HOLIDAY

Sunday, August 02, 2009

jalan2 ngan cbners

tarikh : 1 Ogos 2009

Lokasi 1 : Taman Metropolitan a.k.a taman layang2
antara aktivitinya - senam senam, panjat menara n aktiviti menyakitkan tapak kaki.
kakak alia always teruja. RM3 untuk 15 minit naik beskal tu.

Ibu belikan abang sebuah layang-layang tanda ingatan ibu untuk abang yang tak ikut. lupe plak nak amek gambar layang2 tuh.

Lokasi 2 : Muzium Orang Asli
( no camera ya inside the muzium tapi...biaser la...degil. keh keh keh)
lalu kat tepi2 umah orang asli tu...nampak la bendera koyak ni hah...berkibar elok dengan rupa yang sungguh buruk. haa..dah masuk bulan kemerdekaan ni, elok la ditukar yang baru.
Bahagian depan muzium
antara gambar2 yang dicuri snap semasa dalam muzium.. ampunkan kami penunggu gua

Budak2 sibuk dok tanya..
"cikgu, dia orang tak malu ke tak pakai bra cikgu?"

namanya lagi orang asli anak-anak oii...mana derang reti ngan bra2 nih. dulu la kann...sekarang dah moden dah memasing. rupe pon dah tak nampak aslinya dah.

lepas muzium kita orang berenti rehat kat Kem Rebutia. Situ2 la jugak tempatnya. Budak2 sronok la dapat mandi sungai.

sebenarnya lepas tu nak pegi Pusat Sains, tapi sebab takut stuck kat road block yang melanda KL ari tu, makanya perjalanan kami sampai takat ni jer. Budak2 frust la jugak tapi nak buat cam mana kan...lain kali je la ek.

kita orang sampai kat skolah dalam kol 4..seperti yang dijanjikan la ngan parents..tu pun jem kat ngan chow kit. ada road block daa..pastu kena tunggu pulak minah2 tu dijemput mak pak memasing. bila dah ada road block cenggitu, maknanya akan ada la parent yang sampai lewat. murid yang last skali balik masa dah dekat2 kol 6. sempat jugak la eden siap menanda se set buku. he he..

yang pergi dan yang lahir

ari ni genap 2 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga
n
ari ni juga lahirnya seorang lagi ahli keluarga baru Tuan Haji Shamsuri
merangkap abah mentuaku.

cucu rasmi yang ke 11.
cucunda lelaki yang ke-6. kakak alia memangku baby boy seberat 3.1kg yang masih belum diberi nama ketika sesi lawatan siang tadi di Kohilal, Taman Melawati.

will upload

will upload on jalan2 yesterday with the cbners. tungguu..

35 years..

dah 35 tahun hidup didunia ni..

semua yang diharapkan, dan ditunggu rasanya dah dapat.

masa SRP nak dapat 7 aggregat pasal suka no ngan 7. orang nak dapat 5, me nak tujuh. he he...dapatt..

before 17 tahun, nak cecepat 17 tahun. ntah apa yg best ntah...tapi dapat la kan. dah lepas lama dah.

SPM just nak dapat pangkat 1...dapatt

lepas SPM nak terus masuk U. x mo form six..he he..tapi merasa jugak la berada dalam alam form 6 before dapat tawaran ke UUM n ITM. pilih UUM.

pastu nak sampai 21 tahun pulak...dapat kunci kebebasan ek? haa...dah lepas dah pun. tapi me dah lama bebas actually. dari dulu mak bagi pikir sendiri apa nak buat.

nak kawen cepat...me mean dalam usia muda...nak jadi macam mak yang masih muda walau anak-anak udah besar. haa...umo 20 dah ada orang mitak tapi tolak pasal rasanya cam budak2 je masa tu..jodoh sampai umo 23. muda juga la tu kiranya.

nak dapat anak yg petama umo 24..yup..zharif lahir masa umo 24 n memang nak 1st baby...lelaki. anak kedua nak pompuan...alhamdulillah alia lahir dengan jantina yang diingini. ketiga..tak kisah sangat. tapi kalau boleh nak pompuan jugak. yang keempat, sebab dah ada 2 pompuan, nak lelaki. alhamdulillah...zhaim lahir. sebenarnya nak 7 orang anak. actually dah keluarkan 7 orang dah. 4 yang ada sekarang n in between aiesya n zhaim, 3 kuar dengan cara d&c. pengalaman mengandung n melahirkan secara normal juga telah dirasai.

nak keje ngan ITTAR pasal dah dengar pasal ITTAR before that. dapat jugak..6 tahun betapa kat ittar. masa ittar gawat, apply KPLI. alhamdulillah sekali mintak je dapat. begitu mudah laluanku.

masuk blajar berhasrat nak buat yang terbaik...nak naik atas pentas konvo sebagai orang terbaik. alhamdulillah...walaupun tak konpiden, tapi dapat jugak naik sebagai antara yang terbaik.

nak beli umah sendiri...juga dah beli. kete pun ada. la ni nak carik umah kat atas tanah pulak. jenuh la duduk tinggi2 nih. yang ni tengah usaha...

semua yang ditunggu dan diharapkan...akhirnya muncul. satu je yang pasti datang tapi tak berapa tunggu ialah saat2 kematian tuh. dia akan muncul tapi entah bila. sudah bersediakan aku?

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...