Membaca blog HE tentang durian, beruntungnya kita kat Malaysia ni. Punyalah banyak durian. Hargapun boleh tahan. Kami sekeluarga memang suka durian ni. Alia ngan ibu kalau lalu tepi durian mesti puji baru durian yang harum tu. Kesian juga dekat dia. asyik bau je...bila nak beli ek? actually bukan tak mo beli, memikirkan kalorinya juga lemak-lemak dibadanku juga familyku yang banyak, maka slow la sket proses nak beli tu. he he
Tadi pegi jalan2 ke Shah Alam. Saja pusing2 habiskan minyak kereta. Singgah tesko shah alam tu. Ingat nak grab drypers kalau ada yang murah...tak de la. Lalu kat tepi mamat-mamat bangla yang tengah mencekah durian. Lalu je dia orang menyapa.
" Durian kak," katanya.
Aku pun berbahasa bahasi sebab nampak durian yang baru dia orang letak tu cantik isinya. "Yang ni nampak sedap," kataku.
"D24 kak. Kucing tidur," jawab mamat tu lagi.
Cik abang menyampuk, " saya nak kuda tidur, tak nak kucing tidur".
Dia tersengih sambil menjawab," kuda tidur tak da, kucing tidur saja ada".
Tanpa disangka, (dengan perlahan juga la) dia(mamat bangla) menambah,
" jahat itu kucing. Tidur dalam durian".
Tergelak kami dibuatnya. Lawak jugak mamat ni. Kah kah kah kah..
Sunday, August 03, 2008
pesta buku malaysia
Terlepas nampaknya pesta buku kali ni. Tak teringat langsung pasal pesta buku. Hari Jumaat, balik sekolah terus on internet. Itu memang rutinku. Buka web alaf...baru tahu. Kalau sedar awal boleh terus pegi dari sekolah. Sabtu hubby keje. Ahad...sure ramai orang. Tak best sangat jalan dengan anak2 di tempat yang ramai orang. Kang asyik dok carik depa je.
Ada hikmahnya tu...kalau pegi sure banyak duit keluar pasal aku memang suka kumpul buku especially novel. tak pe..masih ada peluang dan masa.
Ada hikmahnya tu...kalau pegi sure banyak duit keluar pasal aku memang suka kumpul buku especially novel. tak pe..masih ada peluang dan masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer . Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Men...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...