HOLIDAY

Thursday, December 22, 2005

Yang ditunggu...

21 Disember 2005

Kebetulan ayah cuti...dapat la pegi bejalan-jalan. Nak kemana ? Pusing-pusing la jawabnya. Kami masak cepat hari ni. Ye la kan..nak keluar punya pasal. Nak cepat pun...tengah hari juga keluarnya walaupun masak memang dah siap awal.

Memula ke AWAN BESAR. Ayah ada urusan. Ibu ngan anak-anak tunggu dalam kereta. Puas menunggu, aiesya buat projek pulak. Kenalah pegi basuh Aiesya dulu. Ayah datang dengan senyuman dengan tanggannya penuh plastik Mc Donald. Ada habuan untuk kami yang menunggu.

Lepas tu bertolak ke Shah Alam. Berjumpa X student... Siti Aisyah Absah. Masih macam dulu. Cuma yang tak bestnya terpaksa mendengar cerita sedih Aisyah yang terpaksa membuat penangguhan pengajian akibat masalah kewangan. Apakan daya. Saya dah tak berkuasa membantu. Dulu masa kat ITTAR..insyaAllah la. Tak pe Aisyah..Sabar ya. da la hikmahnya tu.

Kembali semula ke KL. Ingatkan nak singgah ke Masjid Pandan Indah yang Indah untuk solat Zohor,...patah balik. cari masjid lain. Panas la kawasan tu...Aiesya tidur. Itu la sebabnya nak cari kasawan yang redup. Terus menuju ke masjid As-Sobirin Taman Melawati. Dah selesai solat...kereta pulak tak boleh dihidupkan. Memacam hal la pulak kereta ni. Tak pe. Kejap lagi hidup la tu. Ada hikmahnya juga tak dapat dihidupkan tu...sempat juga abang, kakak dan adik melepaskan hajatnya. Alhamdulillah lepas tu boleh pulak dihidupkan.

Selepas itu kami ke Carrepour Wangsa Maju. Pegi beli setem je. Ronda-ronda kejap. Pastu terus ke Ampang Point. Teringat pulak sim card dah kena potong perkhidmatannya. Alhamdulillah tak ramai. Elok je sebelum keluar kereta Aini call kata negeri dah tahu. Sukanya. Selesai bagi no. kad pengenalan pada Aini, kami pun uruskan pasal sim card. Dah kena tukar no baru la pulak. This is my new number : 017-2973932. Nak buat cam mana. Kenalah tukar. Masa maxis bagi reminder dulu, tak de la pulak nak pegi tukar awal-awal. kalau tak, dapatla diselamatkan nombor lama tu. nasib la.

Sebelah petang dapat mesej Aini. "kak dapat KL" katanya. Ini buktinya yang selama ini ditunggu.( gambar kemudian) Alhamdulillah, semua classmate dapat pilihan masing-masing termasuk Yusniza yang akan bertolak ke SABAH. Selamat bertugas buat semua. TQ Aini ya tolong buat semakan. Budi baik mu akan ku kenang sentiasa. Tak sabar tunggu mr. posmen bawak surat. Satu lagi penantian yang menyiksakan.

Sunday, December 18, 2005

Cerita BTN

Memula dengar kata nak kena pegi BTN....sakit kepala dibuatnya. Mana taknya..dulu dah pernah rasa. Bosannya Ya-Rabbi. Tapi nak tak nak kena gak pegi untuk memenuhi syarat sebagai pegawai kerajaan. Cewah!
Hari yang ditunggu pun tiba. Pagi exam KISSM. Sempat lagi balik tukar baju, sembahyang dan ambil bag kat rumah. En. Shaari kata bas akan bertolak pukul 2.00. So, sebelum pukul 2 sampai la semula ke maktab. Laa...tak ramai pun lagi. Tak pe. Babai abang, kakak, adik. 4 hari lagi ibu balik.
Kata pukul 2.00....ni dah nak dekat pukul 3.00 tak naik bas lagi. Ni la gambar kami semasa menunggu bas. Sempat lagi tu. He he
Dalam pukul 4.30 pm sampai ke kem KIWA. Ni lah dia Kompleks Integrasi Warisan Arca ( KIWA ) di sepang. Bebetul tepi highway dan berdekatan dengan KLIA. Boleh kira kapal terbang yang berlepas. Kalau ada budak-budak baru best kira kapal terbang ni ( teringat la pulak kat anak-anak masa tu).
Sampai je kena bebaris...nak kira orang la tu. Masuk dewan kena timbang berat dan tinggi. Pelik la pulak. sebelum ni tak de pulak kena buat semua ni. Yang tak bestnya,...timbang-timbang berat naik. Ni mesti penimbang tu tak betul. he he. Lepas tu cari geng sebilik. Kecoh juga mencari teman sebilik ni. Kejap macam tu, kejap macam ni. Akhirnya....inilah ahli-ahli sebilikku. Dari belakang, Hani, Zuraida ( yg tengah telepon tu ), Ehem...ehem, Aini dan yang bertudung putih yang tengah menari tu....Yusniza. Actually 4 orang je sebilik. Hani dijemput atas rasa belas kasihan kerana terbuang. Sian Aini la pulak kejap di atas, kejap di bawah tidurnya. Sorry ya dik. Inilah bilik yang paling bising memelam hari. He he. Yang bestnya, semua bilik dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
As expected, LDK aktiviti yang membosankan. 2 hari penuh LDK. Tak semua bosan tapi hampir semua. Biasa la. Mata yang memberat tak dapat ditahan-tahan. Dengan menahan rasa malu, tersengguk-sengguk jua kami. Nak buat macam mana. Dah ngantuk. Tido lambat bangun kena cepat. Dah la tak lena tido kan. Alasan biasa la tu.
Sesi terakhir LDK akhirnya tiba jua. Nak keluar tu barulah segar mata. Ni gambar kumpulan 8. Masa bergambar lagi la segar mata. Kui kui kui.
Satu lagi masa tak ngantuk ialah masa makan. Kat sini makan 6 kali sehari. Walaupun kata tak nak makan, tapi bila dah makanan ada depan mata ( wajib ke dewan makan dalam kumpulan ), maka makanlah jua. Pembaziran jangan cerita la. Semua yang tak habis perlu dibuang. Pinggan mangkuk macam biasa basuh sendiri ikut kumpulan. Gambar kat dewan makan ni (kumpulan 8) diambil pada pagi hari akhir sebelum ke dewan untuk exam terakhir buat tahun ini. Tu yang ramai pegang buku tu. Semua sibuk menghafal fakta-fakta sejarah.
Ni pulak gambar terakhir sebelum melangkah ke dewan exam selepas sarapan. Dah tak larat nak bukak buku dah. Otak dah tepu dengan exam yang berturut-turut bulan november ni. Elok je kan duduk tu...macam taik cicak. Berselang-selang warnanya. Inilah warna pakaian kami sepanjang di kem kecuali masa riadah ngan solat.
Gambar kembara tak de la pasal ingatkan teruk kembaranya. Tak de la bawak kamera. Rupa-rupanya tak adventure langsung!! Lepas kembara, balik mandi, siapkan bag, ke dewan untuk acara penutup. Dah tak sabar nak balik sebab bas dah sampai. He he. Tapi tak de la boleh balik terus. Lepas upacara penutup kena pegi makan lagi kat dewan makan. Lepas tu barulah boleh berangkat.
Berakhir juga cabaran untuk menjadi seorang guru. Gambar terakhir dalam bas sebelum bertolak balik. To Yusniza, selamat bertugas di Tawau. Harap-harap dapat la Yus mengikut suami ke sana. Buat yang lain-lain tu, sabar la menunggu abang posmen hantar surat. Tak pun, rajin-rajin la melayari internet. ADIOS !!

Monday, December 05, 2005

~Setiap yang bermula pasti akan berakhir~

Bak kata Kak Monie, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dulu tak sabar nak capai umur 17 tahun dan merasa manisnya alam remaja. Dah dapat dan dah pun berakhir. Lepas satu....satu. rasanya baru je tahun 2005 bermula...dah disember dah. Dah abis pun kursus KPLI ku. Dah tak bergelar pelajar lagi lah ni. Seronok belajar balik sebenarnya. Azam dulu untuk belajar bersungguh-sungguh bila dapat peluang belajar rasanya dah dikotakan. Harap-harap result membanggakan. Tak dapat jadi pelajar terbaik pun tak pe. Yang penting CGPA mesti gempak. Sesungguhnya, " PERJUANGAN BELUM SELESAI ". Untuk Aini, Fathil serta semua yang masih mahu meneruskan perjuangan,.....semoga apa yang dihasratkan terapai. Semoga gelaran Dr. Noraini Baharuddin yang diidamkan terapai. Sama-sama kita berdoa ya.

"SELAMAT PENGANTIN BARU" untuk Yong ( cikgu di SKPP1 ) pada 3hb Disember dan Noor Aida Ruzlin ( bekas pelajar di ITTAR ) pada 4hb Disember. Maaf ya tak dapat nak menghadiri majlis kalian kerana kekangan peribadi ( ayahanda tercinta berada di hospital tika dan saat ini ). Al-Fatihah buat nenda (sebelah ayah) yang telah kembali ke rahmatullah pada 4hb Disember 2005. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Setiap yang bermula pastinya akan berakhir....

Friday, November 25, 2005

~ Latest ~

8 Nov 05- 10 Nov 05

Final exam for KPLI students.












8.11.05 Paper Ilmu Pendidikan ( 8.30 am - 11.30 am )
9.11.05 Mathematic Paper 1 ( 8.30 am - 11. 30 am )
10.11.05 Mathematic Paper 2 ( 8.30 am - 11.30 am )

11 Nov 05- 25 Nov 05

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM )

26 Nov 05

Morning : Exam - KISSM
Afternoon : To Sepang for BTN

26 Nov 05 - 29 Nov 05

BTN










Exam lagi ( 29.11.05 )

30 Nov 05 - ???

Penganggur Terhormat

Wednesday, October 26, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan dari kami sekeluara ditujukan buat semua yang membaca terutama kepada :
Kak G & Family kat JB;
Dik Dah & Family kat Damansara;
Kak Long & Family kat Bangi;
Ngah & Family kat Penang;
Rakan-rakan KPLI-MPT especially MTGR2;
( Kak Monie, Aini, Kak Zura, Wan Hazlina, Zuraida, Yusniza, Fathil, Amir, Faiz, Pocet, Joe, Lutfi, Rezal, Yusazli, Zul, Khairi )
Semua Pensyarah MPT especially mentor-mentor yang dedikasi;
( Pn. Haliza Hamzah & Pn. Norehan Shaharoun, tak lupa pada pensyarah pembimbing Pn. Fauziah Hashim dan Mr. Fakir )
Guru-guru pelatih MPIK-KDPM yang menjalani praktikal di SKPP1;
( Yana, Sya, Sheila, Nor, Zuhalizam, Burn, Razimi, Bib )
Guru-guru SKPP1;
Semua pelajar SKPP1 terutamanya pelajar 3 Jasmine & 3 Ixora ( SKPP1 );
Sahabat-sabahat pensyarah di ITTAR sama ada yang masih di ITTAR atau di mana sahaja;
Bekas-bekas pelajar saya yang telah keluar mahupun yang still di ITTAR( DTM & DSK );
Sahabat-sahabat X225 Matrik UUM ( 92 - 93 );
Sahabat-sahabat BIT UUM ( 94 - 98 );
Sahabat-sahabat IIU-UUM;
Sahabat-sahabat Kolej Mas UUM ( 94 - 98 );
Semua X-Roomate semasa di UUM;
( Kak Need, Anizah Othman, Erleizaonie(celcom), Kak Zarini, Yati Kamal )
Semua peserta Delegasi Pemimpin Pelajar ke Vietnam ( 1996 ) - UUM;
Semua peserta projek anak angkat BAKTIMAS Kolej MAS UUM;
( Jenguk-jenguk la ayahanda bonda kat Telok Nibong tu )
Bekas-bekas pelajar Ampang Road Girls' School especially x-classmate 5 Sains 2;
Bekas-bekas pelajar SK Ampang especially x-classmate 6 Raya;
ada lagi tak ya? .... akan bersambung lagi jika teringat.
Maaf ya kalau ada salah silap. Berhati-hati di jalan raya.

Monday, October 24, 2005

Majlis berbuka puasa dgn X-Students
Diploma Sains Komputer (ITTAR-USM)
Tempat : Restoran Haslam, Jln Pahang ( 18 October 2005 )
Ini susana dalam dewan makan.

Ramai juga yang datang. Riuh Haslam dibuatnya. Tak pe la. Sekali-sekala je. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil. Sorry la ya tak berapa terang. Janji ada kenangan untuk saya.

Terima kasih daun keladi...insyaAllah lain kali kita jumpa lagi.

MINI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS AMPANG HILIR
( 2 October 2005 )

Abang dah sudah, kini sampai pulak giliran kakak ( Alia ). Alhamdulillah....tamat sudah satu peringkat. Ingat kakak....cabaran lebih besar menunggu kakak di tahun-tahun mendatang. Suspen ibu nak tengok prestasi kakak kat sekolah kebangsaan. Harap kakak lebih mengekalkan kecemerlangan kakak di Tabika. Aminnnn.

Acara dimulakan dengan sukaneka. Kakak lari tak kuat sangat. Dapat la hadiah saguhati. Tak pe la. Lepas tu ( selepas dah bosan dan berpeluh-peluh menunggu), barulah acara sebenar dimulakan. Mula dengan tarian.

Ha..kakak ni aktif orangnya. Kebanyakan aktiviti Tabika dia masuk. Tarian kakak ikut...nasyid pun kakak join( solo lagi dia ).

Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat Kg. Pandan pun dia join. Nasyid tu dah menang naib johan peringkat Tabika Kemas Negeri Selangor. Pertandingannya sehari sebelum acara konvo ni. Tak sesia ibu hantar kakak latihan tiap-tiap malam tu. Tak hairan lah kakak dapat anugerah pelajar cemerlang macam abang.

Ibu bangga dengan anak-anak ibu ni. Ya Allah...kau berkatilah perjalanan hidup anak-anakku dunia dan akhirat.

Tuesday, October 11, 2005


17 September 2005

Air mata tidak mampu ku tahan. Budak-budak ni la punya pasal. Sape suruh nangis? Satu kelas pulak tu nangis. Mana tak sedih….

“ Tinggal ya semua. I will be here on the 30th” , that’s what I said to them and I really mean it when I said I will come back.

“ Cikgu, nanti cikgu datang balik tak ? ”
“ Cikgu, nanti cikgu mengajar kat sekolah ni ya! “
“ Cikgu, jangan la pegi ….”

“ No dear, I have to go. I have to continue my study. ”. Sedih.

These are a few cards which I got on that day.

I also got raya cards in advance. This is one of it. From Shafiqah Shaharuddin.
These are presents from them.

Rindu la kat you all.

Wednesday, October 05, 2005

~ RamaDhan Datang Lagi ~

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
MOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
seorang anak murid mengirimkan ku artikel ini.
BENARKAH PETANDA BESAR KIAMAT AKAN BERLAKU?
Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:
1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari.
Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)
KALENDAR 2005

TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram Khamis
21. 4.2005 Khamis Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban Isnin
5. 10. 2005 = 1 Ramadhan Rabu Puasa Ramadhan
(kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan Isnin
(kejadian gerhana bulan)?
(Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal Khamis Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah Sabtu
2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006
11.1.2006 Hari Raya haji
(Pertumpahan darah di Jamrah)?


PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN

1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah
apakah ia akan benar-benar terjadi?
TAHNIAH

Aku tiba agak lewat. Dah tiba masa perarakan keluar dah. Tak sempat nak tengok sorang-sorang mentee terima diploma. Tak pe la..dapat juga dengar lagu tradisi konvokesyen....gamelan. Bangganya tengok anak-anak didik beratur dengan jubah kejayaan dia orang. Rasa nak menangis pun ada...terharu. Dapat juga korang habiskan study ya. Alhamdulillah.....dalam diam aku berdoa moga kalian terus berjaya. Sesungguhnya ini lah saat yang aku tunggu saban tahun. Melihat anak-anak didik dalam jubah konvo menerima watikah kejayaan. Tapi tahun ni lain sikit sebab aku dah tak bergelar pensyarah ITTAR lagi. Dulu,....ngan aku aku pakai jubah tu...tapi jubah lawa lagi la daripada dia orang punya. he he

Panjang tengkok mencari-cari anak-anak didik dalam barisan. Mana Haleeda? Mana Iqbal? Mana Hasirul? Shakina?Mana yang lain-lain ni? Silap aku tak "top up" awal. Kalau tak, boleh la aku mesej dia orang. Nak harapkan dia orang mesej tak de la kot. Dah gembira masing-masing mana nak ingat kat aku. Dalam aku tercari-cari tu sempat juga aku membelek buku cenderahati konvo. Terus mencari nama pelajar-pelajar terbaik. Manalah tau ada mentee-menteeku yang terima anugerah. Alhamdulillah.....ada gak sorang. Fadhlan...TAHNIAH ya. Pelajar cemerlang program pengkhususan. Bagus! Bagus! Puas hati la juga.

Tunggu kat luar la. Dalam kepanasan mencari lagi. Haa...tu dia Helmee ngan shikin. Seronoknya dapat jumpa korang. Tunggu shima...dan akhirnya shima keluar. TAHNIAH shima ya. Puas la bergambar dengan Shima and family.

Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya.

Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.

Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.



Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.

Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.

Friday, September 09, 2005

~ aKU Di DugA LagI ~

8 September 2005 telah kutempuhi. Pagi kudiberi kegembiraan, petang ku di duga.

9.45am
Aku bergegas ke makmal siber. Tiba masaku untuk memastikan segala yang kuperlukan untuk kelas sebentar lagi lancar. Kuperiksa semua sambungan dari komputer ke LCD dan ke plug. OK...semua OK. let's on the computer power. Sementara menunggu computer load OS, aku semak la segala ABM yang nak digunakan. Eh...kenapa load tak abis-abis ni? Reset la. Arghh...dah reset pun sama gak. Alamak cam mana ni? power point satu lagi tak settle.

10.00am
Bergegas jumpa Yong. "Yong tolong akak sikit. Naper komputer cikgu tu load dia tak abis-abis?". Yong kata "Ala kak. Jangan guna komputer tu. Saya ingat saya nak format balik komputer tu". "Abis cam mana ni? akak nak guna. Kejap lagi lecturer akak datang. Hari ni ada observation". "Tak pe. Akak pinjam Muna punya laptop. Ada kat meja dia". Aku pun bergegas pegi amik. Alamak....Muna tak de lak. Tak kan nak amik cam tu je. Pegi balik carik Yong mintak izin.

10.10 am
Dah siap buat sambungan. Mana pulak drive A ni? Tak de pun. Nak cucuk kat mana lak floppy ni? Tu la...tak biasa pakai laptop. Asyik mengadap PC yang gedabak tu je. Tak pe..tak pe. Belajar dari pengalaman. Bekejar panggil Yong. Terima kasih bebanyak Yong. Yong menyelamatkan akak hari ni.

10.20 am
Alamak...disket problem. Mujur ada backup. Teringat nak save dalam 2 disket yang berlainan. Alhamdulillah. Boleh guna. Cepat liza. kena siapkan satu lagi power point. Hmm...mana pulak peginya satu lagi disket ni? Tak pe la..tapi tak best la. Gambar tu yang best. Tadi rasanya ada. Mana dia? mana dia? La...tu dia. Letak kat LCD pulak. tU LA.....Letak tempat lain, carik kat lain. Mana nak jumpa. Masa siapkan power point dan semak power point yang lain tu, sabar je banyak-banyak. Laptop tu giler la pulak. Kacau!!

10.45 am
Alhamdulillah. akhirnya selesai. Eh...bebudak dah sampai. Guru pembimbing pun dah sampai. Lecturer? "Tadi Lin tengok macam lecturer tu dah sampai. Kete merz ye?". "Ye kot. nanti akak gi tengok".

10.55 am
Observation yang akan menentukan markah. Kelas dimulakan dan berjalan lancar. Alhamdulillah....syukur. Akhirnya berjaya juga mencapai sasaran pertama. Gembira yang tidak terhingga. Satu daripada hasrat tercapai. "You are excellent" kata Puan Fauziah. "I know you can do it", katanya lagi. Terima kasih puan. Akan ku teruskan ke sasaran yang seterusnya. Minggu depan??? Doakan...doakan...

5.45 pm
Sampai Ampang Puteri. suamiku nak berehat di hospital. Penyakitnya menyerang lagi. Rehat la Yah. Ibu jaga anak-anak kat rumah. Tinggal ya Yah. Esok ibu bawak anak-anak datang lepas sekolah. I love you.

TUHAN.....
DALAM MENEMPUH HIDUP INI
BANYAKNYA DUGAAN DATANG MENGUJI
TUHAN...ADA YANG DAPAT KUGAGAHI
DAN ADA YANG DAPAT KUHINDARI

Wednesday, September 07, 2005

detik itu kian hampir

detik itu kian hampir
detik itu datang jua
mahu saja ku halau jauh
namun aku hanya insan biasa
aku redha ya ALLAH
pastinya ....
tiap-tiap pertemuan
pasti ada perpisahannya

selamat tinggal...
selamat tinggal adik-adikku
selamat tinggal anak-anakku
selamat tinggal semua

adik-adikku
ku tinggalkan kalian
dengan ilmu
dengan semangat
dengan harapan
jadilah penyuluh yang sebenar
kerana menyuluh orang lain
kita menyuluh diri sendiri

anak-anakku
ku tinggalkan kalian
dengan ilmu
dengan semangat
dengan harapan
jadilah insan berilmu
kerana dengan ilmu
bahagia hidupmu
hingga KESANA

terima kasih semua
terima kasih atas jasa
terima kasih atas kasih
terima kasih atas pengertian
segalanya dalam kenangan
sehingga ke hujung usia

17 september
kau datang jua....

Monday, August 29, 2005

Terima kasih adikku

Assalamualaikum dik,

Terima kasih adikku kerana dengan mengenalimu maka diriku mengenali laman ini. Membaca tulisan-tulisanmu membuatkanku kagum dengan ketabahanmu meneruskan perjuangan di medan pendidikan yang penuh dengan cabaran ini. Dapatku membayangkan keadaanmu menangani karenah anak-anak didik yang semakin tidak terduga kehendaknya. Teringat sewaktu kita bersama di Jalan Peel. Sekarang ini mesti lebih mencabar kan dik. Dulu kita hanya memerhati tapi sekarang diperhati. Dulu mungkin sekali seminggu hilang suaramu tapi sekarang setiap hari. Dah cuti seminggu ni bagaimana pula ya? Dah kembali suara yang hilang?? Ah...rindu sungguh rasanya untuk berbicara dengan mu, mendengar kata-katamu yang penuh kelembutan, melihat gerak gerimu yang penuh sopan. Teruskan perjuanganmu dik. Semoga niat kita yang suci murni ini mampu membekalkan kita dengan sesuatu yang tidak ternilai daripadaNYA, buat bekalan kita di sana. Doaku sentiasa untukmu DIK. Terima kasih adikku.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...