HOLIDAY

Tuesday, November 30, 2010

sambungan..

sambung n3 yg sebelum ni :

dijadikan cerita, esok paginya selepas subuh ( idok ler selepas subuh bebenor..he he), maka kami pun gatih basika beramai-ramai ke beberapa destinasi baru. jauh juga kami mengayuh kali ni. sampai ke Tasik Ampang Hilir n mujur tak sampai ke Ampang Jaya jer. Hari ni si Aiesya bernasib agak malang kerana 2 kali ibu menjatuhkan beskal secara tidak sengaja. luker la sket kakinya tuh tapi sakitnya ngalahkan patah kaki. dia dah sampai tak mo ikut ekspedisi dah..serikkk. huwaa huwaa huwaa..lawak la aiesya nih.

hari ahad pun kami berbeskal lagi n kali ni disertai ateh. destinasi pun berubah juga. serik2 Aiesya, dia follow juga kerana kalau tak follow, nak menganga tang mana pulak kan? he he. tapi ari ni tak jatuh yaa. kui kui kui

ok. abis cerita beskal. citer pasal hasil keras tanganku pulak.

firstly nak mohon ampun kat alfa juliet pasal dah peram dia punya pesanan. ampun darling..akak terpaksa peram sebab akak rasa awak ni penyabar orangnya. sabar tunggu akak siapkan. hu hu. ampun ya dik. n hari ni akak dah selesaikan semuanya termasuk klip rambut n brroch kecik hadiah dari akak. hope u like it dear!

tempahan aniq anak si aini, hadiah untuk cikgu Dila CBN 2 yg dah berjaya mentrnsferkan diri dan keychain nama ann juga dah siap tapi tak snap gambar. lupa la nak bg sekali ngan barang2 tadi ann. Khamis ni la kak za bagi ek. amacam ayam penyet? sedap? rempah tu jangan buang. tambahkan ayam jer kalau lalu la nak makan ayam penyet berbulan2. he he

n tadi, dah buat projek baru. buat batu seremban. tu pun sebab my beloved frez punya daughter nak kan benda tuh. alaaa...bukannya susah nak buat tu pun. kain perca mak menjahit ada banyakkk...so rempat yg tu jer la. mesin jahit pun guna mak punya. alang2 dah ada kat umah mak..he he..tq makkkk. tadi dah bawak mak meronda carik barang menjahit dia n ronda sogo some more.

Friday, November 26, 2010

aktiviti terbaru kami

ni dia aktiviti kami pada petang dan malam hari setakat ni. lokasi : sekitar lorong cantek 3, kat ngan umah mak.

malam ni anak2 sibuk ngajak naik beskal tapi ibu tak mo sebab sedang taksub main game n kebetulan pulak, bila ibu tukar fikiran, ujan pun turun. maka memang bebetul la tak leh naik beskal malam nih. huwaa huwaa huwaaa. aktiviti berneskal malam ni ditunda selepas subuh esok ya anak-anak. abang bila nak balik? abang sorang je tak de dalam rombongan berbeskal tuan Shah ni.

ni pulak kedai beskal tempat beskal kita orang dapatkan nasihat sakit demam dia. tempat ni jugak la tempat beskal wadi n ann berubat. betul tak an? he he

kuar jap. anak2 tak dapat beskal, nak meronda2 ngan kete ngabiskan minyak. ok..sambung nanti yg entak bila.

Monday, November 22, 2010

esok dah meeting

lately malas tul nak update blog. syok lagi main game. he he

hari ni gi perpoya-poya ngan geng kat wangsa walk. main bowling n gi karaoke. sebenarnya nak main lama lagi tapi kengkawanku sudah keletihan. makin lama makin lemah sedangkan me sebaliknya. he he...tak pe. karaoke pun tak best pasal pemilihan lagu yang tak kena serta mikropon kurang dari orang yg ada. anyway, sesekali memang enjoy.

main ngan Wan, kompem Wan menang nyer. siap bawak bola sendirik lagi. tapi yang best pusingan kedua, me di belakang wan. sekali round lagi boleh challenge wan kott...ha ha...berangan.

hmm...esok dah mula meeting. ntah meeting yg namanya meeting atau sebaliknya. selalunya caca marba punya meeting. nak kena buat headcount la bagai..entah apa fungsinya pun tak tau.
"Rosliza, nak kena buat report la. PPD nak" dialog guru besar masa dia tepon siang tadi. buat begini begini saja jangan begitu begitu.

haa...nak kena ngadap report la pulak nih. timbul dalam benak pikiranku, walau apa pun jawatanku, tetap jua aku juga yang kena buat. bermakna, betapa pentingnya Rosliza kepada sekolah itew. Pindah? one day pindah la kot. tapi seperti kata Haslina, kalau nak pindah, nak pindah sekali ngan geng2 semua. bestnya kalau boleh jadi kenyataan. nak ikut korang2 la pindah atau korang ikut akak pindah. amacam? kita kacau bilau kan pula sekolah baru kitaa...ha ha. ke sekolah baru yang kacau bilaukan hidup kita? either one la kan? he he

lupakan pasal kerja. ni my aim this holiday.

nak prepare huruf2 n template2 banyak2 so that senang.
tu yg dah siap dalam sehari dua ni. maser depan kalau org tempah, combine jer. cepat sket keje. some more ada projek sebelum kakak punya farewell party tahun depan. demi alia dan sekolahku sayang..just wait n C. adakah menjadi realiti atau menjadi titi. akakaka kui kui.

my dear hubby : jadi ke kita nak mengimbau kisah cinta kita di negara V itew? jadi la...jadi laa... rugi kita buat passport tu kalau tak digunakan. he he

ok..saya nak mula buat report sambil main game. :)

Wednesday, November 17, 2010

rentetan aktiviti

09.11.10

hari ni bz sampai ke petang. siangnya sibuk siapkan senarai nama pemenang untuk HAC. Jenuh nak bagi siap sebabnya sistem ada error sket so kena betulkan dulu. some more ada lagi cikgu2 yang belum masukkan markah. janjinya ngan cina hadiah nak bagi senarai by tengah hari. tapi dengan keadaan yang sebegitu, terpaksa la mesej n tepon delay hantar senarai. janji baru: email malam nanti. sebelum boleh mula dengan senarai, sibuk melayan orang ASTRO yang nak buat montaj derang. Hari ni makcik kena interview n akan appear kat dalam montaj sebelum setiap presentation masa malam pertandingan drama nanti. hu hu...ntah hape2 la jawapanku hantam. bantai la. janji selesai.

Mood nak join farewell party pun merudum. tapi bila pk pk, dok kat sekolah lelama pun tatak siap punya senarai tu, makanya gi juga la join farewell party yang tak berapa happening. bebudak tu seronok la sebab party derang kan.
gambar di Hotel Equitorial(betul ke eja tuh?) during the farewell party

maaf la kengkawan jawatankuasa Hari Katam Quran sebab saya tak berapa join kerna sibuk ngan senarai n ngan shooting montaj tu. apa-apa pun, terima kasih kerana bekalkan saya dengan pulut kuning yang melambaks tuh.gambar semasa majlis khatam quran

10.11.10

hmm...pagi siapkan props untuk drama. kredit to all my friends yang datang menghulurkan tangan ->aini, ann, mimi, noraini n juga to my students ->jasmine n zahra alhadad. tq darlings!

tengah hari gi jemput anak2 murid yang balik kem English kat jabatan n straight away go to Menara KL untuk performance sempena meeting ahli-ahli farmasi seantero dunia. waa...sangat letih oo namun kami gagahkan jua naik ke menara untuk siapkan bebudak yg akan performe. mujur juga bebudak ni semua dah reti make up sendiri sebab dah terlalu kerap buat performance, bagusss..bagusss...senang keje cikgu. he he

masa menunggu giliran membuat persembahan

sangat teruja minah2 dan mat2 saleh tu tgk bebudak kecik buat performance. he he

11.11.10

seharian mencari barang untuk buat props drama n end up sampai petang pukul 5, siap la pokokku nan sebatang (tu pun sementara menunggu alia berlatih choral speaking). tq pn seri aini meneman mencari bahan2 props dan bahan2 sendri. sambil nyelam minum air...he he he he

12.11.10

patutnya kena gi melaka-ada rehersel. apsal la derang ni buat rehersel hari yang berlainan. udah la kos semuanya tanggung sendiri... hmm..tapi tak pegi. alasannya, buku aturcara tak siap lagi. memang pun buku tu tak siap lagi. so dari pagi, membawak ke tengah hari, sambung ke petang, meyiapkan buku aturcara n sijil2 n kad2 jemputan ( kad jemputan tu memulakan jer, siapkan ialah keje si Aini). he he.
buku aturcaraku. beberapa tahun ni aku yang reka n siapkan. tahun depan nak bagi kat orang lain pulak. apakah akan tercapai hajatku? tunggu n lihat..

nak masuk ke senja, kami berdua menyiapkan pula lampu ajaib yang dah hilang badannya. betungkus lomos menyiapkan dalam masa sejam lebeh tuh. n akhirnya siap juga lampu ajaib menggantikan lampu yang ilang. siapa la yang dengki mengambik badan lampu tuh? ku sumpah kau menjadi lampu...plik!-jadi la dia lampu. ha ha ha

alia n kumpulannya sampai dari melaka dalam pukul 8 gitew( ye ke ann?). so kami balik, singgah makan n naik umah n ingat nak menjahit, tapi...arghhh...penatttt. hasilnya, tido. barang nak gi melaka pun tak kemas lagi- esok la kan kemas!. hmm

13.11.10

Melaka menggamit kami. waaa ha ha....terpaksa la drive ke melaka setelah mengemas kain baju mana yang patut, juga barang2 menjahitku turut kubawa-harapannya biar la sempat menjahit. hu hu

sampai kat MITC, derang dah setat rehersel daa...elok jer la we all sampai, we all kena stand by letak props atas stage. wa ha ha...cuak sang penganjur takut kami tak sampai lagi. kalu tak, rosak la progam derang kan. udah la Pak Ali Rustam nak mai. he he

usai rehersal, kami masuk hotel. hotel Youth tu baru rasmi hari kami datang tuh. so kami la yang rasmi guna peralatan derang tang tuh. he he. tak de la sempat nak rehat mana...tapi sempat la juga menjahit sket. dah siap2, turun makan malam n tuju MITC. bersedia lah kami untuk bertanding. alhamdulillah, lawan ngan orang2 dewasa, kami dapat tempat kedua dan ketiga. dapat la bawak balik RM3000 cash.
props
saat atas pentas lepas amek hadiah

malam tu kami balik dengan keletihan tapi ada ati lagi nak meronda. lepas anta bebudak balik hotel, kami gi la bandar hilir. kedai semua dah tutup tapi ada pulak downtown tang tu( uptown ke, downtown ke..lantak la kan). sempat la kami bersoping baju anak2 dan ada juga la yang beli tudung baru. balik hotel dah pukul 1 pagi. bebudak yg pesan makanan pun dah tido. mujur la bila gerak, derang bangun n makan. he he heee...

balik bilik, membersihkan diri n sambung menjahit sikit. dalam pukul dua, melelapkan mata. terpaksa la juga lelapkan mata sebab memikirkan esok nak bawak kete balik KL.

14.11.10

subuh entah kemana, kami bangun pukul 8.00++. bersiap2 n dalam pukul 9.00 juga la turun breakfast. sempat lagi kami plan meronda sebelum balik. ini la masanya....sudah berkali2 ke Melaka tapi belum berkesempatan nak meronda2. jadi, kami bepakat, JOM RONDAAA.. bebudak semua balik dengan parents n ada yang Miss Low anta balik. jadi tak de tang tumpang kami, kecuali anakku si Alia. yang tu kompom la balik ngan ibu diaaa...
banyak juga tempat kami singgah
sempat juga kami naik keris kat menara taming sari nih. idok la best mana tapi nak amek pengalaman naik.

kami sampai KL dalam pukul 5 sebab ujan lebat n ada beberapa kejadian eksiden sepanjang jalan. balik, pulun siapkan tempahan shima MZ. takut tak sempat bagi sebelum cuti sekolah. tq to Ann yang menjadi pilot sepanjang perjalanan balik bagi memberi laluan kak Za menjahit. sepanjang jalan daku menjahit dan sambung menjahit malam itew sehingga ke pukul 3 pagi. dah akhirnya, pukul 4 pagi, daku melelapkan mata.
ni yang dah siap untuk deliver

15.11.10

malas tol nak bangun pagi tapi terpaksa la jua bangun pagi. hari ni kejenya print n edit buku aturcara n print lagi n rezo untuk tetamu. malamnya dok satukan kertas2 rezo untuk jadi buku. tak stapler pun. he he.

16.11.10

hari anugerah berjalan lancar walaupun hatiku sakit mendengar suara2 sumbang yang jeles denganku. weii...ko tak buat keje tapi sibuk nak komplen itu ini. ko susun jer ar..takat susun pun nak bising. bengongggg betul la ko. ko memang sengaja nak carik pasal ya. tahun ni aku dah tak tahan sabar ngan perangai ko yang asyik nak komplen peh tu nak melaga-lagakan orang. jangan sampai aku sumpah ko..nanti tak aman hidup ko selamanya. nyampahhhhhhh.

akhirnya selesai. tak de mood nak amek gambar. satu gambar pun tak snap ari tu. hanya gambar2 yang orang amek jer yg jadi bukti nanti.
gambar cikgu2 di bawah khemah jamuan yang diambil oleh Rebecca Ong. Tq becky!

balik sekolah, shoping barang2 seniku. waa...puas ati dapat masuk beberapa kedai menjual barangan seni kat Melawati tuh. :)
17.11.10

Selamat hari raya aidil adha. lepas makan kat umah mak, pegi umah datuk. makan2 lagi makanan yag lazat tuh, tour rumah dia n posing2 ngan raihan, n balik. balik, singgah UO bagi budak2 main kete tang tu n balik umah n main game n blogging n facebooking. he he...acara biasa.

malam ni nak selesaikan keje2 sekolah yang mana tak abis lagi sebelum meeting minggu depan. semoga selesai kejeku....hmm...selesai ker? wa ha ha ha ha ha

gambar2 posing di rumah datuk..he he...

nak rehatt...nak rehatt...nak rehatt...

Friday, November 05, 2010

lama ku biarkan bersawang

bz!
tu jer nak kata.

year end ni, sangatlah banyak kerja2 sekolah yg perlu diselesaikan dan dilangsaikan.

lepas exam of course la sibuk tanda paper. then preparekan kakak untuk pertandingan sajak anti dadah. pecah kepala hotak ibu mengarang sajak untuk kakak. mujur jugak dapat tempat. tempat ke-4 daripada 38 orang peserta.
then lepas tu, weekend kami 3 beranak join perkhemahan. tapi sebab ujan, maka perkhemahan namanya jadi per"dorm"an sebab bebudak tido kat dorm. he he. khemah kat perhilitan lanchang. iuuu...geli ngan pacat tapi mujur la sepanjang meredah hutan itew, pacat tak sempat hinggap padaku. mak geli uuu...tapi kena la belagak macho kat sana. wa ha ha ha ha. alia banyak kali juga kena ngap ngan pacat tapi dia tak menjerit pasal takut kena ngap ngan mak dia pulak kot. kebetulan mak dia ikut group dia beraktiviti-tak rancang pun ya!

gambar dalam bas
aktiviti malam hari pertama lepas tgk binatang2 yg diawet.
malam hari kedua.
pagi hari terakhir...sempat kita orang buat tugu..ha ha
dearland
alia berkesempatan naik gajah

kalu nak citer pasal kem, masak u olls nak baca..he he

balik kem, handle hari anugerah koko n hari kanak2 pulak. alhamdulillah berjalan lancar walaupun ader tekehel sana sini. biaser la. bukan nak formal sangat pun. seronok-seronok jer. best hari kanak2 tahun ni sebab drama lawak cikgu2 menjadi. seperti biasa, daku akan menjadi badut utamanya. its ok. release tension jap wei.

videonya dah post kat blog ni semalam. leh juga tgk kat youtube. 3hb, majlis khatam quran tapi tak dapat nak bantu sangat sebab orang MIMOS datang nak buat shooting montaj derang. wahh..mak masuk montaj la. ntah hape2 la mak jawab maser derang interview tuh. petang sempat juga singgah ke majlis ba bai ba bai bebudak tahun 6 kat equatorial.

tak abis penat lg, sambung pulak ngan drama. nak bertandingnya 13hb nih. bghu jer nak berlatih. waaa....biol kapla makcik. ni tengah kumpul bahan2 nak buat props. drama ni, yg letihnya props pasal libatkan perbelanjaan. baju lagiii...sewa...sewa....haa...duittttt. insyalllah kami ke melaka 13hb nih untuk pertandingan drama musikal. ewahhh...makanya, tak dapat lah kami anak-beranak join lawatan n bermalam 13 n 14hb tuh. tak de rezeki kamiii...

10 hb nak kena bawak bebudak buat persembahan kat menara KL. sah dari senin dah bz. minggu depan kakak exam intervensi...dia cenggitu ler. buat tak tau jer.

12 hb pertandingan choral speaking- kita org jd tuan rumah. tu aper pun tak setel lagi tuh. dalam sibuk2 dengan itu itu tu, sibuk juga dengan persiapan hari anugerah cemerlang 16hb. senarai nama penerima sudah kusetelkan untuk tempahan hadiahnya. actually tak setel sepenuhnya sebab ada kemushkilan dengan markah penulisan. senin baru nak setelkan.

peh ni kena set tap buku program untuk hari anugerah. waahh...itu kena berteleku depan lappy ni carik2 gambar n design gambar2 yg sesuai. hu hu...masa dah suntuk nih.

tempahan, kena juga disiapkan. ni yg dah setel dalam celah-celah ruang masa yang amat terhad.
ni baru disiapkan tadi

ni yg diserahkan pada tuannya hari rabu lepas.

esok nak siapkan si ALfa punya satu lagi tempahan. sorry dik-lambat.
n mulakan tempahan Syima MZ. saya siapkan sebelum cuti sekolah ni wak. jangan risau walau sebenarnya saya yang risau. hu hu

mataku udah tak serupa mata orang dah ni. bebayang itam menampakkan rupanya di mukaku.
sungguh tak semenggah rupaku sekarang.
tak sabar nak cutiiiiiii panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg.

lakonanku di hari kanak-kanak

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...