz dia tak sihat kan. tetiap ari panas kepalanya. pepagi dia bangun ngacau ibu tidur hari ni, raba2 pala dia, alhamdulillahhhh dah ok dah. tinggal nak cater selesema dia pulak n kahaknya.

ok. baby dah bangun dah. mau kasi mandi, basuh poo dia n kasik makan n makan ubat n tidokan balik. keje skolah ada lagi ni tak siap. borang kak ton bagi tu ntah hape2 la kena isi. bengong betul. pn siti raihan tak email pun detail untuk buku program. bukan saya la kot yang kena buat buku program sukan tu. bagus juga. last2 minute masak jugak nak siapkan. sukan dah la hari ahad bukak sekolah tu.

apa2 la. nak gomol baby dulu. bye.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...