Thursday, November 23, 2006

raya ini

2 comments
Sedar-sedar dah cuti sekolah. Cepatnya masa berlalu. Dah setahun bergelar cikgu. Tahun yang banyak memberikan pengalaman dan pengajaran. Bukan susah nak jadi cikgu tapi bukan senang nak jadi cikgu yang betul-betul cikgu. Yang anak-anak murid akan kenang sampai bila-bila.

Raya tahun ni, macam beberapa raya yang lepas-lepas, kami beraya tanpa cik abang di sisi. Keje laa...Biasa la tu. ngalahkan orang keje bahagian pertahanan. Tak ngape. At least mak ada kat sini. Tak de la terasa sangat. Tapi memang tak de rasa raya pun. Pagi raya cam biasa gi umah mak. Makan la apa yang ada. Macam tahun-tahun lepas, pagi raya umah mak mesti ada nasi dagang. Malam raya tu sempat lagi la kami buat kuih. Anak-anak tukang gentel. Tengok la gambar tu. Bukan main suka dia orang dapat tolong ibu buat kuih. Bukannya selalu punnnn.

Lepas balik semayang raya, kami gi umah shakila. Kelakar lak rasanya. Cikgu gi umah anak murid. Bukan anak murid gi umah cikgu. Ahh...tak kisah lah. Dah dia beria-ia tepon jemput datang. Pegi je la kan. Lepas umah shakila, cam biasa kalau cik abang tu keje, kami akan beramai-ramai gi McD. Makan laa...apa lagi. Free je. He he. Nak join? Tengok la tahun depan kalau masih lagi terpaksa beraya sebagai ibu tunggal......Lepas tu balik la. Lepak kat umah pulak.



Esoknya tak tau nak gi mana. Kengkawan semua balik kg. Me ang my hubby prefer to be at home je. Relaks depan TV lagi best. Tapi anak-anak ni la kecoh. Nak jalan je kejenye. Jalan mana? Tak tau. Last-last kami gi TESKO ampang, biar dia orang main sakan tang tu. Bosannye la ibu ngan ayah menunggu. Dua jam main, pegi beli barang dapur, lepas tu balik la....... masak. Perut dan berbunyi ni. Sampai umah mak ngan adik-adik dah tunggu kat bawah. Raya kat umah kami la plak. Makan la apa yang ada dulu. Kebetulan beli lemang. Haa...makan la kome.


Raya yang membosankan. Tetiap tahun pun memang macam tu. Raya ketiga pegi mana tau? Gi joging kat tasik permaisuri. Tak ramai la kat sana tapi semua orang cina. Kami je yang melayu. Lantak la. Main nya kejap je. Entah la. BOSAN!!


Lepas cuti raya, sebelum cuti sekolah ni, adalah minggu-minggu yang memenatkan. Semua nak buat dalam masa yang singkat ni. Memula prepare untuk hari keluarga. Kena la menjual. Memacam kerenah ibu bapa ni. Tak pe...pengalaman. Penat la handle hari keluarga ni. Mujur la juga untungnya ada. Bebudak kelas pun boleh harap menolong. Tolong lukiskan poster. Hari-hari mintak kertas lukisan untuk buat poster.


Parents, walaupun banyak kerenah, tapi banyak membantu. Pasal duit memang tak de masalah. Cuma kena bersuara je. Masalahnya....tak berani nak bersuara especially pasal duit. Tapi ada caranya nak dapatkan duit dia oang ni....he he. Biarlah rahsia. Dalam sibuk-sibuk tu, sempat gak bergambar ngan athira, bakal doktor yang jadi kucing pulak hari tu. Dia ni memang aktif. Semua acara nak masuk. Budak pandai tak pe.


Lepas hari keluarga sibuk ngan hari kanak-kanak dan hari anugerah koko pulak. Sebelum tu prepare untuk CBN's Idol. Bakat-bakat terpendam dicungkil. OK la. Cikgu-cikgu tak susah sangat sebab banyaknya bebudak tahun 6 yang handle. Zehra malaysian's idol yang datang. Kebetulan adik dia cikgu CBN. He he. Free je la jemput dia. Kurusnya dia.Sibuk la bebudak nak amik tanda tangan dia. Yang cikgu-cikgu pulak sibuk nak bergambar. Layan je la. Habis je CB's idol terus prepare untuk hari koko dan hari kanak-kanak. Cikgu-cikgu kena la buat persembahan. Jenuh cikgu berlatih. Sehari je berlatih. Lantak la. Gambar tak boleh tunjuk kat sini. Malu la pulak rasanya. Mujur la sekolah pompuan. Cikgu-cikgu pun semua pompuan. OK la. Boleh la tunjuk bakat. Yang pentingnya kerjasama.


Minggu akhir sibuk pulak dengan hari anugerah. Buku aturcara memang dah siapkan awal-awal. Tak de la tumpu sangat pada tu sebab dapat tugas handle pentas. Bab-bab menghias memang pilihan. Mujur la ada gak yang tahu tanggungjawab. Menolong mana yang patut. Pentas tahun ni dapat pujian walaupun ada juga tapi tapi nya tu. Alah...biasa la mulut manusia.


Tahun ni jadi juruacara majlis ngan rohaida. Siap beli baju sama bunga lagi. Warna lain-lain la. Kah kah. Ntah apa-apa la orang atas ni. Semua benda nak serah kat aku.. Nama aku berderet dalam buu aturcara. Mujur juga buku tu akau yang buat. Boleh la padam mana yang patut. Nanti orang kata gila kuasa. Gila ke aku? Yang penting aku buat keje. Bila buat keje, buat yang terbaik. Lantak orang nak kata apa. Dah cuti, bosan la pulak..

Thursday, October 05, 2006

~ Kisah anak-anak berpuasa ~

1 comments
Diam tak diam sudah 12 hari umat Islam menunaikan rukun ketiga. Tahun ini terasa la juga menjadi seorang ibu sebab anak-anak dah mula nak puasa. Dulu tak payah sahur pun tak pe. Bangun minum air je. Cik abang tu pun cam tu. Tahun ni kena la bangun masak apa yang patut dan makan sahur ngan anak-anak. Harap-harap anak puasa la. Tak de makanan kat sekolah at least kalau lapar pun tak de rasa sangat sebab dah sahur. Hari pertama ok lagi sebab hari Ahad. Ibu boleh control anak-anak ibu. Tu pun bila nampak Aiesya makan, semua dah mengeluh lapar. Sorry ya. Tahan je. Muka pun tak de la nampak layu. Main cam biasa je.
Hari kedua sekolah. Harap-harap abang ngan kakak puasa la. Balik sekolah, soalan pertama yang ibu tanya..."Puasa tak?". Kakak sengih, abang pun senyum. Habis semua tak puasa. Sakit perut la...sakit kepala la. Hishhh...macam-macam. Ayah punya la janji macam-macam kalau abang ngan kakak puasa penuh...hmmm...tak jalan.

Hari ketiga, dapat duit pagi sebelum ibu hantar pegi sekolah, abang terus simpan dalam tabung. Katanya kalau tak de duit, puasa la dia. Oooo...puasa sebab tak de duit nak makan. Ok la. Puasa la abang hari tu. Kakak? senyum je balik sekolah. Tak puasa lagi.

Hari yang abang lapar kat sekolah tapi still tak bawak duit, dia cari adik dia mintak belanja. Mujur adik tu jimat orangnya. Adik pun dah ada geng, rela dibelanja abangnya. Hiii anak-anakku.

Pepagi depan sekolah agama, ibu cium pipi abang lepas tu ibu bisik kat telinga abang. "Puasa ya bang. Ibu sayang abang". Harap tinggi menggunung agar abang puasa. Alhamdulillah dia puasa hari tu. Tapi kadang cara tu tak jalan juga. Bila puasa abang mesti bad mood. Lapar la katakan. Adik-adik bising mesti kena marah. So far abang dah banyak hari juga puasanya. Kakak? Cuma hari cuti sebab ibu ada. Tu pun ada juga cubaan mengelat.

Sabtu lepas, kakak puasa macam biasa. Petang lepas masak, sebelum singgah rumah mak( mak buat roti jala hari ni. Lagipun Cik abang keje malam ), singgah di Cosway beli barang. Tinggal la anak-anak dalam kereta. Masuk je kereta balik, abang mengadu kata kakak makan nugget yang adik punya. Teruk kakak kena marah ngan ibu. Mana ibu tak marah. Masa tu dah dekat pukul 6. Kakak....kakak. Ayah pun tak terkata dengan kakak.

Macam-macam ragam anak-anak ni. Tu baru tiga....

Thursday, September 14, 2006

Memacam Cerita

1 comments
Lama tak masuk blog. Susah nak singgah CC. Wahai kengkawan, please send me sms to 0172793932 ya. I lost my handphone a few weeks ago. Somebody cut my pocket to get my hp. Still no sama cuma no phone semua ilang la sudah. Aini nanti mesej akak ya. Fathil pun sama ya. Semua la....

Bulan 5 kak Monie dah bersalin begitu juga Maselinawati. Dua-dua dapat baby Boy. Kak Monie anak keempat, Masel anak pertama. Bulan 8 ramai juga yang bersalin. Yusniza juga dapat baby boy(firs baby), Kak Zura CBN dapat baby girl(baby keempat yang kesemuanya girl), Zuraida pun dapat baby boy( first baby). Yang terbaru, Zarina X-CBN teacher juga dapat first baby,...baby boy. Coming soon, Mardiana dan Aini. Dua-dua cikgu CBN. TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH. oppss...Aini dah bersalin baby boy ( Muhammad Haziq )beberapa hari sebelum blog ini diupdate. Ramainya baby BOY! . 3 Oktober 2006 Mardiana pula melahirkan baby boynya yang pertama setelah memiliki 2 orang puteri sebelum ini. Tahniah. Dah boleh rehat dah awak. Gambar aini dan mardiana sebelum bersalin.

First time menyambut Hari Guru sebagai guru yang sebenar. Seronok betul. CBN girls ni memang murah dengan hadiah. Banyak betul hadiah bawa balik masa tu.Dah la umah tinggi. Jenuh nak mengangkat naik ke atas tu. Memacam ada........Tudung, brooch, bekas jewellery, bunga tu biasa la, frame, mug,...memacam la. Macam ni rupanya hari guru. Anak pulak sibuk suruh kita belikan cikgu-cikgunya hadiah. Ok la. Carik la kami hadiah yang berpatutan dengan budget yang ada. Bebudak tu asalkan bagi hadiah ok jer.

Second time dinyanyikan lagu happy birthday kat sekolah. Bebudak ni memang sibuk cungkil bila birth date cikgu. Seboleh-bolehnya nak tahu. Hadiah yang tak pernah dapat sebelum ni diberikan oleh Rebecca dan adiknya Stephanie - Pasu dengan pokok buluh diletakkan dalam gel hijau. THANK YOU VERY MUCH dear.

TAHNIAH to one of my mentee masa kat ITTAR, HALIDAWATI IBRAHIM yang telah melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya pada ... tak ingat la pulak. nanti la update lagi.

TAHNIAH buat semua x student yang sekarang dah bergelar student UNITAR yang konvo minggu lepas. Linda and the gang,....TAHNIAH. I wish i was there.

TAHNIAH buat semua nak muridku yang telah berjaya (tempat pertama ) dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah. Cikgu puas hati la tengok you all punya semangat. Tak sia-sia amik masa BM kita tu. Tak sia-sia juga cikgu pinjam kain pelekat Atuk Akob. Tahniah juga sebab menang tempat kedua pertandingan menghias kelas sempena sambutan yang sama. Habis ink printer cikgu mencetak bendera. Kelas kita memang dicemburui..... he he. Kelas terbersih tu memang kita punyer.

TAKZIAH buat x-student Shahril_1117 yang telah kematian ibu tercinta sehari sebelum bermulanya puasa Ramadhan 2006 akibat penyakit leukimia. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.

Pangkor hari ke-4

0 comments
11 Ogos 2006

Beberapa kali terjaga. Pukul 4.00 bangun set alarm. Pukul 6.00 bangun terus mandi. Bersiap dan kemas bag. Turun cepat pegi sarapan. Takut jadi cam selalu-Makanan habis. Lepas makan balik bilik sambung cerita pangkor ngan cuba upload cerita hari ketiga. Tak leh la pulak. Malam tadi pun tak leh. Tu yang tido cepat tu. Kalau boleh agaknya kul 12.00 pun tak tido lagi kami berdua. He he.
TAK SABAR NAK BALIK!

8.00 am

Ke dewan. Ingatkan ada apa-apa la lagi. Rupanya tak de dah. Cuma nak isi borang penilaian ngan copy CS. Alahaii.... . Kul 9.00 dah lepas kuar untuk packing. Sebelum kuar sempat amik no phone Zu, Risha and Gomathi. Cikgu Zu ajak gi depan- nak belikan abangnya baju. Satu baju abang dia, satu seluar jerut dia. Tu kena amik gak tu, dari semalam lagi dia tenung seluar tu. Selesai, balik bilik. Ingatkan doleh upload blog,...tak leh access la pulak internet. Tak pe la. Siapkan dulu cerita. Packing dah lama dah habis. Tunggu masa balik je ni. Kata JU, kul 11 nanti bertolak. Kat depan tu dah ada belonggok bag cikgu-cikgu yang berkobar. Tak pe…ada masa lagi.

10.20 am

Siap dah. Turun la kami hantar kunci dan makan. Makan la jugak makanan tengah hari tu walau pun baru je makan. Dah bayar tu harga makanan tu. He he. Tengah makan, van sampai. Maka berebut la mereka yang selesai makan. Kami pun cecepat juga makan dan lepas makan, kami juga turut berebut tempat dalam van teksi tu. Satu van muat seploh orang jer. Sepanjang perjalanan sempat menjamu mata melihat keindahan pantai. Sampai kat jeti terus naik bot. Lama la jugak dalam bot tu menunggu penuh. Kami ni resah gelisah. Ingat nak cepat sampai je.

12.15 am

Sampai kat jeti. Membayangkan bas dah sampai, kami pun segera la mengheret bag keluar. Hampeh! Bayang bas pun tak dek. Lama juga menunggu. Si Zu ajak gi membeli kat kedai seberang. Jom la. Tengok punya tengok habis gak seploh hengget membeli sotong kering ngan sate untuk anak-anak. Jadik la daripada tak de apa-apa bawak balik. Dekat pukul 1 baru bas sampai. Kami bertolak dalam pukul 1.10 pm. Hishhh....membuang masa betul la. Kalau dari tadi sampai sure boleh sampai awal.

1.10 pm

Bas bertolak. Dalam bas tengok cerita Thailand. Kisah gajah yang diculik dari tuannya untuk dijadikan makanan bagi penggemar daging haiwan liar di Australia. Owner gaah tu terlampau sayang dengan gajah tu sebab dia membesar dengan gajah-gajah tu sampai sanggup pegi Australia carik gajah-gajah dia. Yang dewasa dah mati masa dia jumpa. Tinggal tulang ngan gading je. Nampak benar sedihnya dia. Anak gajah yang namanya Kang tu hidup lagi. Dia punya kung fu memang hebat. Tak yah pakai senjata pun. Habis cerita we all berhenti sat kat Pagoh. Buang apa-apa yang patut. Sesak la jap tandas pompuan. Sambung perjalanan dengan cerita Jet Li pulak. Sempat la call cik abang tapi tak dapat. Terpaksa la on kan juga hand phone yang dah nyawa-nyawa ikan baterinya tu. Kat Rawang ayah call balik. Cerita Jet Li tak sempat habis tengok. Tak pe sebab cerita tu dah tengok dah. Member sebelah daripada mula jalan, sampai la sekarang dok tido je kejenya. Lantak la.

4.40 pm

Sampai. Sementara menunggu cik abang sampai, teman duduk di bangku yang ada. Bukak komputer dan mula sambung cerita Pangkor. Tolong juga jaga barang kengkawan yang ada urusan memasing. Sempat juga berborak dengan satu cikgu tu yang kat Pangkor, tak pernah realize pun kewujudannya walaupun cikgu tu kat sebelah bilik je duduknya. Kelakar la pulak. Dah sampai balik Jalan Duta baru nak kenal. Tak pe. Bila semua kengkawan dah balik, sambung balik cerita Pangkor. Tetengah menaip, WKY3098 sampai. Maka berakhirlah cerita Pangkor. Adios.

Pangkor hari ke-3

0 comments
10 Ogos 2006

6.00 am

Hari ni agak lena tidurnya ( walaupun ada gak beberapa kali terjaga). Orang sebelah terbatuk-batuk. Makan rambutan banyak sangat semalam. Bangun, mandi, solat dan bersiap. Sementara tunggu Zu, bukak computer dan sambung taip soklan pekse.Ayah call. Kebetulan on tepon sebab nak tengok jam. Ayah report kata anak-anak tengah makan sebelum gi sekolah. Ayah kata adik ngigau panggil ibu. Rindu kat ibu la tu. Ibu pun rindu kat adik tau.
Zu nak di dewan makan cepat. Nak carik air panas katanya. Ok la. Kami la antara yang terawal. Dah abis makan balik bilik semula. Zu nak rehat jap. Ikut je la. Maklum la…ibu mengandung. Layannnn.

7.55 am

Aku pun terlena sesambil tengok ASTRO. Bangun-bangun dah 7.55. Kejut si Zu. Mujur juga dia tu senang je bersiap. Aku memang tak bukak tudung pun balik tadi. Amik barang terus ke dewan. Alaa...tak ramai pun lagi. Ramai lagi yang tengah makan. Selamba je dia orang ni. Masuk dewan pun tak buat apa sebab power point dah siap. Buat apa lagi….borak la. Tu pun tak tau apa lagi nak diborakkan. Kalau kaki borak tu lain la citer.

9.00 am

Tukar dewan. Bekumpul semula untuk presentation. Bosan. Bukannya dengar sangat apa yang orang present. Dah la sempit. Bising lak tu kat belakang (tempat berkumpulnya cikgu-cikgu lelaki). JU pun tak terkata dah. Kami tunggu la giliran. Ngantuk pun ada. Zu kat tepi dinding tu dah terlena dah tu. Hmmm. Sampai masa break, semua kuar makan. Kami pun la...tapi tak terus pegi makan. Balik bilik dulu. Buang apa yang patut. Dekat je bilik kami. Balik ke dewan makan, kuih dah nak abis tapi ada lagi la untuk kami. Tak kisah sangat pasal makan memang banyak kali kat sini.

11.00 am

Masuk balik dewan. Dapat duduk kat tepi dinding. Apa lagi, pasang charger laptop…terus bukak. Sesapa nak present, present la. Malas nak dengar sangat, tapi dengar jugak sebenarnya. Ingatkan nak curi-curi buat soklan, tapi dapat lak access internet. He he …wireless. Apa lagi. Cek email. Lama benar tak baca email. Memacam la dapat tengok. Member-member sebelah pun tumpang sama. Ada yang forward gambar-gambar anak-anak Datuk K, gambar sast-saat terakhir arwah Mohsin, gambar ikan duyung. Memacam la lagi. Habis presentation ( kami tak sempat present pun), makan tengah hari. Balik bilik sambung surf internet. Zu kata nak gi shopping tapi dia tido. Senang benar dia terlelap. Letak je kepala terus senyap. Tak de la shopping nampaknya. Aku tak kisah ngan shopping ni. Memang duit pun terhad. Malas sama. Panas!!. Sempat la upload cerita hari 1 dan 2 kat pangkor. Teringat kat shima. Ari tu tepon, tanya bila nak update blog. Dah update dah ha, Baca ya shima. Baca sampai abis tau. So sepetang ni dok mengadap komputer, tengok TV. Tengok la jap lagi kalau rajin, nak gi main air kat pantai.
Tengah sesedap surf internet, si Zu ni bangun la pulak ngajak jalan. Ok la. So dalam kul 4.30 pm kami pun pegi la ke pantai. Jalan kat pantai yang naik airnya tu....habis la basah kain. Dah la pakai baju kurung. Ngan hand bag lagi. Nak buat cam mana. Tu je la yang ada. Malas nak tukar-tukar baju. Menyusahkan je nak bawak pegi balik. Ngan laptop lagi…..pusing-pusing lagi kat depan tu. Jap ke depan, jap ke belakang. Carik skirt labuh untuk kakak. Dah beli untuk kakak, teringat lak abang ngan adik. Last-last beli la gak untuk semua. Marah tak ayah nanti? Dia pesan jangan beli apa-apa. Alaa….dah sampai jejauh ni hah. Beli la. Lagi pun teringat kat anak-anak. Sian bebudak. TAWAKKAL je la.

7.45 pm

Tepon rumah. Tanya khabar anak-anak. Kakak cakap hari ni Sains dapat 100 markah. Alhamdulillah. Kakak cakap tadi dia nangis kat sekolah teringat kat ibu. Abang pun kata rindu sampai rasa nak tepon ibu masa kat sekolah tadi. Alaaa….syahdunya rasa. Ibu pun rindu. Saja ibu buat-buat tak tau. Kang ibu yang nangis kang. Eh! Aini. Ingat tak kat KP Matematik SK Convent Jalan Peel, Puan Norliah tu? Dia ada kat sini tau. Macam tu la jugak muka dia Aini. Lantak la. Tak sabar nak balik. Hmm......malam ni ada BBQ.

8.15 am

Tadi kata mula kul 8.00. Nape baru 8.15 lauk dah abis? Alaa…..lauk dah abis. Ntah apa jenis BBQ ntah. Yang ada Cuma ikan. Nak kata bakar, cam tak bakar je. Ketam masak apa ntah pun ada. Ketam tak best. Ketam kecik lak tu. Banyakknya jadi sampah je. Isi sikit je dapat makan. Makan nasik pun tak lalu dibuatnya. Si Zu tu lagi la. Ikan je habuannya. Yang lain dia tak leh makan. Resdung. Tunggu ayam tak muncul-muncul. Ada kat belakang tu. Mana yang tak sabar tu pegi mintak sendirik kat belakang. Hishhh!
Last-last kami pun bangun. Maleh nak tunggu-tunggu lai dah. Balik bilik sambung buat soklan kejap je sebab bateri laptop dah abis. Nak charge, cik puan tu tengah charge dia punya hp. Tido lagi baik. Tutup lampu terus melelapkan mata. Habis la cerita hari ketiga. Sambung esok kalau sempat.

Thursday, August 10, 2006

Kursus di Pangkor - hari 2

0 comments
9 Ogos 2006

6.45 am
Tepon umah jap. Tanya khabar le. Semalam tak sempat sebab asyik berborak. He he. Budak-budak kat umah tu exam la.

7.05 am
Turun makan sarapan. Antara orang yang paling awal turun. Makan pagi hari ni nasi lemak. Cepat lak selesai makannya. Jom la kita gi tengok ombak dan laut Zu. Air tengah pasang. Takut lak tengok ombak tu. Dari jauh nampak pulau yang dikelilingi masa berkayak dulu. Terbayang-bayang peristiwa berkayak dalam ombak bergelora tu.

8.00 am
Patutnya dah mula dah aktiviti abakus. Entah apa la yang JU semua buat. Tak mula-mula lagi. Dalam dewan dah bising dah. Biasa la cikgu-cikgu ni. Sekali dapat lepas, bisingnya ngalahkan anak murid. Slot 1 ngan 2 belajar abakus hari ni. Ok la. Best juga tapi tak dapat nak belajar banyak. Dia orang masukkan slot abacus pun sebab nak promote cd yang dia orang hasilkan. Abakus ada kursus dia sendiri sebenarnya. Minggu depan kursusnya tu. Kat mana tak tau.

2.30 pm
Slot ketiga. Taklimat HSP. Entah apa-apa la. Dah la tukang terang tu Englishnya tak berapa bagus tapi nak cakap BI. Habis semua orang geleng kepala tak paham. Tak kisah la. Tak de yang penting sangat pun. Saja je dia orang ni buat kursus jauh-jauh nak mengabihkan duit kerajaan. Ni umpama nak bawak kita orang gi bercuti je ni. Kalau time banyak duit best gak gi bercuti.

5.00 pm
Berjalan-jalan kat tepi laut. Bukannya ada apa pun. Nak mandi laut pun takut sebab air tengah pasang sampai ke tepi. Hilang dah pasir pantai tu ditelan ombak. Sesambil bejalan tengok la baju-baju yang bergantungan menunggu pelancong. Terpikat tapi terikat. Nak beli tapi tak boleh. Dalam tak boleh tu amik jugak T-shirt untuk cik abang. He he. On the way balik ke resort, tepon la cik abang guna public phone kat tepi jalan. Ditelannya duit tapi suara tak dengar pun. Nasib la. Balik bilik call lagi. Kali ni dapat. Kakak cakap paper Mathematics dia dapat 93 %. Kakak memang ibu tak risau. Tu abang tu senyap je.

8.30 pm
Kursus ni bebetul tak well organized. Depa main bantai je isi slot. Nak bahagi kumpulan pun kelam-kabut. Nak buat group work la kononnya. Buat presentation guna Power Point. Biasa la tu. Kerja senang je. Kat dewan tu kami borak je. Balik bilik baru buat power point tu. Ye la. Tadi mana boleh buat. Laptop tak de la. Ada kat bilik. Yang tak bestnya, dua orang je melayu. 6 yang lain India. 2 lagi cina. Elok la tu. Bila dia orang berborak sesame dia orang, kami geleng kepala. Pas tu gelak.

12.00 pm
Selesai buat power point tu, bersihkan diri, semayang lepas tu tido. Hari ni sempat la taip sikit soklan pekse kertas 1.

Kursus di Pangkor - hari 1

0 comments
4.00 am
Jam berbunyi, celik tapi tidur balik.

4.30 am
Terjaga dari tidur. Ahh…..dah kena bangun dah ni. Baju Zharif nak kena gosok. Bag nak pegi pun belum disiapkan. Dengan malasnya melangkah ke bilik air. Cuci muka, gosok gigi. Terus ke bilik kakak cari bag. Haa…tu dia atas almari. Dah siap kemas bag, kejutkan abang ngan kakak. Sedih juga nak tinggalkan dia orang ni. Jangan fikir! Jangan fikir!

6.30 am
Ayah hantar abang dan kakak pegi sekolah. Tinggal ibu temankan adik tidur. Ibu pun tumpang tidur juga. Tidur pun tak berapa lena. Pukul 7.00 ayah tak balik lagi.

7.15 am
Ayah balik bawak kuih. Kebetulan adik pun bangun, so kami pun sama-sama sarapan kuih tu. Lepas makan dua biji kuih, terus bangun gosok baju abang ngan baju sendiri. Lepas tu mandi, terus bersiap.

8.10 am
Hantar adik dulu ke taska. Dia turun dengan selambanya. Tinggal dik ya. Ibu tak nak peluk adik sangat, nanti ibu nangis so, ibu biar je adik masuk macma tu je. Lepas hantar adik, ke Maybank keluarkan duit. Kemudian terus ke JPWP. Jem juga dalam perjalanan. Biasa la KL. Sampai sana bas dah siap berderet. Alaa...tak bestnya. Tak kenal sesapa pun. Singgah makan kat Hentian Putra. Ayah je yang makan. Ibu takut sakit perut. Maklumla perjalanannya jauh.

10.00 am
Tak bertolak lagi. Entah apa yang ditunggu. Masa berbaris tadi(register), sempat berkenalan dengan satu cikgu ni. Yang tau nama sekolahnya…La Salle. Nama tak tau lagi. He he biasa la. Cikgu ni dah ngajar 7 tahun dah. 10 lebih baru bas bertolak. Dua kali salam ayah. Tak nak pandang matanya. Dengan rasa yang berat, terpaksa jua dikau kutinggalkan.

Dalam bas, duduk dengan cikgu yang baru kenal tadi. Dia bahasakan dirinya kakak. Mungkin rasa dia tua sebab dia dah lama mengajar. Ku tanyakan umurnya. Katanya. “30”. Jawapannya membuatkanku tergelak. “Saya lagi tua. Umur saya 32 tahun ni”. Cikgu tu pun tergelak sama. Masih tak tahu nama dia. Hmmm.

Bas kami jalan dulu. Kami pun dalam hairan sebenarnya suka kalau bas tu jalan dulu. Mana tak hairan, bas kami bas nombor 5. Patutnya bas nombor 1 la jalan dulu ( semua sekali ada 6 buah bas ). Rupa-rupanya baru je jalan dah berhenti di stesyen minyak. Patut la. Lama juga berhenti.

11.00 am
Tengah syok tengok cerita toyol Indonesia, bas berhenti lagi. Berhenti lagi di kawasan rehat Rawang. Alaa…berhenti lagi! Driver bas kata ½ jam. Jom la turun carik apa-apa.

11.30 am
Bas bergerak. Sambung balik cerita toyol. Dasyat cerita toyol Indonesia tu. Tak tau nak cerita macam mana. Dah habis cerita toyol yang tamat dengan tuan toyol mati kena cekik dek mak toyol kerana melanggar sumpah, sambung lak karaoke Ramlah Ram. He he. Layan je la. Abis karaoke, layan lak bollywood. Apa-apa je la. Nama cikgu kat sebelah masih tak tau. Dah penat berborak, dia tido. Aku nak gak tido tapi ntah……tak lena la.

1.30 pm
Kali ni berhenti kat Teluk Intan. Beberapa minit sebelum berhenti sempat hantar sms pada ayah. Sebenarnya tepon tu dimatikan sebab charger tak bawak la. Nak jimatkan bateri la tu. Berhenti makan kat satu restoran kat mana ntah. Dulu masa pegi Pangkor tak de lak singgah kat situ. Makan nasik RM3. Cecepat kami pegi makan sebab lepas tu nak rebut tandas lak. OK lak kat tandas tu. Masih tak ramai orang pasal memasing masih makan masa kami dah abis makan. OK la tu. Masih tak tau nama member tu. Alahaii! Bas meneruskan perjalanan pada jam 1400.

4.10 pm
Baru sampai jeti. Lambat gak nak sampai. Dah biasa berdiri lama kat kelas, kena pulak duduk lama. Sakit badan dibuatnya. Bas kami sampai dulu so, kami turun dulu la. Dapat la naik feri yang awal. Dalam feri layan karaoke lagi. Memula lagu-lagu 60-an. Tapi cd jem tetengah jalan, tukar lagu-lagu Siti. Sempat la dua lagu Siti nyanyi. Teringat kat Sang Suria. Apa khabar gamaknya Suria? Suria and the gang ni la yang suka benar ikut lagu-lagu karaoke tu. Lagi-lagi lagu dangdut. He he. Sampai je kat seberang terus dapat teksi van. Kat jeti teringat nostalgia PPL. Bezanya dulu bergelar pelajar sekarang dah jadi guru. Dulu badan kecik sikit sekarang dah naik balik. Kat jeti ni la dulu sakan kami amik gambar. Sampai je kat resort terus daftar bilik. Cam biasa la. Dok ngan cikgu tu. Masuk bilik (no 119), baru sibuk nak berkenalan-tanya nama la. He he. Nama dia Zuraida. Punyalah lama berborak baru nak tau nama. Dalam bilik tu ada Astro la. Lepas letak barang terus pegi minum petang. Kami la orang pertama yang minum petang. He he. Bukannya apa. Nak cepat. Boleh rehat lama sikit. Kenyang nyer!! Balik bilik, semayang, tido. Cikgu tu dah tido tapi aku biasa la. Tak leh tido sangat. Last-last bangun menaip. Taip apa lagi.....blog ni la.

7.30 pm
Turun makan malam. Kami lambat rupanya. Ramai yang dah habis makan. Lauk hari ni sambal udang, sayur, ikan masam manis kot, dengan tom yam pahit. Tak lupa juga ulam-ulaman dan buah-buahan. Ok la. Dah banyak kali makan dah. Kembang lagi la badanku. Lepas makan, amik fail terus pegi dewan. Tak ramai lagi kat dewan. Dalam jadual kata pukul 8. Tak pe la. Datang awal boleh pilih tempat. Suka hati la nak duduk kat mana.

8.15 pm
Baru nak mula taklimat. Rupa-rupanya mula 8.15. Ada perubahan jadual la. Ishh...macam mana kami tak tau ni? Oo...rupa-rupanya orang yang turun makan awal je yang dapat berita. Banyak perubahan lagi pada jadual. Malam ni Cuma taklimat untuk perubahan jadual dan pemilihan penghulu dan penghuluwati je. Yang lain tak de. BEST! Patutnya ada ice-breaking. Ha ha ha. Ingatkan boleh la balik bilik awal, tapi ada lak member Zuraida yang datang ajak borak. OK la. Macam-macam cerita baru dunia perguruan yang dapat aku dengar. Seronok! Dapat dengar cerita, bertukar cerita dan kenal kawan baru. Kami berborak kat dewan makan ( of course sambil makan-supper) sampai pukul 10.30 pm. Sejam lebih gak berborak sampai mata makin layu. Balik bilik sambung blog. OK. Habis dah cerita. Esok Sambung lagi.

Monday, April 17, 2006

Ujian Bulanan 2

1 comments
Seperti biasa, kena set soalan matematik tahun 5. Kali ni tambah lagi dengan soalan BM tahun 3. Pulun la cari soalan. Pulun juga semak soalan takut ada error. Yang tu kena tengok bebetul sebab boleh menjatuhkan imej kita kat mata GPK-GPK yang ada. Tapi apa nak buat, manusia biasa memang tak lari dari membuat salah. Ada juga salah kat mana-mana. PENGAJARAN....tak pe. Soalan Ujian Bulanan 3 nanti tak buat dah salah yang sama.

12 dan 13hb yang lepas, selesai dah exam. Masa paper math tu, kebetulan aku ke bilik media sebab nak kena siapkan cd untuk mesyuarat PIBG. Memang kena lalu kat kelas tahun 5. Semua murid mengeluh. Cikguuuu...susahnya soalan. Cikgu.....susah la. Suddently Rebecca came and asked for numbers of questions. She said, "teacher, how come there are 25 questions ? I thought only 20 questions". Alamak...salah ke aku? Miss Low yang approve soalan tak bising pun. Then nak tak nak I add another 10 minutes. Harap you all dapat buat. Cecepat aku ke bilik guru semak soalan lepas. La...betul la. Patutnya ada 20 soalan je. Tak pe la. Dah tambah masa dah. Terlebih 5 soalan 1 markah. Nak buat cam mana.

Bila semak kertas jawapan......memang ramai yang tak boleh buat. Kelas yang belakang tu ada juga yang dapat 0 markah daripada 40 markah. Soalan yang susah memang la kalau tak boleh jawab tu, tak heran. Tapi direct questions pun tak leh jawab jugak macam mana. Tak kan nak salahkan soalan juga. Bilangan murid yang dapat A menurun tapi still ada juga yang manage to maintain their gred. TAHNIAH la untuk semua yang tak tergugat dengan soalan yang susah ( pada mereka la. padahal soalan tu memang soalah dalam buku-buku latihan year 5). Murid-murid buat aduan dengan Miss Low tapi yang bestnya, Miss Low tak marah. Dia kata bagus soalan macam tu. Biar buka mata murid-murid supaya tidak leka. Persediaan untuk UPSR katanya. Ha ha. Itu la untungnya mengekalkan prestasi yang baik di sekolah.

Patutnya nak bagi markah tu hari ni tapi sebabkan aku kena gi kursus, esok la nampaknya. Cam mana la muka dia orang tengok result yang teruk tu ya? Rebecca dulu dapat 90 markah pun boleh nangis, inikan pula markah yang lagi kurang daripada tu walaupun masih lagi A. Kalau dah ramai yang A dulu, sekarang dapat C atau D, pasti mendung kelas esok. Kelas 5D laaa..... sian la plak.

TAKZIAH

0 comments
Takziah atas pemergian baby kedua( dalam kandungan yang jangkanya bulan depan akan bersalin ) kepada x-classmate MPT, saudara Rezal. Semoga tabah menghadapi ujian Tuhan. Sehingga semalam 16hb April 2006, isterinya masih lagi di dalam ICU. Sama-sama lah kita doakan kesejahteraan beliau.

kepada semua yang menanti kelahiran, Kak Monie, Yus, Zuraida, Kak Zura CBN, Aini CBN, Zarina CBN, Niza SKPP1 (baru tau tadi, jumpa di Pusat Belia Cheras), Hana MPT,.....jaga diri baik-baik.

Tuesday, March 28, 2006

cerita konvo

2 comments
24 Mac 2006

Hari ni amik cuti tapi pagi tu pegi lagi sekolah. Disebabkan pendaftaran pukul 9.00 dan kelas abis kul 8.35,so baik la gi sekolah jap. Dari sekolah amik Kak Monie kat depan Mydin, lepas tu gi amik Yusniza, baru la gi Maktab. Ada kawan best la sikit. Kak Monie dah kembang. Yus pun dah kembang. Maklum ler....dedua dah berbadan dua. He he

Sampai,...tak de la ramai sangat yang ada. Tak ramai classmate yang datang. dapat la jumpa Rizal dan Zul yang tak ikut konvo. Ramai gak yang tak ada. Thiru, Pocet, Cik Wan, Kak Zura, Yusazli, ............ Paham. Ramai yang tak dapat gaji lagi. Serupa la kita. Masa daftar jumpa Pn. Rani ngan En. Geli. En. Geli cam malu-malu lak nak layan kami. He he. Ok la Encik Geli. Nanti kita jumpa lagi kalau panjang umur. Yang bestnya ramai ucap Tahniah.

Lepas dah beborak kejap kat kantin, balik kejap. Kul 3 datang semula untuk raptai. Gatal je. Tak yah datang raptai pun tak pe rasanya. Ikut je la orang lain buat apa.

25 Mac 2006

Pepagi dah kelam kabut. Tudung buat hal la plak. Nape tak nak menjadik ni? Dah lambat dah ni. Makan pun tak sempat. Bantai la. Nak menahan lapar, hisap la strepsil. Kebetulan batuk. Yang lain pun sama...tak sempat makan.
Ida pun dah mengandung la. TAHNIAH ya. So. inilah gambar-gambar konvo ku. Baju tu kainnya Lida bagi..mentee ku. Terima kasih ya Lida.Baru je siap baju tu sempena konvo. Punyalah lama simpan. Tudungnya tak dapat nak dipakai bersama Lida, sebabnya konvo kena pakai tudung putih. Tudung tu saya dah pakai dah dengan baju yang lain. He he.


























Ni gambar saat-saat manis yang tak mungkin dapat dilupakan. Saat dianugerahkan Anugerah Akademik Terbaik. Memang impian, tapi tak sangka dapat juga. Memula aim nak praktikal terbaik tapi miss atas masalah teknikal. ALHAMDULILLAH SYUKUR. Gembira tak terkata. Terima kasih kepada KAK MONIE, AINI dan PN JOY atas sokongan dan kata-kata semangat yang terus-menerus diberikan semasa saya dalam frasa "kegagalan sementara" itu, sehingga gemilang kini berada dalam genggaman. Terima kasih kepada EN. SHARIDZAN, hubby saya yang tersayang atas pengorbanannya menjaga anak-anak tersayang dan melayan karenah saya yang tak menentu sepanjang pengajian di MAKTAB. Terima kasih pada MAK yang dah bersusah payah jaga anak-anak. Mana Pn. Joy? Tak nampak pun masa konvo. Saya nak jumpa Pn. Nak ucap terima kasih banyak-banyak. TAHNIAH sekali lagi untuk semua. Semoga terus mendidik dengan penuh keikhlasan.

Cerita cuti sekolah

0 comments
Cuti sekolah ni dah nekad nak bawakbalik anak-anak ke Kulim. Maklum la dah lama sangat tak balik. Cik abang tak cuti panjang. Tak pe. Mintak izin kami balik dulu. Kami balik hari isnin. Cam terror je bawak balik anak-anak tanpa teman suami. Nak buat cam mana. Kalau tunggu cik abang tu, alamatnya tak balik la kami. Dah lebih setahun dah tak balik. 2 kali raya puasa dah ni. Anak sedara yang dulu baru lepas pantang la ni dah boleh bejalan dah.

Bestnya jalan tak banyak kete. Dah dapat kete yang besar sikit ni, tekan minyak pun tak rasa. Sedar-sedar 140. Habis semua kete di potong. Harap kete tak buat hal je. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Balik pun bukannya buat apa. Angkut semua buku yang nak ditanda. Notebook yang pinjam dari sekolah tu pun angkut gak. Bukan tu je. Printer ngan scanner tu pun bawak balik gak. Mak ngan pak mentua pun heran tengok cikgu punya keje. Kebanyakan masa mengadap komputer siapkan kertas soklan. Ni dah nak ujian bulanan kali ke-2 dah ni. Kena lak buat 2 set soklan. Anak-anak sakan la belari-larian dalam umah besar tu. Balik kali ni kami sempat jenguk Mak Ngah Fatimah yang dah uzur benar ( ketika ini, Mak Ngah telah pun kembali ke Rahmatullah- 24 Mac 2006=Jumaat).

Rindunya ngan cik abang tu. Akhirnya Khamis sampai juga. Malam tu dia sampai. Kami pegi jemput di stesyen bas. Esoknya pepagi kami ke Alor Setar rumah mak mak angkat kami masa kat UUM dulu. Sebelum pegi, gi tukar tayar. Tayar dah kembang la pulak. 400 melayang. Sampai petang la kami kat Alor Setar. Di sebabkan mak mentua beria-ia benar suruh kami balik tidur dan makan kat mah,maka petang tu dari Alor Setar balik la kami. Tak de la sempat nak merayau-rayau. Esoknya Sabtu, kami berangkat balik KL. Tak de apa pun cuti kali ni. Cuti pun macam tak cuti je. Cik Abang tu dah tak nak balik dah. He he. Ada la halnya tu.....

Tuesday, February 07, 2006

Surat tawaran dan ujian bulanan 1

1 comments
6 Febuari 2006 ( isnin )

Sedang sibuk melayan anak-anak dalam kelas, tetiba masuk Pn. Sara bagi surat pelantikan. Alhamdulillah. Datang juga surat tu. Ingatkan dah ketinggalan sebabnya member yang satu lagi tu dah dapat before chineese new year lagi. Suka tak terkata. Dengan adanya surat pelantikan tu, makna gaji boleh la jalan cepat. YAHOOO!

7 febuari 2006 ( selasa )

CBN(1) dah mula ujian bulanan. Dua-dua paper hari ni - Math & BM. Ingatkan nak balik tanda. Tapi,...." Ros, you check Elyna and Diana's paper now. I want to see their performance ". Alamak...tak habis-habis la anak-anak datin ni. Terpaksa la semak. Mujur yang objektif ada mesin menanda. Yang math ok lagi. Yang BM tu, masuk bab karangan lemah banyak. Macam mana nak bagi markah ni? Last-last..." AN, tolong semakkan paper ni. Kak Za nak belajar cam mana nak bagi markah". Mujur la An memang ikhlas nak membantu. Tak banyak soal, dia terus ajar menanda karangan tu walaupun dia masa tu tengah sibuk menaip ngan mesin taip yang lama tu. Ketek! ketek! ketek!. Jenuh!! Hidup SU sukan ! Jasamu ku kenang.

Dah siap tanda ngan kira markah, ngadap Miss Low pulak. Mujur dia ni jenis tak salahkan cikgu terus. After a few explainations, dapat la pulak kerja baru. Ngajar tuisyen anak datin tu. BM and Math. Apa-apa je la Miss Low. Dapat gak menambah pendapatan. Lagipun memang balik lambat tetiap hari - Tunggu hari teduh sebab nak kena jalan kaki turun ke LRT Masjid Jamek.

Dah selesai mengadap, terus bersiap nak balik. Hari ni panas pun panas la. Nak singgah mahkamah depan dataran tu. Nak siapkan surat akuan sumpah. Nak jadi kakitangan kerajaan kena besumpah-sumpah la pulak. Apa-apa la asalkan gaji masuk. Jalan la tetengah panas tu menuju ke mahkamah. Ingatkan susah la nak buat akuan sumpah...rupa-rupanya tak sampai 5 minit. Alhamdulillah selesai kerja. Hari ni siapkan dokumen lain yang bersesuaian. Malam ni nak tanda paper.

Result oh result

0 comments
Satu lagi penantian yang menyiksakan. Result pekse. Akhirnya result tu sampai jua ke rumah. Memula dapat sampul tu,...macam kenal je tulisan atas sampul ni. Haa...memang la tulisan sendiri laa. Bedebarnya nak buka tapi tak de tangguh-tangguh de bukak sampul tu. Memang lama dah tunggu. Jeng jeng jeng.......hah....alhamdulillah. Tertera perkataan CEMERLANG di atas kertas tu. Kalau nak tahu, inilah kali pertama saya dapat result secemerlang itu. Alhamdulillah,...tak sesia ibu tinggalkan anak-anak selama satu semester kat maktab. Bebaloi la kata orang. Tapi tak puas hati sangat sebenarnya sebab yang lain dapat A tetiba subjek major dapat B+. Cacat juga la result tu dibuatnya. Anyway...THANK YOU ALLAH. Tahniah juga untuk Kak Monie, Aini, Fathil, Yusniza, Zulfaiza, Thiru, Yao dan Pocet atas kecemerlangan. Yang lain-lain tak dengar cerita. Harap-harap cemerlang juga semuanya. Satu lagi tengah tunggu ni....surat pelantikan rasmi.

Tuesday, January 24, 2006

Welcome to CBN

0 comments

This is CBN (1). We are sharing the building with CBN (2) and the secondary CBN. Lagi dasyat daripada Convent Jalan Peel. Nampak tak salib-salib kat dinding bangunan? Biasa la....church.

Sampai petang jumaat tu terus ke Pejabat. Memula sesat juga. kena pusing balik. My hubby dah cuak dah sebab keliling situ semuanya church. Patah niat nak masukkan kakak ke sekolah yang sama dengan ibu. Kat sana, luckily ketiga-tiga orang besar CBN ada masa tu so sempat la berkenalan. Guru besar nya very nice. GPK Ko-ko garang sikit - Miss Low. GPK Kurikulum OK la. Boleh melawak lagi. Buat pertama kalinya rasa selesa kat situ.

Hari tu juga dapat jadual. I have to teach Math year 5, BM year 3, Muzik and Seni also year 3. Alamak....tapi depan dia orang, he he....mesti la kata boleh je kan. Orang baru mana boleh melawan. Juga jadi guru kelas 3 delima. Kat sini kan, semua you kena pandai-pandai. Tak tau kena tanya. Dia orang kekadang lupa yang you orang baru. Bagi je kat kita pastu tak terangkan apa-apa, ha..tekial-kial la sengsorang kalau tak tanya. Macam Aini, pepagi selasa tu dah kena kutip duit yuran. Mujur ada guru lama membantu. Tapi tu la.....Still you kena pandai-pandai membawa diri. Kat sekolah ni actuallynya kebanyakan guru adalah guru baru so tak de la timbul sangat masalah pergaulan ni. Guru lama,...terutama Pn Raihan sangat-sangat membantu. TQ An. Duduk pulak semeja. Ni hah meja guru. Satu meja tu kongsi 4 orang tau. Hmm alahai. terperanjat sebenarnya tengok. Tapi nak buat cam mana. Terima ajalah. Ini anak-anak muridku. Tu yang paling depan sekali tu, yang pakai cermin mata tu,..... anak datin. Kat sini kalau anak datin kena lah jaga-jaga. Kang kejap-kejap... Ros....how's Elyna? How is she doing in the class? Serba salah dibuatnya. Yang naya tu, adik-beradik anak datin tu ada dalam kelas yang diajar. Kena stand by selalu la jawabnya. Anyway,....anak-anak baru saya ni comel-comel belaka. I love my class. Bebudak ni kalau mintak tolong memang ringan tulang. Tugas saya ialah menghias kelas ini. Ni part yang paling saya suka. Hias menghias. He he. Just wait and see.

Sorang lagi masuk sekolah

0 comments
30hb Disember 2005

tarikh keramat bagi kakak(alia) yang memulakan orientasinya hari ni. Pepagi lagi dia dah bangun. Ibu ngan ayah dia pun kalut gak. Dah siapkan kakak, tak sempat sarapan kami pun bertolak ke sekolah. Bukannya tak de experience masukkan anak ke sekolah, tapi dah memang kebiasaan kami tak suka lewat ke sekolah.

Ni la gambar kakak yang sempat diambil pagi sebelum bertolak. Sorang lagi anak ibu masuk sekolah. Ibu tak bimbang sangat dengan kakak sebab ibu yakin kakak tak kan kecewakan ibu. Kakak memang nampak confident melangkah ke sekolah.

Sampai kat sekolah, macam biasa la parking tak de. Dah puas cari akhirnya dapat juga. Punyalah ramai ibu bapa yang ala-ala degil hari tu. Biasa la. Takut benar anaknya hilang. Apa cikgu cakap bukannya nak dengar sangat. Lepas nyanyi lagu Negaraku, ada taklimat untuk untuk ibu bapa. Kami escape sebab tahun lepas dah dengar dah. Terus kami ke kelas kakak. tu kakak........ada test untuk penempatan semula. soalan yang sama dengan abang punya tahun lepas. Mesti kakak boleh buat punya sebab ibu dah test kakak awal-awal lagi beberapa hari before the orientation day. Soalan pun ibu ubah bagi susah sikit. Alhamdulillah kakak dapat buat. Kami tak nak bayar yuran lagi sebab tak tau lagi ibu posting tang mana. Kot la dapat pindahkan abang ngan kakak sekolah sekali ngan ibu. Ni gambar kakak lepas exam. Yang kelakarnya ada gak mak yang sedaya upaya nak tolong anak-anak jawab soalan. Konon marah kat anak tak dapat jawab soalan tapi dalam masa yang sama bagi hint kat anak . Jangan buat cam tu kak....nanti anak tu yang susah. Kalau dia memang tak boleh buat, tetiba masuk kelas pandai, nganga la budak tu nanti.

Tak tunggu jumpa cikgu, kami bawak kakak balik. Tak kuasa tunggu lama-lama kat sana. Dah la ramai orang. Keluar tu, terus pegi ke awan besar. Ayah ada urusan apa ntah kat sana. Kami ngekor je. Sampai kat sana mak call. Mak kata surat dah sampai. alamak....mula la suspen. dapat sekolah mana ya? bila mak kata CBN, rasa macam tak percaya. Kenapa CBN? Kenapa tak sekolah lain? Kawasan jem tu...payah nak gi. Anyway...petang tu, sorang lagi pegi mendaftar kat sekolah. Kali ni daftar keje bukan daftar nak blajar.. He he.