HOLIDAY

Monday, December 05, 2005

~Setiap yang bermula pasti akan berakhir~

Bak kata Kak Monie, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dulu tak sabar nak capai umur 17 tahun dan merasa manisnya alam remaja. Dah dapat dan dah pun berakhir. Lepas satu....satu. rasanya baru je tahun 2005 bermula...dah disember dah. Dah abis pun kursus KPLI ku. Dah tak bergelar pelajar lagi lah ni. Seronok belajar balik sebenarnya. Azam dulu untuk belajar bersungguh-sungguh bila dapat peluang belajar rasanya dah dikotakan. Harap-harap result membanggakan. Tak dapat jadi pelajar terbaik pun tak pe. Yang penting CGPA mesti gempak. Sesungguhnya, " PERJUANGAN BELUM SELESAI ". Untuk Aini, Fathil serta semua yang masih mahu meneruskan perjuangan,.....semoga apa yang dihasratkan terapai. Semoga gelaran Dr. Noraini Baharuddin yang diidamkan terapai. Sama-sama kita berdoa ya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU" untuk Yong ( cikgu di SKPP1 ) pada 3hb Disember dan Noor Aida Ruzlin ( bekas pelajar di ITTAR ) pada 4hb Disember. Maaf ya tak dapat nak menghadiri majlis kalian kerana kekangan peribadi ( ayahanda tercinta berada di hospital tika dan saat ini ). Al-Fatihah buat nenda (sebelah ayah) yang telah kembali ke rahmatullah pada 4hb Disember 2005. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Setiap yang bermula pastinya akan berakhir....

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...