HOLIDAY

Wednesday, December 31, 2008

gi redeem voucer ceramic tadi. dapat la RM200 vaoucer giant n RM60 voucer KFC/PIZZA. alhamdulillahhh..kak ave, bila tarikhnya nak makan sesama ni?

Tuesday, December 30, 2008

kawan lamaku

teman lamaku yang kutemui dan kukenali semasa di matrik. kini setelah hampir 6 tahun tidak bertemu, kami bertemu semula secara nyata atas urusan biz. he he. nyata...lesung pipitnya tetap tidak berubah walaupun yang lainnya ada perubahan. shimah...kita sama. kuang kuang kuang.

Monday, December 29, 2008

Masa-masa Akhir 2008

semalam hidung adik berdarah. banyak darahnya. entah kenapa...tau2 bibik kata hidung berdarah. terus ibu angkat adik dan tenangkannya. banyak juga darah sampai baju ibu pun dicemari darah adik. adik ngantuk sangat terus tidur semula dengan hidung yang masih berdarah. risau jugak ibu. abang n kakak pun selalu berdarah hidung tapi tak sehebat darah adik malam tadi.
ni dah lap dah ni tapi masih keluar lagi darahnya

hari ni minggu terakhir pengiraan bonus untuk bulan disember. alhamdulillah semakin meningkat. moga terus bertambah.

Iri nak masuk belajar semula. sambung di Ipoh. Dod, ko la anto ya. Kak Ija dah cuti lama dah. tak leh amek cuti lagi dah. tq Dod.

Thursday, December 25, 2008

CERAMIC yang menguntungkan

apa yang belum aku join? ada la tapi dah banyak yang aku join sebabnya aku ni suka mencuba. orang kaya aku pun nak kaya tapi aku ni jenis yang tak tebal kulit muka. so kayap je la aku. antara yang aku join :

COSWAY - still aktif membeli
eCOSWAY - kejap jer.
AVON - beli la jugak
ZHULIAN - kuar modai besar tapi la ni dok jadi tukang cuci barang2 kengkawan jer. Memula kuar modal banyak memang la dapat cek besar. Tapi bila tak leh maintain nak mebeli dan menjual, maka cek pun dah tak nampak dah. Last2 mati je keahliannya.
HERBALIFE - turun la jugak berat sket tapi barang mahal tak leh nak maintain beli. ha ha ha
MELILEA - sedang makan actually untuk kesihatan cik abang tu. numpang je la telan serbuk ijau tu. Ok la jugak. Mahai lagi dari herbalife tu.
MyMODE- still jual prepaid tapi hasilnya tak berapa nampak. sekadar membantu kengkawan yang malas nak gi kedai topup. he he
BIOFeld- Yang ni pun minum sebotol lepas tu tak makan dah pasal susah nak pegi beli.
SURECO - hmm....pun tak berapa best. layanan di kaunter juga tidak memuaskan membuatkan hatiku tidak berapa gemar ke sana.

ada lagi sebenarnya. kat internet ni lagi la. memacam aku cuba. itu ini. banyak gak la.

ada jugak ke kelas ceramah dia orang ni. masa memula dengar kata-kata mereka yang dah berjaya ni, memang la berkobar2. tapi sebab sedar diri, tau kekuatan kelemahan diri kat mana, akhirnya kobar2 yang tadi tu hilang ditiup angin lalu. kalau ikutkan, apa-apa sahaja la yang kita join, memerlukan komitment dan kesungguhan. tebal muka tu memang perlu. memang boleh berjaya, kaya dan raya. tapi aku....ha ha...tak boleh kaya dengan cara itu.

cari punya cari, akhirnya bertemu dengan CERAMIC - memang berbaloi. Dah nampak hasilnya.

barangan ceramic yang dibeli jual

apa yang aku suka dengan ceramic?

1. tak payah jual barang
2. tak payah carik downline pun leh dapat untung bulan2 pasal kita beli barang ngan syarikat, kita jual balik kat syarikat. tak melibatkan sesiapa pun. tapi kalau nak kaya, carik la orang kannn..
3. kalau nak carik downline, tak payah jumpa2. online saja-sesuai la ngan aku yang kalau boleh 24 jam ngadap internet. he he
4. boleh dapat voucer
5. tak payah pakai barang yang dijual beli tu.
6. modal tu kita boleh dapat balik. bukan burn cam tu je kalau barang tak terjual.

alhamdulillah, setelah 7 bulan join, pendapatan bulan ni dah cecah 4 angka. itupun sebab SAJUL tolong suntik orang bawah disamping komitment adik2 dan kengkawan yang percayakanku. TQ u all. sangat sangat sesuai untuk orang yang kulit mukanya tebal, lagi malu nak jumpa orang macam aku. ha ha ha...bukannya aku tak leh becakap tapi ...hmm.....aku tak suka sangat jumpa2 orang ni. ayah, ibu akan tunjukkan yang ibu boleh jugak carik duit. ayah tunggu ya ibu tunjuk catatan ibu. isnin yang dinanti-nanti sekarang ni sebab bonus masuk setiap isnin. ALhamdulillah syukurrrrrrr.

bukti statement bulan november. bulan dis tak abis kira bonus lagi.
ini bonus bulan dis setakat minggu ini. ada seminggu lagi untuk pengiraan bonus sebenar bulan dis.

to SHIMAH, good luck with ur HAI-O. insyaallah berjaya. kalau dah nampak hala tuju, teruskan. kalau sorang menolak, ramai lagi orang diluar sana. liza tolong shimah beli barang ek.

http://www.jutawanceramic.com/index.php?member=liza_yacob

Saturday, December 20, 2008

Bunga Telur

Dua tiga ari ni, balik sekolah dok mengadap angsa ni hah...bakal pengantin nak 500 ekor. Haa...mudah je buat benda ni. Hanya tengok contoh a.k.a perati, pastu cuba. Jadikkk! Yang lecehnya masa buat nak kena ada telur...kena cuba dulu masukkan dalam lubang dia tu. Kalau tak celuih, pebesaq lubang dia. Yang tak bestnya lagi, bibik dan siap buat semua yang lubang kecik. Terpaksa la bukak2 stepler pastu kena stepler balik. Tak pe la bik...tq la. Ghajin sungguh kamu.

Bertambah la lagi satu aktiviti bebudak Kelab Kerjatangan tahun depan.

Kos pun murah je. Tak yah dah buat bunga telur yang kosnya berkali-kali ganda sekarang ni. Jimat duit beta. Ha ha ha...

Saturday, December 13, 2008

Perbicaraan di Pejabat Daerah

12.12.2008, Jumaat - Ke Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi bagi mengikuti prosedur pembahagian harta pusaka. Seronok..........bukan seronok nak dapat harta tapi dapat berkumpul semua adik-beradik. Hartanya tak ada pun. Raya hari tu tak de Kak G. Hari ni dapat berkumpul walaupun Kak G memang turun semata-mata untuk itu dan lepas makan terus chow balik JB.
Kami yang ditinggalkan abah lebih setahun lalu. hu hu hu

Monday, December 08, 2008

Antoo Fighter




Saja bawak anak2 yang sibuk sangat nak tengok citer ni especially abang. Tayangan malam tu abis pukul 12.10 pagi. ceritanya macam mana? kelakar tu memang la kelakar tapi biasa la citer melayu...tak berapa nak logik. Sekadar untuk hiburan sekeluarga ok la. Berjaya gaknya hasrat pengarah nak dapat beberapa juta untuk filem ni? kita tunggu je la.

Raya Aji

Kami bangun pagi, tunggu ayah ngan abang balik masjid, terus bergerak ke rumah mak. Kat umah mak makan roti jala. Nasik briyani masak umah mak tapi makan kat umah Dik Dah sebab dia yang masak lauk. Dah siap masak, terus ke Saujana Utama. Umah baru Dik Dah. Sampai2 terus posing. Keh keh keh.

Ni kat umah mak

lepas salin pampers, terus posing..he he he. Kak G je tak de pasal tak balik raya.
Dalam bilik tuan rumah

Before makan

more pictures at friendster, facebook.

Sunday, November 30, 2008

Terlebih guru

I received a phone call from GB this evening. She said that we ( the school) should terminate one of the teachers due to the issue "lambakan guru". Oh no...Math teacher yang terlebih n i am one of the teacher. Sape akan disingkirkan? hmm...

MAGADASCAR - Escape 2 Africa



Adblock


For the second time, i reached Mid-Valley. This time it is for Madagascar. Only for the movie. Thanks to McD for the free tickets. ha ha...if not...no mid valley, no movie. For the kids, firts time la they reach Mid-Valley. Itupun terus tuju GSC. Tak melawat pun kawasan. Biasa la ngan ayah.

The movie - very entertaining. sangat sesuai untuk tontonan keluarga.

Touching gak. Especially masa Alex terpisah dari Zuba n masa diaorang jumpa balik. hu hu.

Kelakar? Kelakar jugak. Nilai murni :-Semangat setiakawan, dan berpasukan. Tidak berputus asa ..bla bla bla..tengok la sendiri. Gi la nonton.

Budak-budak in front of GSC

Friday, November 28, 2008

AKTIVITI HARI INI

Ke mcD Titiwangsa-join colouring contest kat sana sempena filem magadascar. menang? hampeh. memang tau dah tak menang tapi saja la bawak budak2 yang kebosanan walaupun ayahnya dah belikan PS2. Ok la jugak. they enjoy themselve. ibu? dok teringat kat Zhaim yang kena tinggal. sian adik...sian adik...sian adikkkk...

abang n alia sedang kusyuk mewarna



aiesya-kategori A ( 5 - 8 tahun)

bergambar dengan maskot - Alex n Skipper

Wednesday, November 26, 2008

lega

Setelah beberapa hari berhempas pulas memikir mana nak letak, mana nak pindah, pada sape nak bagi, ngan sape nak tukar, akhirnya malam ini siap juga jadual cikgu2 untuk 2009. Huh..lega. Tapi ni baru fasa 1. Fasa 2, key-in masuk dalam komputer pulak. Yang tu tak de masalah kalau yang fasa 1 tak de masalah. Harap-harap tak de masalah. Jenuh oo nak tukar pulak kalau ada masalah lepas ni.

Sunday, November 23, 2008

Secret

One day, one friend asked another,
"How is it that you are always so happy?
You have so much energy,
and you never seem to get down."

With her eyes smiling, she said,
"I know the Secret!"
"What secret is that?"
To which she replied,
"I'll tell you all about it,
but you have to promise to
share the Secret with others."

"The Secret is this:
I have learned there is little I can do
in my life that will make me truly happy.
I must depend on ALLAH (SWT) to make
me happy and to meet my needs.
When a need arises in my life,
I have to trust ALLAH (SWT) to supply
according to HIS riches.
I have learned most of the time
I don't need half of what I think I do.
He has never let me down.
Since I learned that 'Secret', I am happy."

In everything you do, put Allah (SWT) first, and he will direct
you and crown your effort with success

The questioner's first thought was,
"That's too simple!"
But upon reflecting over her own life
she recalled how she thought a bigger house
would make her happy, but it didn't!
She thought a better paying job
would make her happy, but it hadn't.
When did she realize her greatest happiness?
Sitting on the floor with her children,
playing games, eating pizza or reading a story,
a simple gift from ALLAH (SWT).

In everything you do, put Allah (SWT) first, and he will direct
you and crown your effort with success.

Now you know it too!
We can't depend on people to make us happy.
Only ALLAH (SWT) in His infinite wisdom can do that.
Trust in HIM!
And now I pass the Secret on to you!
So once you get it, what will you do?

YOU have to tell someone the Secret, too!
That ALLAH (SWT) in His wisdom will take care of YOU!
But it's not really a secret...
We just have to believe it and do it...
Really trust ALLAH (SWT) !

In everything you do, put Allah (SWT) first, and he will direct
you and crown your effort with success

Have a great day


If Yesterday didn't end up the way u planned..
Just remember...
GOD created today for u to start a new one...



Don't limit yourself.
Many people limit themselves to what they think they can do.

You can go as far as you allow yourself.


What you believe, you can achieve.



Have a Great Day!!!

sanggup tak?

sanggup tak makan kalau kek dan roti dijual sebegini rupa? ni teman dapat dalam email adik teman anto. entah negara mana yang ada jual benda cam ni. sape ada info? kalau teman, ishh....loya.

Thursday, November 13, 2008

Keputusan UPSR

Aku turut berbangga dengan result anak2 murid ku tahun ni. 36 out of 86 students dapat 5A. Pencapaian terbaik sekolah so far. Tapi hanya no 3 terbaik Wilayah. Tak pe. Next year we will try our best. Cikgu2 Tahun 6 stand-by ya. pikir-pikirkan strategi untuk tahun depan ya!.

Aqilah boleh dapat 5A tapi miss pulak 1A. Jangan sedih ya. Tahniah to Izyan-student yang pening nak ku layan. Tapi dah jangka dah 5A tu awak punya. Siapa yang tak disangka? Ketua Rumah Hijau - Nana. Best la Nana....Tahniah! Tahniah! Caya la. Anissa...Tahniah. Walaupun miss 1A, i do believe that u already worked hard for it, right?

CBN1 memang excellent. Ha ha ha..lama lagi ke aku kat sini?

Next week will be the long school holidays for the students, but not for me. Banyak keje nak buat. Apa ya?

Jadual waktu sekolah yang tak siap lagi tu.
Meeting minggu depan - the whole week. Sure will get some more work to do. Biasa la.
banyak lagi....tak payah la tulis.

Wednesday, November 12, 2008

Sambutan Hari Kanak-kanak

Letihnya...tidur pun tak senang semalam. Alhamdulillah hari ni berakhir dengan lawaknya. Tarian....bantai la. cikgu2 syok sendiri. Drama...ha ha ha..mak tak tahan you. Ann...mandi air sarsi....semua Uncle Das punya pasal. McD patutnya ada lebih banyak tapi mana ilangnya? hu huparents yang sporting abis.

cikgu2 yang berbakat a.k.a syok sendiri

para pelakon aci-aci buka pintu

esok...keputusan UPSR. jeng.... jeng.... jeng....

oi! oi! sape yang nak taip sijil tu oi!

Selamat Pengantin Baru

to Emy & Ckin ( 9 November 2008 )

SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIRAT

Ole-ole dari Ckin. Menu dia lain dari yang lain. Masakan negeri mana tu ek?

Seperti biasa, majlis-majlis seperti ni menemukan kita dengan orang yang jarang kita temui. Kat sini jumpa ar dengan x-studentku. Sukanya...tapi tak lehh nak lelama. Ada keje lagi la lepas tu. Sorry Ina. Tak leh tunggu awak. Kiranya saya dok menyemak kat area pengantin bergambar tu lama jugak tapi awak tak juga muncul. Lain kali kita jumpa...insyaAllah.


She Ma...TQ for the pics.

Saturday, November 01, 2008

nostalgia

Dua hari berkursus menggantikan Aniza, mengimbau nostalgia zaman persekolahan. Mana tidakknya, kursus di sekolah lamaku. Dulu Sek Men Perempuan Jalan Ampang sekarang dah tukar kepada SMK Puteri Ampang. Pn. Chin masih disitu. Sempat juga menegur beliau yang masih kelihatan seperti ..hmm..berapa ya ? hmm...20 tahun yang lalu.

Sekolah tu dah semakin penuh dengan bangunan-bangunan baru. Sesak kelihatannya. Teringat masa sekolah dulu-dulu. Dimarah cikgu...itu perkara biasa. Tapi yang paling best, ada cikgu yang masih boleh menyebut namaku dengan lancar sekali. Aku terharu ..hu hu

let's see the changes.

sekarang ni dah jadi ini. Dulu ....

dulu macam ni. bunga-bungaan je penuh.

sekarang ni...gambar dari belakang.

dulu tempat ni tempat kita orang buat persembahan kalau ada apa-apa majlis. hari guru ke...apa-apala. Gambar kat atas tu ialah gambar masa we all buat persembahan masa form 6. Lower 6. Sempena apa ntah..boria tuuuu.

pemandangan di padang. padang ni tak banyak berubah. Kalau ada kabus, padang ni akan kelihatan seperti kat genting dengan bangunan putih kat belakang tu.

dulu cam ni la keadaan padang tu.

Wednesday, October 29, 2008

Hari ini, Rabu 29 Oktober 2008

Hari ini, mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk mencuci mata + membuang masa + menghabiskan duit. he he

tempat pertama : JJ Maluri
Sebenarnya nak pegi bayo utang kat ambank tapi bila cek bag duit, duit tak cukup daa...so masuk la JJ tu untuk keluarkan duit. Tapi sebelum keluarkan duit. meronda JJ sampai penat. Beli apa kat JJ ? beli hiasan rambut alia je ngan beli roti buat budak2 yang kelaparan.

Pastu baru la pegi baya utang kat ambank yang ada kat sebelah JJ tu je.

tempat kedua : AVON maluri
Beli semua pesanan orang + mak + lela + sendiri. No akaun lupa nak bawak. mujur ada no akaun ateh. Alamak, barang banyak dah habis laa...alhamdulillah, barang yang dah abis tu semua barang yang aku saja2 nak beli. Save dah kat situ.

tempat ketiga : Jalan Peel
Cari barang2 Kak Zura pesan. Mahal la kat sini. Ingat barang borong murah la harganya. Rupanya mahal jugak. Tak beli apa-apa cuma beli air untuk budak2 ngan mak budak yang kehausan.

tempat keempat : UO Ampang
Meneruskan pencarian barang-barang kak Zura. Mahal jugak. Kat sini tak beli apa-apa.

tempat kelima : Ampang Point
kat sini saja jalan2 tapi kat sini la tempat paling banyak kuhabiskan duit. Beli apa?
1. handbag murah
2. brooch
3. buku cerita/novel yang dijual dengan separuh harga juga yang berharga dua ringgit setiap satu. 7 buah buku kusebat. bila nak baca ek? itu lain kira.
4. buat karikatur untuk kakak alia ngan aiesya. puas pujuk aiesya yang pemalu.
5. air - haus la
6. cream entah hape ntah yang orang tu promote. beli jugak..saja nak cuba. memang suka cuba-cuba sambil abiskan duit nih. he he
7. video yang dicari2 - I'm not stupid. Ni sure cikgu2 lain nak pinjam nih. Kena mintak sewa ni.


kakak n aiesya posing sambil AZA(orang majalah GILA-GILA melukis).

inilah hasilnya. ada rupa dia orang tak?


novel-novel yang dibeli
vcd-I'm Not Stupid

tempat kelima : Zhulian Ampang

amik barang Aniza ngan Mak Dod yang telah dihantar cuci masa poser lagi. lambat dapat pasal clash ngan raya. ramai ler tu anto sebab nak raya.

tempat keenam : Umah mak
saja rehat2 sambil hantar barang, sambil kutip duit utang. Alih-alih mak dah siapkan baju batik hadiah hari jadi yang Ann bagi. Hmm...esok Khamis, hari batik orang kerajaan makanya...esok pakai la. alamak tudung tak de.
ye ye...esok pakai baju baru...ni la baju baru yang paling baru sebab baju raya memang tak buat.

tempat ketujuh : Pasar malam Taman Dagang
cari tudung ler sesambil cari makanan untuk anak-anak. ibu ngan ayah makan je la nasi kat umah tu. nasi tu tak cukup untuk semua...lauknya la tak cukup. tu yang kena beli tambah.

lepas tu amik adik n abang dan terus balik rumah. ayah dah tunggu kat rumah.

Tuesday, October 28, 2008

Appraisal

Malam tadi menyiapkan borang appraisal yang dah lama dalam simpanan. Tak siap-siap. Malam tadi alhamdulillah siap juga. kira siap la walaupun belum print lagi.

Teringat masa kat ITTAR dulu. Kita siapkan borang pastu kena ngadap Kak Leha. Tak best betul. Kak Leha kata, "Liza ni macam takut-takut nak bagi pendapat".

Iya la kak. Bukak takut-takut tapi simpan suara lemak merdu ni. He he.

Yang bestnya kita interview orang. Macam la kita bagus sangat kan masa tu. Yang kena interview pulak takut-takut. Yang paling ketara takutnya masa tu si Nida. Sian dia. Padahal kita tak tanya benda yang susah-susah pun. Dia je yang suspen lebih. Hmm...sekarang Nida dah jauh meninggalkan kita. Lepas ni dia akan bergelar Dr. Noor Anida Zaria. Tahniah! Tahniah!

Zhaim Potong Rambut

Dah lama dah nak potong. Hari ni baru terlaksana. Rambut dah panjang macam pompuan. Dah la rambutnya kerinting. Acik Pidah sampai kompius..pompuan ke laki anak akak tu? he he

Tiga orang anggota lelaki rumah kita potong rambut hari ni. ini dia detik-detik rambut Zhaim berpisah dengan tuannya. Lepas ni dapat tak lagi rambut macam tu? kakak2 semua dah ilang rambut kerintingnya lepas beberapa kali potong. Zhaim pun macam tu la kot.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...