HOLIDAY

Monday, December 31, 2012

makan malam hr ni kat McD

i realized that double cheese skrg, dagingnya tuh udah nipisssss sgt2. double dia mcm tak double jer. tak per ar.

petang td ke lake garden. dah  kul 6 baru  nak gerak. peh tu tersekat dlm traffic Jem lak. nak kol 7 br sampai. tak sampai 10 menet bebeudak maing, ujan turun lak. balikkkkkk

singgah mcD makan. mcD ampang park. alaa..purse x bawak la pulak. nak gran tudung yg bekenan kat situ..he he. warna yang kucari..peach. akan ku dapatkan jugaaaa... ha ha

nnow kat buraq. mandi. air ada sikit2 tp kejap2 ilang. kena jugak la ke sini. tiap kali hadatng, hoping semua org dah balik. kui kui kui.

ok. my turn membuang. aki pun udah membuang. adios amigos.

Friday, December 28, 2012

kijer dahhhh

hari ni dah mula kijer dah. dah mula meeting. dah dapat jadual. cikgu ict x dapat kurang masa punn...tetap la 30 waktu. maknanya...ict asyraf jer la jaga ya.

ngajar math thn 3, 4 n 5. psv thn 4. ajar aiesya math n psv ler maknanya. owh..tensionnnnnn.

hr ni amek engrave pen yg sampai kat pej, yg diorder secara on9. keh2. saja gatai.

balik umah x der air la pulak. mlm td kami gi opis ayah mandi. sblm tu gi makan nasi ayam kat keramat. ni dok menahan sakit pwrut nak berak la pulak. adoiiii.

Thursday, December 27, 2012

daftar sek baru

anak ibu dah  besarr...dah masuk tadika dah. td gi daftar zhaim n zhaki sekali. taska n sekali tadika di bawah seliaan orang yg sama. senang sket. so nanti zhaki akan sekolah tang tu seawal 4 tahun la. zhaim nak sek mana tahun depan nih. hmm. .pk. ..pk...st john idok ler rasanya sbb nak transit tang tu jugak. tak pe...pk dulu...pk...pk...ada masa sampai bulan 3 thn depan nak pk tuh.

gambar borang2 yg diisi untuk pendaftaran n juga gambar sek baru zhaim.

hmm....besar dah anak ibu. sekejap jer masa berlalu.

Tuesday, December 25, 2012

dapatttt

baca blog cikgu Aza yg nak pg Ariani...last day sale hr ni..

he he...saja2 tanya en abg nak kuar tak ari ni. bila dia tanya nak gi mana n ai jawab nak gi ariani...dia kata jom. haa...ai sukerrrrr

petang dlm pukul 6 br keluar. mulut tu nak sengih jer tp control. ha ha

dok pusing2 dlm ariani jln tar dlm sejam lebih. masuk semua pintu yg ada. waaahhh ghamainya orang-dlm kedai yg tengah tu ler. kedai yg tepi sekali tu x berapa ghamai. ai masuk dua2. he he. kebetulan ada dua kali happy hour lagi. waaa....rembatttt. ada kakak alia meneman lagi ler syok ai pusing2. tp sebenarnya x berapa nak ada tudung yg dicari. hnmm...alang2 dah sampai n for the first time leh rembat cenggitu, ai rembat ler 9 helai tudung. 3 dpdnya alia punya. yg lain ai punya. banyak kan? waa ha ha ha ha

buat sekian kalinya ai rasa sungguh seronok berblog bila ai boleh menulis dengan senang hati tanpa risau org membaca dengan rasa dengki di hati.

puas ati dpt bercuti dengan anak2 adik beradik, dpt bg adik2 duit belanja, dapat soping benda2 yg ai sukerrr dengan duit sendiri. simpanan hasil keluarnya duit kwspku sudah makin susutttttt..tp x per. penat dah keje tuuuu

now layan gambar2 ya.

gambar 1 gambar happy hour org tengah rembat tudung

gambar 2 ai dengan hasil rembatan hr ni. x dah sampai umah nak begambar..ha ha ha

gambar 3 ni la hasilnya 9 helai.
total rembatan hr ni RM90(hepi hour) + RM46(ni ada akak tu ajak share beli. 3 helai RM138. Ai amek selai. dia amek 2 lai. mmg dah amek dah yg selai tu. kebetulan dia mengoffer...he he) n yg last sekali kena RM290.
ngeeeee :)

sebelum sampai umah, singgah Times Square jap. gi tukar kupon groupon.


first time la ni beli barang ngan groupom ni. he he...kita org tengah gila makan ni...ni semua berkaitan dengan keje ayah. 3 sekali kupon tu guna. ingatkan tak dapat hr tu. dapat email kata fail. alih2 ada ghupernya. mujur la sibuk nak cek email. keh keh keh

nanti la citer pasal holiday.

budak demam

dapat tak gi grap sale kat ariani ni ek? budak kecik ni demam la pulak.
dapat...tak dapat, dapat....tak dapat, dapat....tak dapat, dapat....tak dapat

Tak sabar

Smlm beli kelengkapan budak2 nak sek. Belikan la bag ngan kasut zhaim. Budak br nak sekolah la katakannn...asyik dok cubaaa jer. Lega...at least dia excited. Sng sket nak gerak pepagi buter tu nanti.

Wednesday, December 19, 2012

sampaii

dlm 4 lebei td kami sampai umah umi kat impian emas skudai. legaaa
ni la gambaran memula ni. esok2 kompem besepah satu umah. we all nak kluau cari makan n cari hanger jap. apa citer mak ateh oi? he he...macam la derang boleh baca. boleh..boleh...nanti i invite.

seminggu cuti2 selatan.

dlm keter. otw to johor.

Saturday, December 08, 2012

bersiaran dari buraq

lama tak bersiaran.  masih x suka dengan apa yg berlaku. will forgive but never can forget.

hr ni coti jd kami jenjalan. suker benar ler bebudak ni. seminggu teperap kat umah walaupun ada gak la pepetang bawak derang main2 di kawasan sekitar. bosan.

pagi lepas sarapan kami keluar mengikut ayah setelkan kerjanya di Jalan Bukir Raja. Dekat ngan Mid Valley tuuu

selesai yg tu gi parking kat tesko mutiara damansara. then kami walk2 lalu the curve n lalu ikea n lalu ikano. alaa setakat lalu2. cik abang ai mmg kalau jalan tu jalan jer la. nak memerhati itu ini mmg tak berkesempatan. dr ikano patah balik ke the curve lalu laluan bawah tanahnya n sampai semula ke tesko. sebenarnya nak membeli barangan keperluan di tesko jer. kah kah. jauh benar pg. tesko ampang  kan ada puan..kata x-studentku. he he..saja la sesambil bejalan.  yang dekat tu selalu kehabisan  barang. semua nak menyerbu tang tu.

keluar tesko singgah subang pulak beli cool blog yg tak berjenama tapi sedap. lokasi : sebelah Restoran Jaring. Peh tu kami balik anta barang kat umah-pasal ada barang basah, n bergerak ke Megan Avenue. Haa...ni la tempat kami lepaks sampai skrg. ni dah nak balik dah ni. Saja bagi Naufal yg  baru dapat kaki belatih bejalan. he he. ayahnya tu nak buat keje la tuu.

ok. naufal dah mengamuk. nak balik dah .

Saturday, October 13, 2012

Kursus

VLE Frog n KKSR DSV tahun 3.

VLE Frog : banyaknya keje kena buat. boleh buat ke dengan masa mengajar yang banyak tu? mujur ada asyraf. banyak lagi nak kena study tu. tak per take time. poyonya menulis cenggini. kena la hati2. maklum la ada tukang print. nak kena buat blog baru ke ni?

KSSR DSV Tahun 3.
-baru la cerah sket apa yg nak dipahamkan. ngajar tahun 2 cacamarba jadinya sebab x tau apa nak kena buat.

hasil2 karya kumpulan kami semasa kursus. 

BIDANG : Menggambar
TEKNIK : Catan
TEMA : Alam semulajadi

malam kelmarin berjaya menyiapkan buku rekod dr bulan 6 punya. dasyat rosliza. dr bulan 6 tak tulis. sebabnya? ..... sendiri jawab. takot la nak tulis skrg ni. ishhh

berjaya juga menyiapkan 60 hiasan rambut dan tangan untuk di bawa ke gold coast. loteh.

ni siapkan sbg souvenir utk kengkawan korsos.
sronot tengok derang sronot.

nak tinggalkan mesia. bag tak kemas pun lg. hmmm.

Thursday, October 04, 2012

terima kasih

kepada pembaca blog sy yg boleh dibilang dengan jari kerana sudi n bersusah payah print apa yg saya tuliskan. jasamu dikenang.

Tuesday, October 02, 2012

Memacam hal

yang dah jadi. kau tuduh aku, aku tuduh kau. kau tuduh dia, dia tuduh kau. aku ke ?..dia ke?...kau ke ? payah nak paham. budak2 pun tak teruk cenggitu. bila timenak kantoi, kantoi la juga. hmm..

intro mula memang gitu. kui kui. ntah hape2 ntah. will be myself ..lantak la what people want to say.


GAMBANG

setelah bersok sek sok sek nak pegi tak pegi nak pegi tak boleh pegi tak boleh pegi nak pegi, akhirnya pegi juga. hmm..memang tak sesia la pegi. walau usaha dah bagai nak rak kat sekolah, rupanya banyakkkk lagi info tak dapat. itu ini tak de bila kat sana. tengok2 orang punya, mulut dok bunyi,..ooo...aaa...patut la. laaa...macam ni rupanya. ishh...nape tak tau. kenapa gini? apa nak buat ni?

memacam bunyik keluar. baru besar mata bila tgk orang punya. payah2 kita punya, payah lagi orang lain punya. dasat2 rumah kita, dasat lagi rumah orang lain. pengalaman yang bernilai. walaupun tak dapat placing, tapi banyak knowledge dapat. hmm..rumah cama mana tahun depan ya? tu pun kalau buat rumah lagi la.

hiasan kepala untuk budak2 eureka. saja gatal2. ha ha. comei jer dok atas paler derang. semua dok tegur. KL kalau apprearence memang dasyat. hu hu. macam pramugari kata negeri2 lain. kami menang gaya jer la. he he
 Masa ni dah nak tamat pertandingan dah. dah kemas apa yang patut.
rumah negeri2 lain. banyak lagi gambar tp simpan ler. malas nak upload semua.
perbincangan sebelum presentation.

dah selesai perkara eureka.

now program ke gold coast.tengah  menyelesaikan hiasan kepala bebudak nak gi gold coast yg tak berapa hari lagi. haish...aiyakk...

ni sebahagiannya. yang sebanyak bahagian lagi blom siap. felt baru sampai..
ni saja2 siapkan untuk anak2 sedaraku yg kembar n kakaknya juga. cekak ghambut. 

banyak keje nak buat sbnrnya malam ni. mana nak buat dulu? update blog laa walaupun x ada dlm agenda. after this?...

siapkan bahan nak ngajar seni esok. 

Monday, September 10, 2012

memang jahat atau...

dengki  ngan saya? sampai sanggup cakap kat orang supaya hati-hati ngan saya sebab saya suka mengadu. best tul dengan statement yang sebegitu. kalau awak tu baik, awak tak la sampai nak hasut orang kan...dalam saya diam tak bercakap n tak campur orang bercakap pun ada yang mengadu pasal cakap2 saya, apatah lagi kalau saya bercakap. alaa...cikgu rosliza dah tak lawak lagi laa. nak buat cam mana. kang ada yang memutar belit cakap saya. lebih baik saya diam. kang saya belawak pun orang boleh sampaikan secara serius menjadikan nya suatu cerita sensasi. betul ler kata cikgu alfa juliet...speaker kat sek memang besau giler walaupun tak nampak. even dinding pun boleh ada telinga.

ok. saya diam. baik saya bercakap-cakap ngan kraf saya. dosa tak dapat, duit lagi masyukk walaupun penat. idok la stress sgt.

saya main masak2.
cupcakes
carrot. suker yg ni. zhaim pun suker. suh buat khas utk dia. haa...nanti ibu buatkan zhaim yg besau punya.
cookies. bila zhaim tgk..dia kata eiii ada biskut. haaa maknaya betul la tu ibu buat. ha ha
donuts
 order one of the class untuk hiasan kelas sempena hr kebangsaan
 
 ini hiasan untuk sambutan hr raya sekolah

dulu kerja sy related dengan buku aturcara, now they attack me with deco mendeco. dua2 i like. 

now tengah fokus pada eureka. competition peringkat kebangsaan after UPSR. hmm...i jd arkitek tak bertauliah kejap. jadi la buat umah bodoh2 jer.

 ini design yg memula. hr ni budak2 berjaya naikkan rumah. x leh nak amek gmbr td coz batei phone abis. x charge mlm td. padan mukerku. he he

good luck to budak2 n izwa yg akan mengiring budak2 ke sana. 

silibus...kejar silibus..exam dipercepatkan? haruuu

Wednesday, August 29, 2012

sedihnya

ada lagi juga cikgu orang yang suka menyampai. pas ni tak nak becakap dah. becakap ngan dinding pun bahaya. dinding pun ada telinga. tak habis2 dengki, hasad. kalau boleh nampak ati tu....hitam sesangat la tu. sendiri pk.

Saturday, August 25, 2012

tukau plan

ari ni sebenarnya hari kami berkumpul beraya beghamai2 belah hakak la. umah mak kecik jadi kami nak makan2 nasi dagang mak yang marveles tu sambil celebrate besdei kakak sulung kat taman pandan indah nu. bangun2 hujan lebats giler so tukau plan. kumpul kat umah adik kat sg buluh. umah hakak taon depan la yo memandangkan umah ni pun kangkang keranya lebeh kurang umah mak jer.

hapdet dari sg buluh la nanti.

Friday, August 24, 2012

nasi minyak

first time masak nasi minyak. senang jer ropanya masak nasik minyak. kebetulan beras basmati ada lebeh. masak ayam masak merah ngan buat acar timun mentah jer. ha ha....pueh ati den...habis licin dikerjakan mereka. betambah2 makan. alhamdulillah. now pening la nak pk ...makan apa pulak malam ni? adoiii

Thursday, August 23, 2012

home sweet home

sudah selamat tiba di rumah pukul 3 pagi tadi. berhempas pulas encik ayah membawa kereta sambil menahan mata. bertolak dari Alor setar pukul 9 malam. bejalan sakan kami. syok ooo terlepas dari kandang.  he he.

raya pertama dok la ngekor pak mentua ke sana ke sini. depa amek gambaq, cek tak amek sangat pasai mood beraya di kg orang tak berapa baguih.

will updatebila dah siapkan collage. tak kan nak buh gambar yang banyak2 tu kannn.

ok. bye

Wednesday, August 22, 2012

mengimbau..

baru check out dr bee garden n now di alor setar. mengimbau kenangan zaman blajar dulu. kui kui. gambar tu sekitar city point. kami tengah tunggu sang ayah membeli bubur mcd untuk sang baby. ok. chow.

Tuesday, August 21, 2012

selamat hari raya

tak de mood. x sempat snap gambar family. tang ni mmg x dibiasakan amek2 gambar gitew. x best. tunggu bekumpul kat kay ell nanti la. can't wait. kita bg gmbar budak comei dulu keluar mewakili seisi keluarganya.
selamat hr raya semua. bejalan jauh nampaknya kali ni.

betolak balik dr kl : sabtu 2 petang +-. sempat singgah umah mak kejsp n sekolah amek kuih tiram yg ditinggalkan di situ. peh tu singgah bundle kat jln silang. 8 jam perjalanan sbb ada juga jumpa jem br la sampai. singgah makan sbb berbuka td x sempat ...sebenanya x boleh berenti pasal r n r semua penuss, br sampai rumah. dr kulim kini kami di kangar perlis. raya ketiga di sekitar kangar n alor setar kot. just wait n c. grrr....mood sejuk atas katil dlm hotel.

Saturday, July 28, 2012

FELT DONUT

~I AM A TEACHER menulis ~

1. Gunting 3 keping kain felt berbentuk bulat. 2 warna yang sama dan satu lagi warna yang berlainan. Warna yang berlainan tu untuk topping donut la tu kununnya.
2. Kepingan yang nak  menjadi tooping tu digunting berlekuk2-ikut suka la nak lekuk macam mana dan letakkan di atas salah satu kepingan bulatan yang tinggal. macam kat bawah ni.
3. Pastu jahitkan keliling lekuk2 tu untuk make sure ianya bercantum dengan kepingan yang bulat. kalau malas, gam pun boleh. guna gam UHU la ya.
ini la hasilnya pas abis menjahit.

 4. Seterusnya, kita jahit pulak bahagian dalam bulatan. alaaa..yg bulatan kecik tu macam dalam gambar. gambar yang sebelahnya tu yang dah siap jahit. 
5. langkah lima, jahit pula bahagian luar bulatan cenggini......
sambil2 jahit tu, berenti la kejap2 untuk sumbat fiber ke dalam donut tu. jangan tunggu dah nak habis jahit baru nak isi fiber...nanti kita jugak yang susah. udah la bulat bentuknya tu. Sampai ke hujungnya tu, jangan lupa letakkan tempat nak bubuh keychain kalau tujuannya nak buat keychain la. kalau tak nak, teruskan menjahit sampai selesai.
 6. Dah selesai cantum bulatan n isi fiber, now is menghias time. haa...ikut suka la nak hias macam mana. nak bubuh apa pun tak per, asalkan awak2 semua bahagia.
 Ini lah hasilnya setelah dihias. Ni tempahan customer sebenarnya. he he

~ SELAMAT MENCUBA ~

Thursday, July 26, 2012

FELT CUPCAKE

1. Potong kain felt betbentuk bulat dengan saiz yang sama besar.
2. Lapiskan keduanya dan jahit sempat kasar di sekeliling bulatan seperti ini.
 inilah hasilnya....
 3. Seterusnya tarikkan benang yang lebih untuk mendapatkan kedutan seperti ini :

LANGKAH SETERUSNYA-menyediakan cakenya.

4. potong sekeping lagi kain felt berbentuk bulat tapi kali ni besar sikit dari yang mula2 tu. Jahit sembat juga kelilingnya tuh. dah sampai hujung, tarik untuk membuat kedutan dan isikan fiber.
 5. Lepas sumbat fiber, tarik lagibenang lebih tu untuk ketatkannya dan matikan benang jahitan. Seterusnya, sumbat masuk dalam bekas cupcake yang dah kita sediakan awal2 tu. sumbat bebetul ek. dah puas ati, jahitkan sket tepi2 tu untuk make sure melekat mereka berdua itew.
 dah siap tu hiaskan la. sker atilanak hias macam mana. ikut kreativiti memasing la. gambar berikutnya ialah cupcake yang saya dah siapkan. he he...ijau juga menjadi pilihan hatiku.

 ~ SELAMAT MENCUBA. :) ~

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...