HOLIDAY

Wednesday, October 05, 2005

TAHNIAH

Aku tiba agak lewat. Dah tiba masa perarakan keluar dah. Tak sempat nak tengok sorang-sorang mentee terima diploma. Tak pe la..dapat juga dengar lagu tradisi konvokesyen....gamelan. Bangganya tengok anak-anak didik beratur dengan jubah kejayaan dia orang. Rasa nak menangis pun ada...terharu. Dapat juga korang habiskan study ya. Alhamdulillah.....dalam diam aku berdoa moga kalian terus berjaya. Sesungguhnya ini lah saat yang aku tunggu saban tahun. Melihat anak-anak didik dalam jubah konvo menerima watikah kejayaan. Tapi tahun ni lain sikit sebab aku dah tak bergelar pensyarah ITTAR lagi. Dulu,....ngan aku aku pakai jubah tu...tapi jubah lawa lagi la daripada dia orang punya. he he

Panjang tengkok mencari-cari anak-anak didik dalam barisan. Mana Haleeda? Mana Iqbal? Mana Hasirul? Shakina?Mana yang lain-lain ni? Silap aku tak "top up" awal. Kalau tak, boleh la aku mesej dia orang. Nak harapkan dia orang mesej tak de la kot. Dah gembira masing-masing mana nak ingat kat aku. Dalam aku tercari-cari tu sempat juga aku membelek buku cenderahati konvo. Terus mencari nama pelajar-pelajar terbaik. Manalah tau ada mentee-menteeku yang terima anugerah. Alhamdulillah.....ada gak sorang. Fadhlan...TAHNIAH ya. Pelajar cemerlang program pengkhususan. Bagus! Bagus! Puas hati la juga.

Tunggu kat luar la. Dalam kepanasan mencari lagi. Haa...tu dia Helmee ngan shikin. Seronoknya dapat jumpa korang. Tunggu shima...dan akhirnya shima keluar. TAHNIAH shima ya. Puas la bergambar dengan Shima and family.

Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya.

Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.

Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.



Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.

Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.

No comments:

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...